KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memainkan isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R).
Tegasnya, polis tidak akan membuka peluang kepada isu yang boleh memecahbelahkan semangat perpaduan di negara ini untuk terus dimainkan.
"Isu 3R ini kita akan mengambil satu tindakan serius terutama melibatkan institusi diraja, kita tidak akan membuka peluang disebabkan kita tak boleh mainkan isu 3R terutamanya institusi diraja oleh mana-mana orang.
"Kita tidak mahu supaya sembilan raja-raja di Malaysia dihina, dikutuk atau difitnah.
"Mana-mana isu agama, bangsa yang akan memecahbelahkan semangat setia kawan yang mana dalam Malaysia ini berbilang kaum itu juga kita akan tentukan dan siasat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan penutupan Program 4th National Forensic Science Symposium For Law Enforcement 2023 di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras pada Khamis.
Mengulas mengenai tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan tindakan diambil berhubung isu 3R lebih tertumpu kepada ahli politik, jelas Razarudin perkara itu tidak benar.
Sebaliknya, tindakan sama akan diambil terhadap mana-mana pihak tanpa mengira latar belakang.
"Semalam kita dah menuduh imam Mustaqim dan dipenjarakan 9 bulan kerana tidak membayar denda, itu secara marhaennya.
"Kita tidak peduli siapa juga yang mainkan isu Institusi diraja, apa kita lihat kita perlu pertahankan perkara-perkara ini," katanya lagi.
Fareez Azman
Thu Sep 07 2023

Razarudin ditemui media selepas melancarkan penutupan Program 4th National Forensic Science Symposium For Law Enforcement 2023 di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras pada Khamis. - Foto Astro AWANI
Keselamatan: pastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan - Loke
Syarikat pengendali kenderaan perdagangan berpotensi digantung operasi oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sekiranya kenderaan milik mereka yang terlibat kemalangan gagal proses audit Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kemalangan maut: Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori treler 40 kaki dalam satu kemalangan di Lebuhraya Damansara menghala ke Puchong awal pagi, pada Selasa.
Letupan Sungai Golok: PGA perketat kawalan sempadan, halang suspek masuk Malaysia
Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketat kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi menghalang suspek yang dikaitkan dengan insiden letupan bom di Sungai Golok, selatan Thailand daripada melarikan diri ke Malaysia.

ACLE: JDT anggap aksi menentang Buriram United seperti perlawanan akhir
Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menganggap pertemuan menentang kelab Thailand Buriram United pada aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Elite (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim di sini seperti p
Nahas lampu isyarat: seorang lagi mangsa meninggal dunia
Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Persiaran Senawang 1 di Seremban pada Khamis lepas disahkan meninggal dunia malam Isnin.

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Tiada 'double standard' siasat kes 3R - Saifuddin
Polis tidak bersikap pilih kasih dalam menjalankan siasatan terhadap kes melibatkan isu agama, raja dan kaum (3R).

Isu 3R: Aaron Ago Dagang beri amaran keras kepada individu terlibat
Aaron mengingatkan kepada yang pihak terlibat agar berhenti dan memikirkan kesan buruk yang boleh timbul daripada perbuatan mereka.

Polis kesan suspek isu 3R libat fitnah MB Perak, JAIPk
Satu kertas siasatan dibuka membabitkan komen jelik berbaur fitnah terhadap Saarani manakala satu lagi berkait teks khutbah disediakan JAIPk.

KPN cadang tubuh Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bercadang menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan pada tahun depan bagi menangani sebarang permasalahan perpaduan.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.

Hantaran isu 3R: MCMC ambil keterangan Razman
Pasukan penguat kuasa MCMC hari ini telah mengambil keterangan pentadbir akaun Facebook itu dan menyita kelengkapan komunikasi miliknya.

Isu 3R, diesel tidak wajar dimanipulasi pada PRK DUN Mahkota
Muhammad Faiz berkata pembangkang seharusnya bersikap lebih konstruktif dan progresif dengan mengetengahkan isu yang memberi manfaat.

Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan sesekali bertolak ansur sekiranya kenyataan itu berbaur hasutan yang berupaya mencetus bibit keganasan dan pergaduhan kaum.

Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.

Isu 3R: Muhyiddin didakwa di mahkamah Gua Musang esok - KPN
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa esok berhubung ucapannya yang dikatakan menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja ketika berkempen pada PRK Nenggiri.