KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan upacara sembahyang di kuil bagi perayaan Maasi Magam dan perarakan Chingay mengikut prosedur operasi standard (SOP) pembukaan rumah ibadat selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa Empat.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam kenyataan hari ini berkata keputusan itu dibuat hasil pembentangan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di Mesyuarat Kuartet ke-12 semalam dan selepas mendapat pandangan serta syor Kementerian Kesihatan.
"Kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada perayaan-perayaan keagamaan untuk disambut oleh penganut-penganut agama yang terlibat namun kelonggaran ini harus dimanfaatkan dengan penuh rasa tanggungjawab.
"Setiap SOP yang digariskan oleh KPN harus dipatuhi bukan sahaja demi keselamatan dan kesihatan diri tetapi juga orang sekeliling," katanya.
Beliau berkata SOP perayaan Maasi Magam akan dilaksanakan bermula 16 hingga 19 Feb dan hanya individu lengkap vaksinasi sahaja dibenarkan mengikuti aktiviti keagamaan, wajib mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan memakai pelitup muka.
SOP itu antara lain menetapkan perjalanan dan pergerakan kenderaan membawa patung dibenarkan dengan syarat tidak melebihi 50 pengiring yang terdiri daripada pihak pengurusan kuil, tiada lokasi perhentian dibenarkan dan senarai nama pengiring serta pelan perjalanan perlu mendapat kelulusan polis.
Bagi perarakan Chingay, upacara sembahyang di Johor Ancient Temple dan Xing Gong adalah dibenarkan bermula 19 hingga 22 Feb dan tidak lebih 100 ahli pengurusan tokong dibenarkan bagi upacara penyucian jalan pada 19 Feb.
Hishammuddin berkata pada 20 Feb, Upacara Pengusungan Dewa Keluar dari Johor Ancient Temple ke Xing Gong adalah dibenarkan dengan tidak lebih 200 ahli pengurusan tokong.
Beliau berkata Upacara Perarakan Malam Pesta Chingay pada 21 Feb juga dibenarkan dengan pergerakan 11 buah trak berhias dan tidak lebih 20 ahli pengurusan tokong bagi setiap trak berhias serta penganut tidak dibenarkan mengiringi perarakan.
Menurut SOP, Upacara Kepulangan Dewa Kembali dari Xing Gong ke Johor Ancient Temple pada 22 Feb adalah dibenarkan dengan tidak lebih 200 ahli pengurusan tokong, selain menetapkan senarai nama pengiring dan pelan perjalanan serta pergerakan perarakan Chingay perlu mendapat kelulusan polis.
Perayaan Maasi Magam disambut masyarakat India pada 17 Feb manakala perarakan Chingay disambut lima suku kaum Cina iaitu Hainan, Hakka, Hokkien, Teochew dan Tiong Hua bermula pada hari ke-19 sambutan perayaan Tahun Baharu Cina bermula 19 hingga 22 Feb di Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 09 2022
Hishammuddin berkata, setiap SOP yang digariskan oleh KPN harus dipatuhi bukan sahaja demi keselamatan dan kesihatan diri tetapi juga orang sekeliling. - Gambar/ Bernama
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.