KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah membuat sebarang ketetapan menaikkan umur persaraan kepada 65 tahun sebagaimana tular menerusi media sosial baru-baru ini.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan penelitian pihaknya mendapati perkara itu ditularkan berdasarkan artikel sebuah akhbar tempatan bertarikh 11 April lepas yang memetik pandangan seorang profesor.
"Ia hanya pandangan seorang profesor dan bukannya kenyataan rasmi kerajaan," menurut MCMC melalui portal sebenarnya.my.
Artikel yang diterbitkan kira-kira empat bulan lepas itu mendakwa bahawa Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) menjangkakan had usia persaraan Malaysia akan dinaikkan daripada 60 ke 65 tahun dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Menurut artikel itu, persaraan wajib di Malaysia yang ditetapkan pada usia 60 tahun secara relatifnya lebih rendah berbanding negara lain, contohnya di Jepun yang ditetapkan pada umur 65 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023

Kerajaan tidak pernah membuat sebarang ketetapan menaikkan umur persaraan kepada 65 tahun sebagaimana tular menerusi media sosial baru-baru ini. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kerajaan tidak pernah buat ketetapan naikkan umur persaraan kepada 65 tahun - MCMC
Kerajaan tidak pernah membuat sebarang ketetapan menaikkan umur persaraan kepada 65 tahun sebagaimana tular menerusi media sosial baru-baru ini.