Kerja-kerja menurunkan papan tanda yang mempunyai tulisan bahasa Cina di sini sedang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai dalam masa terdekat, demikian menurut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Dalam satu kenyataan di sini, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata tindakan segera telah diambil oleh pihaknya dengan menurunkan papan tanda berkenaan pada hari ini.
"MBSA menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina digantikan dengan papan tanda jalan yang memaparkan bahasa Melayu sahaja," katanya.
Sultan Sharafuddin semalam dilaporkan menitahkan supaya semua papan tanda di Shah Alam yang mempunyai tulisan bahasa Cina ditanggalkan dan digantikan dengan papan tanda jalan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu.
Titah itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit baginda Datuk Mohamad Munir Bani menerusi surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan Datuk Bandar Shah Alam Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.
Menurut kenyataan itu, operasi penukaran papan tanda jalan berkenaan hendaklah dilaksanakan dengan segera dan diselesaikan selewat-lewatnya sebelum tarikh sambutan ulang tahun hari keputeraan ke-73 Sultan Selangor pada 11 Dis ini.
Sebelum ini, seorang penduduk Shah Alam memuat naik kenyataan menerusi laman Twitternya mempersoalkan kewajaran papan tanda jalan di kawasannya dalam bahasa Cina. Kenyataan itu yang tular dalam media sosial turut mempersoalkan kedudukan tulisan Jawi yang sebelum ini digunakan pada papan tanda jalan tersebut.
MBSA ketika memberi maklum balas kepada pengguna Twitter tersebut memaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor yang diadakan pada 13 Jan 2017 telah memutuskan penggunaan papan tanda nama jalan dwibahasa selain tulisan Rumi.
Menurut MBSA, penggunaan nama jalan di kawasan kampung tradisi menggunakan tulisan Jawi manakala di kawasan kampung baharu menggunakan tulisan bahasa Cina bersesuaian dengan komuniti penduduk di kawasan tersebut. -- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 20 2018
![Kerja ganti papan tanda bahasa Cina sedang dilakukan - MBSA Kerja ganti papan tanda bahasa Cina sedang dilakukan - MBSA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81542711932_PAPANTANDA.jpg)
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan supaya papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina di Shah Alam ditanggalkan segera dan perlu digantikan dengan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu. - Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Tampal pelekat bahasa Cina: DBKU tuntut permohonan maaf daripada DAPSY Tampal pelekat bahasa Cina: DBKU tuntut permohonan maaf daripada DAPSY](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71598022953_DBKU.jpg)
Tampal pelekat bahasa Cina: DBKU tuntut permohonan maaf daripada DAPSY
DBKU menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak yang menampal pelekat dalam bahasa Cina.
![Pemimpin Amanah desak Pemuda DAP mohon maaf isu tampal tulisan Cina Pemimpin Amanah desak Pemuda DAP mohon maaf isu tampal tulisan Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51592461609_faizfadzil.jpg)
Pemimpin Amanah desak Pemuda DAP mohon maaf isu tampal tulisan Cina
Faiz menegaskan tindakan DAPSY itu tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selain melanggar Perlembagaan Persekutuan.
![Tampal pelekat bahasa Cina - Tidak peka sentimen masyarakat majmuk Tampal pelekat bahasa Cina - Tidak peka sentimen masyarakat majmuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81597957626_pelekat.jpg)
Tampal pelekat bahasa Cina - Tidak peka sentimen masyarakat majmuk
Abdul Rahman berkata, perbuatan ini juga melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963.
![Kerajaan tekad teruskan pengajaran tulisan khat - Tun M Kerajaan tekad teruskan pengajaran tulisan khat - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81564847156_TunM.jpg)
Kerajaan tekad teruskan pengajaran tulisan khat - Tun M
Kerajaan tetap bertekad meneruskan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 mulai 2020 meskipun mendapat tentangan daripada segelintir pihak.
![Kuasai bahasa Cina, bahasa ekonomi - Anwar Kuasai bahasa Cina, bahasa ekonomi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51539085302_AnwarIbrahim.jpg)
Kuasai bahasa Cina, bahasa ekonomi - Anwar
Anak Melayu perlu menguasai bahasa Cina kerana ia merupakan bahasa ekonomi yang penting pada masa ini.
![Sultan Johor murka anggota majlis guna bahasa Cina dalam surat rasmi Sultan Johor murka anggota majlis guna bahasa Cina dalam surat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41537866931_SULTANJOHORMURKA.jpg)
Sultan Johor murka anggota majlis guna bahasa Cina dalam surat rasmi
Baginda bertitah apa sahaja surat rasmi, sama ada melibatkan kerajaan negeri mahu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor seharusnya ditulis dalam bahasa Melayu.