ISLAMABAD: Pakistan pada Jumaat menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil perhatian terhadap kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW oleh dua pegawai Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah India, baru-baru ini.
Menteri Luar Bilawal Bhutto Zardari menghubungi Presiden Perhimpunan Agung PBB Abdulla Shahid melalui telefon dan memaklumkan mengenai kenyataan yang menghina Nabi Muhammad SAW yang dibuat pegawai BJP itu, lapor Agensi Anadolu.
"Provokasi yang disengajakan itu telah menjejaskan sentimen berbilion-bilion umat Islam di seluruh dunia, Menteri Luar menggesa (presiden Perhimpunan Agung PBB) untuk mengambil perhatian terhadap perbuatan terkutuk itu di tengah-tengah peningkatan ucapan kebencian dan Islamofobia di India," menurut Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan.
Beliau berharap forum PBB akan digunakan untuk "perdebatan yang konstruktif dalam kalangan negara anggota, dengan tujuan untuk menangani isu itu yang telah menyebabkan perasaan tersinggung dan kebencian dalam kalangan umat Islam."
Minggu lalu, jurucakap kerajaan BJP India Nupur Sharma dan Ketua Media parti itu di Delhi Naveen Kumar Jindal membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW, mencetuskan gelombang kecaman di seluruh negara dan dunia Islam.
Pada Ahad, BJP telah bertindak menggantung keahlian Sharma dan memecat Jindal daripada parti.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 11 2022

Menteri Luar Bilawal Bhutto Zardari menghubungi Presiden Perhimpunan Agung PBB Abdulla Shahid melalui telefon. - Foto REUTERS

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.
Kastam Perak bongkar taktik simpan rokok seludup di kubur
Meletakkan lori berisi kontraban di kawasan sunyi, termasuk tanah perkuburan. Satu taktik yang unik, namun Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya membongkar kegiatan sindiket penyeludupan itu selepas menangkap dua lelaki dalam serbuan pada 21 Januari lalu.

Imigresen nafi dakwaan dera di depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan berlakunya kejadian dera di depot tahanan jabatan terbabit di Selangor, seperti yang tular di media sosial hari ini.
JAS pasang alat ukur kualiti udara, kebakaran kilang karpet
JAS Negeri Sembilan memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan kebakaran kilang karpet di Nilai 3.
Pemukiman Jemaah Menteri tahun 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa prestasi sebahagian menteri Kabinet belum sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.

Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.

Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.

Perhimpunan Agung PBB terima resolusi pertimbangkan semula keanggotaan Palestin
Resolusi diterajui UAE itu diterima selepas mendapat sokongan majoriti dengan 143 negara anggota menyokong, sembilan menentang, 25 berkecuali.

UNGA boleh gantung Israel ketika serangan ke atas Gaza berterusan - Penganalisis
Perhimpunan Agung PBB wajar mengundi untuk menggantung keanggotaan Israel, kerana tindakannya terus menyerang Gaza.

Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion.

PM Anwar tiba di New York ketuai delegasi Malaysia pada sesi Perhimpunan Agung PBB ke-78
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di New York bagi menyertai pemimpin-pemimpin dunia menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Keselamatan di New York diperketat menjelang Perhimpunan Agung PBB
Lebih 150 ketua negara dan kerajaan serta ratusan menteri, diplomat berhimpun di New York untuk menghadiri sesi ke-78 Perhimpunan Agung PBB.

Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi resolusi mengenai Ukraine yang dikemukakan oleh Kiev dan wakil Kesatuan Eropah sempena setahun pencerobohan Rusia.

Perhimpunan Agung PBB adakan sidang tergempar bincang isu Ukraine
Perhimpunan Agung dijangka mengundi draf resolusi minggu ini yang mengutuk referendum "haram" yang disokong Moscow.

Perhimpunan PBB: Uggah ganti Abang Johari rasmi sayap Wanita, Pemuda
Timbalan Presiden I Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini merasmikan Perhimpunan Agung PBB bagi sayap Wanita dan Pemuda.

Hina Nabi Muhammad: Pakistan desak Perhimpunan Agung PBB ambil perhatian
Beliau berharap forum PBB akan digunakan untuk "perdebatan yang konstruktif dalam kalangan negara anggota.