SHAH ALAM: Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan kerajaan wajib mengambil tindakan lebih tegas dengan memerangi kartel-kartel yang mempunyai kuasa besar dalam menentukan harga barangan asas negara.
Ahli MPP PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan, adalah malang Suruhanjaya Persaingan (MyCC) tidak diberikan sumber dan kuasa secukupnya untuk memecahkan monopoli dan kartel di dalam negara.
“Meskipun fenomena kenaikan kos sara hidup berlaku di seluruh dunia di atas pelbagai faktor, namun tindakan setiap negara memainkan peranan untuk meringankan kesan tersebut terutamanya untuk golongan miskin dan sederhana.
“MPP menganggap tindakan membakar sentimen menjadikan pekerja asing sebagai kambing hitam atau menubuhkan Pasukan Khas Tangani Jihad adalah tindakan tidak bertanggungjawab oleh kerajaan yang terdesak untuk memenangi hati rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Nik Nazmi yang merupakan Ketua Setiausaha Pengelola PKR turut menyarankan agar kerajaan memperluaskan program-program bantuan rakyat dan insentif cukai secara bersasar, bukan untuk golongan B40 semata-mata tetapi untuk golongan sederhana yang terkesan dengan krisis kos sara hidup serta tidak layak mendapat banyak bantuan.
“MPP merasakan masanya sudah tiba untuk kerajaan melihat mekanisme gaji wajar yang pernah dicadangkan oleh Bank Negara pada 2017 sebagai satu mekanisme nilai tambah kepada gaji minimum untuk menggalakkan kenaikan gaji secara lebih saksama dan realistik mengikut kos sara hidup setempat,” ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 10 2022
Nik Nazmi (gambar kecil) menegaskan, adalah malang Suruhanjaya Persaingan (MyCC) tidak diberikan sumber dan kuasa secukupnya untuk memecahkan monopoli dan kartel di dalam negara. -Foto Sinar Harian
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Batu Kawa berpotensi dibangunkan seperti Bandar Sunway - Abang Johari
Kawasan Batu Kawa yang terletak kurang 10 kilometer dari Kuching berpotensi untuk dibangunkan seperti Bandar Sunway di Lembah Klang.
Belanjawan 2025: Ini langkah kerajaan tingkat kesejahteraan penduduk rumah mampu milik
Rumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggara termasuk mengganti lif-lif usang dengan peruntukan hampir 200 juta ringgit.
Akses pendidikan kepada semua kekal walaupun cadang henti subsidi golongan kaya - Zambry
Kerajaan kekal dengan pendirian memastikan akses pendidikan dinikmati semua golongan walaupun terdapat cadangan menghentikan subsidi kepada anak golongan kaya di IPTA.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur IPT, AI antara fokus KPT
Pembangunan infrastruktur di institut pengajian tinggi dan program pengantarabangsaan universiti antara fokus Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Belanjawan 2025.
Pendaftaran universiti bagi pengambilan Oktober ini dipermudah bagi pelajar B40
Kementerian Pendidikan Tinggi memberi jaminan bahawa tiada pelajar daripada golongan B40 akan tercicir daripada akses pendidikan di negara ini hanya kerana masalah yuran pendaftaran.
Lebih banyak syarikat swasta sertai inisiatif Ihsan Rahmah MADANI
Sektor swasta terbukti mampu tanggung sendiri kos, jualan dan keuntungan dalam menyokong usaha memastikan rakyat dapat nikmati harga murah.
Melaka komited teruskan agenda pembangunan rumah mampu milik
Kerajaan Melaka komited meneruskan agenda pembangunan rumah mampu milik (RMM) sekali gus mengekalkan status negeri yang menyediakan harga rumah terendah dan mampu dimiliki untuk rakyatnya.
LKIM sasar 32,000 pemilik bot daftar MyIsytihar tahun depan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyasarkan kesemua pemilik bot nelayan seluruh negara mendaftar dalam aplikasi MyIsytihar LKIM menjelang akhir 2025.
Rehda harap lebih banyak penyelesaian bersasar penuhi keperluan rumah mampu milik
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) berharapkan lebih banyak penyelesaian bersasar berbanding pendekatan satu penyelesaian untuk semua bagi memenuhi keperluan rumah mampu milik.