Berpura-pura memancing udang galah, sebelum menyumpit kerbau milik penduduk kampung yang ditambat di tepi Sungai Kulim dekat Labuh Banting, Tasek Gelugor, pada Jumaat.
Malah, kerbau yang berjaya disumpit itu kemudian dibawa lari menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Odyssey.
Itu merupakan taktik empat lelaki yang cuba mencuri kerbau milik penduduk kampung berkenaan kira-kira jam 11 pagi itu.
Namun, perbuatan kesemua suspek itu diketahui seorang remaja sebelum kepada orang kampung.
Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Labuh Banting, Saidin Yaacob ketika dihubungi Astro AWANI berkata, suspek tidak sempat melarikan kerbau kerana perbuatan mereka disedari penduduk kampung.
"Menyedari mereka disergah penduduk kampung, kesemua suspek panik lalu melarikan diri menggunakan dua buah motosikal milik penduduk kampung.
"Menurut saksi, suspek juga membawa senjata parang dan kerbau dewasa yang dicuri itu mempunyai nilai antara RM7,000 hingga RM8,000 seekor," katanya.
Saidin berkata, pemilik kerbau yang berusia 50-an sebelum ini kehilangan tiga ekor lembu ketika bulan Ramadan lalu.
Katanya, pemilik kerbau juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Kubang Semang petang ini.
Astro Awani
Fri Dec 15 2017
Empat lelaki bertindak mencuri kerbau lalu dimasukkan ke dalam Honda Odyssey.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
Letupan gegarkan depot peluru di Cuba, 13 anggota tentera hilang - Kementerian
Akibat letupan di gudang senjata dan peluru di perbandaran Rafael Freyre, 13 anggota tentera dilaporkan hilang.
Penduduk Cuba bergelap, kerajaan berdepan masalah kurang bahan api
Penduduk di Cuba terpaksa bergelap apabila separuh daripada kepulauan itu mengalami gangguan bekalan elektrik akibat kekurangan bahan api dan kegagalan infrastruktur.
Cuba pecat Menteri Ekonomi, Alejandro Gil
Presiden Cuba memecat Menteri Ekonomi ketika kontroversi terus meluas berhubung penangguhan langkah-langkah yang baru diumumkan untuk menaikkan harga bahan api.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selit babak seks dalam novel, Menteri Kewangan Perancis dikritik hebat
Ramai mempersoal menteri itu yang memiliki banyak masa untuk menulis novel, selain dianggap tidak sensitif terhadap krisis semasa.
Kucing lompat atas imam ketika solat tarawih jadi bualan dunia
Rakaman memaparkan seekor kucing melompat ke atas seorang imam ketika solat terawih mencuri tumpuan netizen seluruh dunia sejak semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Protes di Peru ragut 53 nyawa
Kebakaran yang dicetuskan oleh penunjuk perasaan turut mengakibatkan bangunan bersejarah berdekatan dengan Plaza San Martin musnah.
Presiden Peru, Pedro Castillo ditahan selepas umum bubar Kongres
Presiden Peru Pedro Castillo ditahan pada Rabu, beberapa jam selepas beliau mengumumkan pembubaran sementara Kongres.