KINABATANGAN: Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) memerlukan komitmen yang tinggi antara guru dengan murid atau pelajar, namun peranan ibu bapa turut penting dalam memastikan keberkesanannya.
Dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup berhadapan penularan pandemik COVID-19, sebuah sekolah pedalaman di sini menyedari betapa besar 'pengaruh' ibu, dalam menjayakan PdPR khususnya di kawasan yang sukar dilaksanakan PdPR secara dalam talian.
Seorang guru Najme Nasir berkata, sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lokan terharu dengan kebanyakan ibu di Kampung Sungai Lokan, yang memberikan komitmen tinggi menjayakan PdPR secara luar talian sejak tahun lepas lagi.
"Yang banyak memberikan kerjasama ialah ibu di rumah, yang banyak menolong murid ialah ibu, yang banyak berleter kerana kerja sekolah tidak siap, ialah ibu.
"Untuk itu kami amat menghargai peranan ibu membantu anaknya dan juga membantu kami para guru melaksanakan PdPR," katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya komitmen golongan ibu sedikit sebanyak memudahkan guru memantau perkembangan murid di rumah, memandangkan sebahagian kawasan di kampung itu tiada capaian internet jalur lebar yang baik, kerana muka bumi sekeliling yang berbukit bukau.
Selain itu, guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik itu juga berkata guru-guru dan Guru Besar Masnah Apong, sentiasa mencari idea untuk menggalakkan murid terus berminat untuk belajar.
Najme berkata, antaranya ialah dengan menggunakan kewangan sendiri membeli peralatan sekolah, dan dibungkus dalam gubahan 'hamper' dan disampaikan kepada 62 murid sekolah terus ke rumah masing-masing.
"Tidak dinafikan prestasi murid di pedalaman berbeza dengan yang di bandar, apatah lagi apabila PdPR dilancarkan susulan pandemik ini.
"Bagi kami (SK Sungai Lokan), kami mahu murid-murid di sini tidak ketinggalan dalam pelajaran dan tidak terus melupakan pelajaran kerana pasti ada sesuatu yang mereka boleh belajar untuk kebaikan diri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 25 2021
Komitmen golongan ibu sedikit sebanyak memudahkan guru memantau perkembangan murid di rumah. - Foto fail
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
COVID-19 jejas kemajuan dalam mengurangi kemiskinan - KRI
Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019.
Invest Malaysia Iskandar 2024: Gerbang pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara
Menjelang Invest Malaysia Iskandar 2024 esok, jangkaan semakin meningkat untuk acara penting ini yang telah meletakkan kedudukannya sebagai platform utama dalam membentuk masa depan pelaburan.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.
Amazon arahkan pekerja kembali bekerja di pejabat lima hari seminggu
Pekerja Amazon diarah kembali bekerja sepenuh masa di pejabat, dengan menekankan kepentingan bekerja secara bersemuka.
Makanan tradisional Bajau Seri Semporna ubati kerinduan perantau
Meskipun nasib tidak menyebelahi Azreena apabila terpaksa menutup restoran ketika musim pandemik, setahun kemudian mereka mampu bangkit kembali.
Pesta Air Kuala Perlis medium rapatkan hubungan masyarakat
Pesta Air Kuala Perlis antara acara tradisi di Perlis sejak tahun 50-an, kini kembali selepas kali terakhir dianjurkan pada 2019.
MyPELINDUNG 2024: Jamin kehidupan selamat bersama COVID-19
Kempen MyPELINDUNG 2024 terus membantu rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste