SIBU: Dua individu dilaporkan hilang manakala pemandu kereta sedan itu selamat selepas kenderaan yang dinaiki mereka terhumban ke dalam Sungai Batang Rajang berdekatan Jeti Feri Tanjung Kunyit, kira-kira 15 kilometer dari sini awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata laporan berhubung kejadian itu diterima kira-kira 2.03 pagi dan satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sudah diaktifkan.
"Mangsa pertama seorang lelaki berumur 38 tahun telah berjaya ditemukan pada 7.30 pagi dan telah dibawa ke Hospital Sibu dan keadaan mangsa stabil, manakala usaha mengesan dua lagi mangsa masih diteruskan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak dalam kenyataan berkata seorang daripada dua mangsa yang masih hilang dikenal pasti sebagai Philip Yiin Chung Leong, 61, sementara identiti seorang lagi mangsa belum diperoleh.
Kenyataan itu menyebut lima anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Sentral telah digerakkan ke lokasi itu bagi menyertai operasi SAR berkenaan.
"Pencarian dilakukan dengan menaiki sebuah bot dan dibantu empat anggota Polis Marin dalam sebuah lagi bot bagi menjalankan pencarian di permukaan air," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2023

Dua individu dilaporkan hilang selepas kenderaan dinaiki mereka terhumban ke dalam Sungai Batang Rajang awal pagi Sabtu. -Gambar hiasan

Elon Musk sahkan X hadapi 'serangan siber besar-besaran'
Kami diserang setiap hari, tetapi kali ini melibatkan sumber yang besar, kata Musk.

Hanya 20 peratus pegawai, anggota JBPM Melaka dibenar bercuti Aidilfitri
Hanya 20 peratus daripada 496 pegawai dan anggota JBPM Melaka dibenar bercuti sempena Aidilfitri tahun ini.

Pasangan kekasih ditahan curi ikan tongkol waktu sahur
Pasangan suspek itu turut didapati mencuri telefon bimbit dan tabung gas mangsa sebelum sempat ditahan warga penduduk.

Iftar Muhibbah eratkan ukhuwah merentas agama
Masjid Abidin menganjurkan program itu bagi memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam merasai pengalaman berbuka puasa bersama rakan Muslim.

Ukraine sedia berunding secara konstruktif dengan AS di Arab Saudi - Zelenskyy
Zelenskyy berada di Jeddah menjelang pertemuan antara pegawai AS dan Ukraine yang bertujuan mencari jalan menamatkan perang Rusia-Ukraine.

Tak mahu beli baju raya, petanda Aisar Azim akan pergi selamanya - Keluarga
Abangnya berkata Aisar Azim menyatakan hasrat itu beberapa hari sebelum kejadian tanpa disangka ia menjadi tanda perpisahan selamanya.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Lelaki maut kereta langgar pembahagi jalan
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Putrajaya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 11 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
US stock market loses $4 trillion in value as Trump plows ahead on tariffs
President Donald Trump’s tariffs have spooked investors, with fears of an economic downturn driving a stock market sell-off that has wiped out $4 trillion from the S&P 500’s peak last month, when Wall Street was cheering much of Trump's agenda.

Kereta terhumban ke Sungai Rajang, dua hilang
Mangsa pertama lelaki berusia 38 tahun berjaya ditemukan pada jam 7.30 pagi dan dibawa ke Hospital Sibu.