Kerajaan tidak berhasrat menyekat laman sosial Facebook dan platform Telegram, WhatsApp dan lain-lain kerana sebahagian besar rakyat Malaysia menggunakan kemudahan itu untuk pelbagai tujuan termasuk berkomunikasi dan menjalankan aktiviti keusahawanan.
Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa komited dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang dalam menangani penyalahgunaan media sosial.
"SKMM turut memantau dan sekiranya terdapat sebarang kandungan yang bercanggah dengan undang-undang tindakan penguatkuasaan sewajarnya akan diambil," kata kementerian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Khamis.
Kementerian menjawab soalan Datuk Zainuddin Ismail (BN-Jelebu) yang bertanya sama ada kementerian bercadang menghentikan media sosial seperti Facebook, Telegram, WhatsApp dan lain-lain, dan menggantikannya dengan laman social tempatan seperti dilakukan di China.
Dari Januari hingga September 2015, SKMM telah mendakwa 14 kes di mahkamah atas kesalahan-kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) termasuklah kesalahan di platform media sosial.
Setakat ini, 11 kes telah pun dijatuhkan hukuman manakala tiga daripada kes itu masih dalam proses perbicaraan, kata kementerian.
Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, SKMM menyekat 1,263 laman sesawang dengan 632 laman sesawang adalah berdasarkan kepada permohonan agensi-agensi penguatkuasaan tempatan manakala 631 laman web disekat mengikut kesalahan Akta 588.
Menurut KKMM, ia sedang melaksanakan pindaan Akta 588 bagi menambah baik rangka kerja kawal selia dan penguatkuasaan sedia ada.
Dalam pada itu, KKMM memaklumkan bahawa sejak Januari hingga September tahun ini, sebanyak 1,368 aduan berhubung penyalahgunaan media sosial diterima.
Dalam perkembangan lain, KKMM berkata blogger kontroversi Alvin Tan sedang disiasat oleh pihak Polis DiRaja Malaysia(PDRM) di bawah Subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Akta Hasutan 1948.
Dari 2009 hingga September tahun ini, pihak SKMM secara khusus telah mendakwa sebanyak 35 kes di mahkamah atas kesalahan-kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Bernama
Thu Nov 19 2015
SKMM sentiasa komited dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang dalam menangani penyalahgunaan media sosial.
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
PM Anwar ajak orang ramai hadir ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai hadir ke Program 2TM dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang akan berlangsung bermula esok hingga Ahad di KLCC.
OPPO Find X8: Zum teleskop sehingga 120 kali, perkongsian imej rentas peranti
Siri Find X8 memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk telefon pintar premium dengan sistem kamera terbaik.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ahli perniagaan rugi RM5.2 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang ahli perniagaan kerugian RM5.2 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Trump dilaporkan tidak akan haramkan TikTok
Antara janji kempen Trump ialah sekiranya menang beliau tidak akan mengharamkan TikTok kerana ia hanya akan menguntungkan syarikat seperti Meta.
Kebakaran stor: Pejabat Parlimen Papar salur bantuan khemah dan makanan
Beberapa khemah sementara didirikan bagi menempatkan para pesakit dan kakitangan Hospital Papar, Sabah yang terkesan susulan insiden kebakaran di stor perubatan farmasi hospital itu.
Rangka pesawat dalam video, gambar tular bukan milik TUDM
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan rangka pesawat yang dipaparkan dalam video dan gambar tular menerusi media sosial adalah miliknya.
PM Anwar terima gelaran profesor kehormat daripada Universiti Tsinghua
Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima gelaran profesor kehormat daripada Universiti Tsinghua pada 5 November lalu sempena lawatan kerja beliau ke China.
JKR aktifkan Bilik Gerakan Bencana, aplikasi sistem eBencana hadapi MTL
KKR melalui JKR mengaktifkan BiGBen dan aplikasi mudah alih Sistem eBencana JKR yang dinaik taraf, sebagai langkah mempertingkatkatkan kesiapsiagaan menghadapi MTL.