PUTRAJAYA: Kerajaan akan mewujudkan sekretariat tetap bagi menyelaras pertindihan kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di semua peringkat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis TVET (MTVET) Bil 1/2023 hari ini, Ahmad Zahid berkata terdapat kementerian dan jabatan didapati menawarkan kursus sama, selain terdapat pusat TVET yang melahirkan lepasan dengan kebolehpasaran tahap rendah.
Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata sekretariat tetap yang akan diwujudkan itu akan melibatkan pihak swasta dan pemain industri bagi menjalinkan kerjasama strategik dengan pusat TVET di seluruh negara.
"Kita minta pemain industri dapat beri latihan kepada pensyarah dan tenaga kerja dalam pusat TVET supaya bersesuaian dengan kemahiran dalam industri," katanya terdapat 1,295 pusat TVET di seluruh negara ketika ini yang menyediakan lebih 6,000 kursus dalam bidang itu.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan penglibatan serta kerjasama pihak swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diperhebatkan dalam usaha memperkasakan TVET.
Ahmad Zahid berkata beberapa pusat TVET terpilih akan dijadikan pusat latihan keusahawanan bagi melahirkan lepasan usahawan dalam bidang TVET.
"Mereka dilatih untuk menjadi usahawan dengan pembiayaaan akan dilakukan oleh beberapa institusi kewangan kerajaan atau swasta selepas mereka tamat latihan supaya pemantauan dan penyeliaan dapat dilakukan," katanya.
Selain itu, katanya akta baharu atau pindaan akta terhadap latihan TVET perlu dibuat segera supaya ia melibatkan pihak swasta seperti diamalkan oleh beberapa negara maju.
"Swasta atau pemain industri perlu ambil peranan penting kendalikan pusat TVET... kita mahu kurangkan pertindihan kos dan kurangkan kos pengambilan pekerja asing dari luar negara," katanya.
Ditanya adakah pusat TVET yang akan ditutup kerana melahirkan lepasan dengan kebolehpasaran rendah, beliau berkata pusat berkenaan tidak akan ditutup sebaliknya kursus baharu dengan kebolehpasaran tinggi akan diperkenalkan.
Antara kursus yang dilihat mempunyai potensi adalah dalam bidang Kecerdasan Buatan, Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) dan 5G.
"Kursus dalam bidang sebegini harus dijalin erat dengan pengeluar bagi mendapatkan pekerja mahir dalam bidang itu," katanya tawaran kemasukan ke pusat TVET juga bakal diselaraskan.
Sementara itu, Ahmad Zahid turut memaklumkan sebanyak 10 Memorandum Perjanjian (MoA) akan ditandatangani dalam tiga bulan ini melibatkan syarikat swasta dan pusat TVET untuk memperkasakan lagi bidang itu.
Antara syarikat yang akan menandatangani MoA itu adalah Petronas, DRB-Hicom dan pusat hospitaliti berkaitan dengan sektor pelancongan dan industri bersesuaian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2023
Ahmad Zahid turut memaklumkan sebanyak 10 Memorandum Perjanjian (MoA) akan ditandatangani dalam tiga bulan ini melibatkan syarikat swasta dan pusat TVET. - Gambar fail
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.
NADMA jalin kerjasama dengan NCEMA UAE - TPM Ahmad Zahid
pengalaman emiriah arab bersatu (uae) dalam menangani cabaran bencana dan krisis agak kompleks berbanding bencana yang kerap berlaku di malaysia seperti banjir, tanah runtuh dan jerebu akibat kemarau
TPM Ahmad Zahid lakukan lawatan rasmi ke UAE bermula 13 Nov
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 13 hingga 19 November ini.
Kos bina baharu rumah PPRS dinaikkan - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan menaikkan peruntukan bagi membina rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Bangunan Semarak20: Pengerusi, CEO Felcra Berhad diarah beri penjelasan kepada PAC
Ahmad Zahid akan mengarahkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, memberi penjelasan kepada PAC berhubung prestasi penjualan bangunan Komersial Semarak20.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.