KUALA LUMPUR: Tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan menghina institusi diraja adalah wajar bagi melindungi kemuliaan, ketinggian dan peranan berkecuali institusi berkenaan.
Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mujibu Abd Muis berkata tidak sepatutnya timbul isu bahawa kerajaan mengambil tindakan untuk menunjukkan kuasa.
"Perkara itu (menghina institusi diraja) sudah melanggar garis sempadan apabila pihak istana sendiri yang mengambil tindakan seperti mana dalam beberapa kes yang berlaku di Selangor," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata menyeret institusi diraja dalam berpolitik jelas merupakan perbuatan melampaui batas kerana ia menerbitkan perpecahan yang mengeksploitasi emosi dan sentimen antara rakyat, lebih-lebih lagi sekiranya ia mencetuskan fitnah dan salah faham yang mengelirukan masyarakat.
Sehubungan itu, Mujibu berpendapat bahawa sudah tiba masanya satu undang-undang khas digubal bagi melindungi kedaulatan institusi diraja daripada disalah guna dalam berpolitik.
"Ini memandangkan ia semakin kerap berlaku apabila individu yang terlibat dengan politik seperti tidak mempedulikan titah Tuanku dan sembarangan melakukan perkara yang melampaui batas," katanya.
Penganalisis Politik dan Felo Kanan Majlis Profesor Negara Datuk Dr Jeniri Amir juga berkata kerajaan sememangnya wajar mengambil tindakan tegas dan harus dilihat serius dalam menangani isu melibatkan intitusi diraja.
"Kalau kita membenarkan mana-mana pihak menghina atau membuat kenyataan yang jelas tidak menghormati raja, ini menggambarkan rakyat kita ini rakyat yang tidak faham rukun negara dan tidak sesuai untuk menjadi rakyat di negara ini.
"Mana-mana negara pun, kalau di Thailand ada satu undang-undang iaitu 'lese-majeste' yang boleh dikenakan hukuman bertahun-tahun dalam penjara sekiranya terdapat individu yang mengancam dan menghina institusi diraja," katanya.
Beliau turut berkata pemimpin politik yang berkedudukan tinggi perlu menjaga tingkah laku dan kata-kata sekali gus memberi contoh yang baik kepada rakyat dan bukan mencetuskan tanggapan buruk terhadap institusi diraja.
"Apa yang penting, tindakan itu perlu tegas dan sesuai dalam peruntukan undang-undang untuk menjaga kepentingan institusi itu," katanya.
Sementara itu, penganalisis politik Dr G. Manimaran berkata Raja-Raja Melayu mempunyai kedudukan khas dalam Perlembagaan Persekutuan dan sistem pentadbiran negara yang wajib dilindungi dan dipertahankan.
"Raja-Raja Melayu mempunyai peranan dan fungsi mereka. Kalau kita tidak menghormati Raja-Raja Melayu, siapa lagi? Jadi, kita perlu berlaku adil kepada pihak yang tidak boleh mempertahankan diri mereka di mahkamah terbuka seperti Raja-Raja Melayu, begitu juga ketua kerajaan bertaraf Yang di-Pertua.
"Justeru dalam hal ini, ahli-ahli politik harus bijak dan kelihatan bijak dalam membangkitkan apa jua isu dan kita juga perlu berlaku adil dalam isu kedaulatan Raja-Raja Melayu. Jadi, kita harus tahu batasan dan sempadan dalam berpolitik, jangan sampai menjatuhkan imej, reputasi, status dan maruah Raja-Raja Melayu," katanya.
Tambahnya semua pihak perlu tahu batas apabila membangkitkan isu khususnya berkaitan agama, raja dan kaum (3R) termasuklah isu berkaitan dengan Raja-Raja Melayu.
"Meskipun Perlembagaan Persekutuan menyediakan peruntukan mengenai kebebasan bersuara, tetapi kita perlu bijak menggunakan kebebasan yang diperuntukkan.
"Ramai membangkitkan mengenai Akta Hasutan tetapi pada masa sama kita ada undang-undang lain yang boleh digunakan jika kita membangkitkan isu tanpa asas, seperti undang-undang fitnah," katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, berkata sebarang tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan bersifat menghina institusi diraja dibuat bagi mempertahankan kedaulatan institusi itu.
Katanya, tindakan itu diambil bagi memberi keadilan kepada Raja-Raja yang mempunyai kedudukan tinggi melangkaui sempadan politik dan tidak wajar mereka diheret ke dalam kancah politik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023

Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mujibu Abd Muis berkata tidak sepatutnya timbul isu bahawa kerajaan mengambil tindakan untuk menunjukkan kuasa. - Gambar fail/Sinar Harian
Keselamatan: pastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan - Loke
Syarikat pengendali kenderaan perdagangan berpotensi digantung operasi oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sekiranya kenderaan milik mereka yang terlibat kemalangan gagal proses audit Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kemalangan maut: Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori treler 40 kaki dalam satu kemalangan di Lebuhraya Damansara menghala ke Puchong awal pagi, pada Selasa.
Letupan Sungai Golok: PGA perketat kawalan sempadan, halang suspek masuk Malaysia
Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketat kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi menghalang suspek yang dikaitkan dengan insiden letupan bom di Sungai Golok, selatan Thailand daripada melarikan diri ke Malaysia.

ACLE: JDT anggap aksi menentang Buriram United seperti perlawanan akhir
Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menganggap pertemuan menentang kelab Thailand Buriram United pada aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Elite (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim di sini seperti p
Nahas lampu isyarat: seorang lagi mangsa meninggal dunia
Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Persiaran Senawang 1 di Seremban pada Khamis lepas disahkan meninggal dunia malam Isnin.

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Lapan individu dipanggil bantu siasatan kandungan palsu, jelik kait Institusi Diraja - MCMC
Kandungan tersebut didakwa boleh menimbulkan kekeliruan serta kebencian terhadap Institusi Diraja.

Orang ramai ambil kesempatan cuti hujung minggu kunjungi Pameran Raja Kita
Pameran itu mendekatkan diri pengunjung dengan peribadi YDPA Sultan Ibrahim, selain memberi pencerahan tentang sejarah institusi Diraja.

Institusi diraja wajib, boleh bersuara jika lihat ketidakadilan - Syed Ali Tawfik Al-Attas
Katanya, seharusnya tidak timbul isu boleh atau tidak seseorang Sultan atau Raja masuk campur dalam bidang kuasa politik dan sebagainya.

Hina institusi diraja: Dua pengendali Facebook dan TikTok ditahan
Dua individu tersebut masing-masing ditahan pada Khamis dan Jumaat di Gombak, Selangor dan Balik Pulau, Pulau Pinang.

Kerajaan wajar lindungi kemuliaan, ketinggian institusi diraja - Pakar
Tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan menghina institusi diraja adalah wajar bagi melindungi kemuliaan, ketinggian dan peranan berkecuali institusi berkenaan.

Tindakan undang-undang untuk pertahankan kedaulatan institusi diraja - PM
Sebarang tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan bersifat menghina institusi diraja dibuat bagi mempertahankan kedaulatan institusi itu.

Isu 3R: Kita tidak mahu institusi diraja dihina, dikutuk atau difitnah - KPN
Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memainkan isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R).

Dua lelaki ditahan hina institusi Diraja Johor, Sultan Selangor
Kedua-dua suspek warga tempatan itu ditahan secara berasingan kerana membuat naik hantaran yang cenderung menghasut.

Jangan heret institusi diraja dalam perbincangan politik - PM Anwar
Ini kerana kedudukan dan martabat Raja-raja Melayu berbeza dengan rakyat dan seharusnya kedaulatan institusi beraja dijunjung semua pihak.

Isu 3R boleh timbulkan mudarat jika dimanipulasikan - Ahli akademik
Isu 3R yang menyentuh kaum, agama dan institusi diraja adalah perkara penting yang boleh menimbulkan mudarat sekiranya dimanipulasikan.