PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang lelaki warga Bangladesh kerana menyebabkan kematian isteri dengan cara mengeratnya kepada enam bahagian dan disumbat dalam dua bagasi.
Rayuan Md Shahzada Saju untuk mengurangkan hukuman ditolak hari ini oleh panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah.
Dalam menyampaikan keputusan mahkamah, Hakim Vazeer berkata hukuman penjara 20 tahun itu adalah tidak keterlaluan berdasarkan pembunuhan itu dilakukan dengan cara yang mengerikan.
Beliau berkata terdapat elemen kepentingan awam dalam kes itu kerana Md Shahzada, sebagai suami si mati, perlu menjaganya tetapi sebaliknya beliau mengambil nyawanya.
Hakim juga berkata Mahkamah Tinggi tidak melakukan kesilapan dalam mengenakan hukuman penjara 20 tahun dan Mahkamah Rayuan tidak mahu mengganggu hukuman itu.
Md Shahzada, 42, bekas pelayan restoran pada mulanya didakwa pada 7 Ogos 2018 membunuh isterinya Sajeda-E Bulbul, 29, juga warga Bangladesh, di sebuah bilik tidak bernombor di Jalan Sultan Azlan Shah di Dang Wangi, Kuala Lumpur antara 4.15 pagi pada 3 Julai dan 3.16 pagi pada 5 Julai 2018.
Pada 26 Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi mengurangkan pertuduhan Md Shahzada daripada pertuduhuhan membunuh kepada pertuduhan menyebabkan kematian di akhir kes pendakwaan.
Beliau mengaku salah atas pertuduhan itu dan dipenjara 20 tahun. Dia bagaimanapun merayu di Mahkamah Rayuan untuk mengurangkan tempoh pemenjaraannya.
Bertindak atas maklumat, polis membuat pemeriksaan di tempat kejadian dan menemukan dua bagasi mengandungi keratan mayat manusia di tepi Sungai Gombak berhampiran Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Bedah siasat telah dijalankan dan mengesahkan kematian si mati disebabkan kelaran di leher dan kepalanya telah dipenggal. Polis menangkap Md Shahzada di Pengerang, Johor pada 25 Julai 2018.
Peguam Vijey Esvaren, yang dibantu oleh peguam M. Meera, memohon mahkamah mengurangkan hukuman penjara bagi membolehkan anak guamnya pulang ke negara asal untuk menjaga ibunya.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fuad Abdul Aziz berkata hukuman penjara yang dikenakan ke atas Md Shahzada tidak keterlaluan. Katanya mayat mangsa ditemukan dalam dua bagasi dan lehernya telah dipenggal.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023
Hakim Vazeer berkata hukuman penjara 20 tahun itu adalah tidak keterlaluan berdasarkan kes itu yang pembunuhan itu dilakukan dengan cara yang mengerikan. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerat mayat isteri, warga Bangladesh kekal dipenjara 20 tahun
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang lelaki Bangladesh kerana menyebabkan kematian isteri dengan cara mengeratnya kepada enam bahagian.