Kerajaan Persekutuan akan menubuhkan satu badan khas bagi meneliti dan menentukan keputusan berkenaan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, perkara itu telah diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang beliau pengerusikan di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, badan itu akan mempunyai fungsi yang sama seperti Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang wujud pada era kerajaan terdahulu.

“Jadi kita akan tentukan semua masalah ekonomi akan dibawa ke majlis ini, dan kita akan tentukan supaya keputusan dibuat, dan tindakan yang bakal diambil.

“Sekarang ini agak berpecah, kerana kita tidak ada satu badan yang menentukan pelaburan dan sebagainya, ada yang pergi ke kementerian tetapi tindakan mungkin tidak begitu jelas kepada rakyat,” katanya kepada sidang media hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL