KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata video tular di media sosial berkaitan isu kafir telah diambil di luar konsensus dan diselewengkan konteks dengan cubaan jahat mahu mencalarkan imej serta dan kredibiliti beliau.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook beliau hari ini, Fadhlina menyifatkan penularan video itu turut berniat mencetuskan kekecohan dalam isu berkaitan 3R (agama, bangsa dan institusi raja) dengan memercikkan pemesongan makna ucapan sebenar sehingga beliau ditohmah dengan ujaran kebencian, tuduhan tidak benar dan fitnah selain diancam keselamatan.
Menjelaskan mengenai video itu, Fadhlina berkata video tular itu adalah keratan yang diambil daripada pertemuan tertutup beliau dengan kumpulan tertentu, yang telah dirakam dan ditularkan dengan tafsiran di luar konteks untuk mencipta polemik dan bersifat fitnah.
"Poster ini disengajakan penghasilannya untuk mencipta polemik bagi mengherotkan makna asal daripada keratan video tular, yang memaparkan saya sedang berucap dengan menyebutkan bahawa saya tidak membenarkan anak-anak saya mengungkapkan istilah 'kafir' di rumah.
"Dalam rakaman video tersebut (acara tertutup), saya menyinggung perihal penyebaran sentimen kebencian, sikap ghuluw (melampau) dan gejala takfiri dalam kalangan segelintir masyarakat, sehinggakan menuduh saya dengan tuduhan fitnah, hidup saya tidak berkat kerana saya bekerja untuk orang kafir.
"Saya sebutkan, bahawa saya tidak membenarkan anak-anak saya menyebut istilah 'kafir' yang mempunyai konotasi kebencian terhadap warga non-Muslim (bukan Muslim) yang hidup bersama-sama dalam negara tercinta.
"Isu sebutan 'kafir' atau 'non-Muslim' bukanlah tindakan saya melarang penggunaan perkataan dalam al-Quran, apatah lagi menafikan istilah yang digunakan dalam al-Quran," katanya dalam hantaran itu.
Sebaliknya, Fadhlina berkata ia adalah isu pemilihan panggilan bersesuaian dalam kehidupan seharian, mengambil contoh tokoh ulama Almarhum Prof Dr Sheik Yusuf al-Qaradawi dan bekas rektor Universiti Al-Azhar Prof Dr Ibrahim al-Hudhud yang mengakui penggunaan 'ghayru Muslim' (non-Muslim) termasuklah dalam panggilan sosial.
Fadhlina yang juga Ketua Wanita PKR berkata pada mulanya beliau tidak berhasrat untuk menjawab isu yang tular kerana mereka yang mendengar ucapan itu dapat menilai konteks sebenar yang hendak disampaikan.
Namun, disebabkan sentimen video tular itu telah menimbulkan ancaman keselamatan terhadap beliau dan keluarga, maka beliau tidak boleh berkrompromi.
"Rakan menasihatkan agar laporan polis dibuat atas faktor keselamatan. Kumpulan peguam menyarankan tindakan undang-undang dan sivil kepada mereka terlibat. Peguam juga sedang mengumpulkan bukti menerusi media sosial. Kelihatan banyak pengguna media sosial telah bertindak di luar kawalan termasuk terlalu melampau dalam bereaksi," katanya.
Dalam kenyataan itu, Fadhlina juga memohon maaf jika telah mengguris perasaan mana-mana pihak atas kesalahfahaman, keterlanjuran kata dan kehilafan dari dirinya.
Semalam, Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Atiqah Syairah Shaharuddin membuat laporan polis di Kuching, Sarawak berhubung penularan video tular dan gambar poster Fadhlina itu yang didakwa telah disunting serta bersifat fitnah sehingga menimbulkan reaksi negatif netizen.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2024
Fadhlina berkata video tular itu adalah keratan yang diambil daripada pertemuan tertutup beliau dengan kumpulan tertentu. - Foto fail/BERNAMA
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Tular: Tayar 'terbang' hentam kereta, pemandu treler disaman
Perjalanan pulang tiga beranak bersama seorang rakan ke rumah bertukar detik cemas apabila sebiji tayar dari treler tercabut lalu menghentam kereta dinaiki.
Penyerahan STR, bukan tanah kebun durian untuk pesara tentera
Sebuah video yang dikaitkan dengan pemberian tanah kebun durian di Pahang kepada pesara tentera adalah tidak benar.
Buli jalanan: Polis kesan penunggang motosikal tunjuk isyarat lucah
Polis menyeru individu yang terlibat dengan kejadian untuk tampil membuat laporan polis di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan dan menangkap pelaku kes.
Pemandu Mercedes Benz langgar lari penunggang motosikal didakwa
Pemandu Mercedes Benz tular kes langgar lari penunggang motosikal sebelum terbakar di Plaza Tol Wangsa Maju, mengaku tidak bersalah di mahkamah.
Pemandu Mercedes tular langgar penunggang motosikal ditahan
Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal jatuh di jalan raya, manakala lelaki berusia 34 tahun yang memandu kereta itu tidak berhenti dan terus memandu ke arah Wangsa Maju.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Lelaki tular buat aksi 'drift' didakwa memandu secara melulu
Seorang lelaki yang videonya tular membuat provokasi dengan memandu kereta secara berbahaya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Lelaki tular buat aksi 'drift' didakwa memandu secara melulu
Dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 jika sabit kesalahan.