KUALA LUMPUR: Polis menahan dua individu berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi diraja, pada Rabu.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, kedua-dua suspek warga tempatan itu ditahan secara berasingan kerana membuat naik hantaran yang cenderung menghasut.
Beliau berkata, hasutan itu dilihat mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap institusi diraja.
Suspek pertama yang dipercayai pemilik atau pengendali akaun Facebook 'Flat Earth Malaysia' berusia 41 tahun telah ditangkap di Kampung Sungai Kati, Ipoh, Perak ekoran hantaran yang berbaur penghinaan terhadap institusi Diraja Johor.
Sementara suspek kedua dipercayai pemilik atau pengendali akaun Facebook 'Iman Mustaqim' yang berumur 47 tahun ditangkap di Langkap, Perak kerana disyaki memuat naik hantaran mengandungi kenyataan menghina Sultan Selangor.
Tambah beliau, permohonan reman selama tiga hari ke atas kedua-dua suspek telah dilakukan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bermula 31 Ogos hingga 2 September ini.
Mohd Shuhaily berkata, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 JSJ Bukit Aman berdasarkan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Astro Awani
Thu Aug 31 2023

Permohonan reman selama tiga hari ke atas kedua-dua suspek telah dilakukan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bermula 31 Ogos hingga 2 September ini.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

PDRM siasat video hina agama Islam
Polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di laman sosial sejak semalam yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam.

Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam
Individu berusia lingkungan 35 tahun itu ditahan di kawasan Cheras semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini.

Hina institusi diraja: Dua pengendali Facebook dan TikTok ditahan
Dua individu tersebut masing-masing ditahan pada Khamis dan Jumaat di Gombak, Selangor dan Balik Pulau, Pulau Pinang.

Dua lelaki ditahan hina institusi Diraja Johor, Sultan Selangor
Kedua-dua suspek warga tempatan itu ditahan secara berasingan kerana membuat naik hantaran yang cenderung menghasut.

Polis tahan lelaki disyaki hina Institusi Diraja Malaysia
Suspek yang berusia 49 tahun itu ditahan di Pendang, Kedah, pada Rabu.

Polis Johor terima 16 laporan penceramah hina institusi beraja
Laporan berkenaan dibuat susulan kenyataan dibuat menerusi sebuah video berdurasi 31 saat yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok.

Hina Islam: Menteri bagi peringatan, jangan main bab agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap agama Islam.

Umat Islam wajib pelihara maruah, kesucian agama
Individu yang terlibat bukan sahaja berdepan dengan kemarahan umat Islam, malah mendapat kemurkaan ALLAH SWT.

Henti hina agama Islam - Idris Ahmad
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad mengingatkan kepada semua pihak untuk tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap Islam.

Hina Nabi Muhammad: Pakistan desak Perhimpunan Agung PBB ambil perhatian
Beliau berharap forum PBB akan digunakan untuk "perdebatan yang konstruktif dalam kalangan negara anggota.