PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol berkuat kuasa 1 Ogos ini, dengan jaminan pengguna akan mendapat minyak masak di bawah harga RM30 untuk botol lima kilogram (kg).
Dalam pengumumannya hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyenaraikan harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit dalam kemasan botol lima kg pada harga RM29.70 sebotol, botol satu kg (RM6.70), dua kg (RM12.70) dan tiga kg (RM18.70).
KPDNHEP dalam kenyataannya berkata kerajaan telah bersetuju melaksanakan program harga kawalan berasaskan nilai ambang minyak sawit mentah (CPO) dengan harga minyak masak sawit botol lima kg diputuskan untuk dikawal supaya harganya tidak melebihi RM30 sebotol.
Kementerian itu berkata pelaksanaan harga kawalan itu dibuat susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai komitmen kerajaan membantu rakyat meringankan kos sara hidup.
Kata kenyataan itu lagi, ia juga bagi menangani isu kenaikan harga CPO di pasaran dunia yang mempengaruhi harga minyak masak sawit tulen tidak bersubsidi di pasaran tempatan.
"Dengan pelaksanaan harga kawalan untuk minyak masak tulen, pengguna adalah dijamin untuk mendapatkan minyak masak tersebut dibawah harga RM30 bagi lima kg dan pada lain-lain kuantiti juga tanpa mengira kepada kedudukan harga sawit semasa," kata KPDNHEP.
KPDNHEP berkata penetapan harga runcit maksimum minyak masak itu dibuat di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2021 dengan turut mengambil kira pandangan agensi-agensi, industri dan trend harga di pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 27 2021

Penetapan harga runcit maksimum minyak masak itu dibuat di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan 2021. - Gambar hiasan/ BERNAMA

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 20 hingga 26 Feb ini.

Pasaran getah KL ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh isyarat lemah daripada pasaran niaga hadapan serantau.

5 risiko inflasi Malaysia 2025 yang anda perlu tahu
Beberapa faktor utama boleh mempengaruhi pergerakan inflasi, terutamanya dalam konteks rasionalisasi subsidi dan tekanan permintaan.

Pasaran getah KL ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap kekurangan bekalan getah asli ketika musim sejuk semakin menghampiri.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Feb ini.

Harga runcit RON95 dan RON97 kekal, diesel naik lima sen di Semenanjung
Harga runcit diesel di Semenanjung naik lima sen seliter daripada RM3.13 kepada RM3.18 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Pasaran getah ditutup rendah, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Isnin, menjejaki trend dalam pasaran niaga hadapan getah serantau disebabkan peniaga dipengaruhi oleh data ekonomi China yang lemah.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.

Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen daripada RM3.38 seliter kepada RM3.43 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Jan.