SHAH ALAM: Seluruh umat Islam diingatkan agar berhati-hati dalam tindakan dan ucapan supaya tidak terjebak dalam situasi yang boleh disifatkan sebagai menghina dan mempersenda agama suci ini.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan berkata, ini kerana individu yang terlibat bukan sahaja berdepan dengan kemarahan umat Islam, malah mendapat kemurkaan ALLAH SWT yang azabnya sangat dahsyat.
“Islam adalah agama yang suci. Suatu agama yang tidak sekadar dianuti bahkan diperintah agar ia dipraktis dalam kehidupan ini. Justeru, Islam di sebut sebagai ‘way of life’ atau Minhaajul Hayah.
“Justeru, tidak sahaja Islam melarang penganutnya menghina agama lain, maka terlebih utama seorang Muslim diwajibkan memelihara maruah dan kesucian agama Islam yang dianutinya,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kontroversi melibatkan seorang wanita yang dipercayai menghina kesucian agama Islam melalui video tularnya yang berlaku di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) merupakan tindakan yang tidak boleh diterima.
Ini kerana katanya, tindakan wanita itu yang tampil di khalayak dalam keadaan menutup aurat dan membuat pengakuan menghafal al-Quran tetapi secara tiba-tiba menanggalkan pakaian hingga separuh ‘telanjang’ jelas mempersenda dan memperkecilkan agama.
“Ia bukan sahaja perbuatan yang mencabul harga diri individu yang terlibat tetapi juga meluruhkan nilai mulia pada agama yang dianuti serta mempalit rasa malu kepada seluruh umat Islam.
“Agama Islam bukan prop komedian yang boleh dilantun sesuka hati, meskipun mendapat tepukan gemuruh dari audien, tindakan itu tidak boleh dinilai sebagai bahan lawak jenaka melainkan ia suatu perbuatan yang hina dan jijik kerana mempersendakan ajaran wahyu dari Tuhan Yang Maha Mencipta,” katanya.
Pada Sabtu, tular video berdurasi 54 saat menunjukkan seorang wanita tampil berpakaian sopan dalam satu majlis di sebuah kelab di Kuala Lumpur.
BACA: Polis tahan wanita hina Islam di kelab, reman tiga hari
Dalam video itu, wanita berkenaan mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 10 2022

Nasrudin Hassan berkata tidak sahaja Islam melarang penganutnya menghina agama lain, maka terlebih utama seorang Muslim diwajibkan memelihara maruah dan kesucian agama Islam yang dianutinya. - Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar

Tak mahu beli baju raya, petanda Aisar Azim akan pergi selamanya - Keluarga
Abangnya berkata Aisar Azim menyatakan hasrat itu beberapa hari sebelum kejadian tanpa disangka ia menjadi tanda perpisahan selamanya.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Lelaki maut kereta langgar pembahagi jalan
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Putrajaya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 11 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
US stock market loses $4 trillion in value as Trump plows ahead on tariffs
President Donald Trump’s tariffs have spooked investors, with fears of an economic downturn driving a stock market sell-off that has wiped out $4 trillion from the S&P 500’s peak last month, when Wall Street was cheering much of Trump's agenda.

Kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar
Insiden itu menyebabkan kebakaran besar dan beberapa siri letupan, memaksa anak kapal meninggalkan kapal masing-masing.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 11 Mac 2025
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ibuka rendah turun 1.69 mata kepada 1,545.58 dan bergerak antara paras 1,536.46 dan 1,550.0 sepanjang hari dagangan.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Selasa? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Selasa? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 11 Mac 2025
Mari saksikan perkembangan terkini kedudukan ringgit berbanding dolar Singapura setakat pagi ini.
Ai Revolution: Will Malaysia’s workforce sink or swim?
As AI reshapes industries, Malaysia faces the challenge of ensuring its workforce remains competitive and adaptable. While reskilling programs and certifications like those under MBOT aim to bridge skill gaps, their true impact on employability remains uncertain. With AI advancing rapidly, how can Malaysia future-proof its workforce and prevent recurring cycles of reskilling?
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 11 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Program advokasi tingkatkan keharmonian rakyat dipergiat - Zulkifli
Agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan mempergiatkan usaha untuk memperkukuh perpaduan dan keharmonian rakyat di negara ini.

Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam untuk jaga hubungan - YADIM
Cadangan mewujudkan garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam mampu menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjaga asas muamalah (perhubungan) dalam kalangan masyara

ZAYAN raih anugerah Sahabat Dakwah di Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024
ZAYAN dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sahabat Dakwah pada Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024 di Putrajaya.

YADIM disaran tingkat usaha sebar nilai rahmah dalam dakwah
Aktiviti serta program kemasyarakatan bersama komuniti merentasi budaya dan agama perlu diteruskan untuk memupuk kerukunan dalam masyarakat.

Pendidikan Islam: Daurah Hadis 40 Imam Nawawi pupuk kefahaman guru
Daurah Hadis 40 Imam Nawawi diharap dapat meningkatkan kefahaman guru pendidikan Islam berkaitan Hadis 40 Imam Nawawi.

Boikot syarikat berkaitan Israel walaupun produk ditawarkan terbaik dalam industri – CEO YADIM
Prinsip boikot terhadap Israel adalah jelas iaitu memboikot semua entiti yang ada kaitan dengan Israel secara keseluruhan.

YADIM main peranan beri kefahaman agenda Malaysia MADANI - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata, YADIM perlu melipat-gandakan usaha untuk menyebarkan nilai-nilai rahmah dan kasih sayang dalam masyarakat.

Tiga beradik buta usahakan kraftangan, bantal kekabu
Warga emas tiga beradik OKU penglihatan usahakan kraftangan dan bantal kekabu untuk kelangsungan hidup.

Miss Plus World tetap diadakan, penganjur perlu tepati janji
YADIM tetap mengambil pendirian dan keputusan membantah Miss Plus World sekiranya ia diteruskan dan masih menyerupai ala pertandingan ratu cantik wanita.

Santuni asnaf, jangan sampai ada yang tercicir - YADIM
Katanya terdapat aduan yang diterima dari beberapa individu yang mendakwa tercicir dari senarai penerima.