Keutamaan rakyat terutama berkaitan kos sara hidup, pendidikan, keselamatan, pengangkutan awam dan infrstruktur luar bandar akan terus menjadi fokus di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib, yang dijadual membentangkan RMK-11 pada 21 Mei, berkata fokus istimewa akan diberikan juga terhadap pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional.
"Cita-cita kita (kerajaan) yang akan ditegaskan juga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, ialah untuk melahirkan siswazah yang serba boleh dan memenuhi keperluan industri.
"Malahan saya melihat kepada model dalam pendidikan teknikal dan vokasional di negara-negara lain termasuk Eropah yang mempunyai rekod cemerlang dalam tahun-tahun kebelakangan ini," katanya pada sesi dialog dengan pemimpin-pemimpin perniagaan di pejabatnya di sini hari ini.
Najib berkata 'Ekonomi Rakyat' tidak akan sempurna tanpa sokongan sektor swasta dalam meningkatkan pendapatan, menjana peluang pekerjaan dan memudahkan kemajuan dan pembangunan kerjaya.
"Sambil kita melihat ke hadapan dengan Rancangan Malaysia ke-11, yang akan membawa kita melalui perancangan lima tahun akan datang, asas ekonomi kita adalah kukuh dan agenda transformasi negara meletakkan Malaysia di landasan yang betul untuk mencapai Wawasan 2020," katanya.
Berkongsi dengan para pemimpin perniagaan itu mengenai asas-asas ekonomi berkenaan, Najib yakin bahawa prospek Malaysia adalah wajar dan berasas, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar kekal kukuh dan dijangka mencatatkan antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus tahun ini.
"Ini merupakan kadar yang sihat yang melebihi banyak negara di rantau ini dan testimoni kepada daya tahan ekonomi kita. Kepelbagaian adalah penting serta perlu dan ini telah menjadi satu daripada pembaharuan utama kita," katanya.
Najib juga menyatakan hasratnya untuk secara beransur mengurangkan cukai korporat bagi meningkatkan persaingan Malaysia dan ini memerlukan negara untuk mengembangkan asas pendapatannya daripada sumber berlainan termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).
"Ia akan mengambil masa dan hinggalah kita dapat menyelesaikan masalah awal dan penyalahgunaan yang berlaku, ia nanti akan dilihat sebagai satu langkah yang perlu.
LAPORAN LANJUT MENYUSUL
Bernama
Tue May 12 2015
NAJIB: Keutamaan rakyat akan terus menjadi fokus di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11). -Gambar fail
[TERKINI] Pasukan penyiasat mula analisis perakam data penerbangan pesawat Jeju Air
Pasukan penyiasat bersama Amerika Syarikat dan Korea Selatan memulakan analisis perakam data penerbangan pesawat malang Jeju Air.
Lelaki mengaku tak bersalah lakukan sumbang mahram anak tiri
Seorang lelaki didakwa atas tiga pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap seorang anak perempuan tirinya pada 2019 dan 2024.
Peniaga gerai mengaku hina Agong, didenda RM3,000
Seorang peniaga gerai makanan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong di aplikasi X, minggu lalu.
Terbuka Malaysia 2025: Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua
Pasangan beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai melangkah mudah ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka Malaysia 2025.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya kini ranking ke-132 dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelakon China hilang jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia
Seorang pelakon China yang dilaporkan hilang minggu lalu berhampiran sempadan Thailand-Myanmar dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.
RM11 juta peruntukan pemerkasaan ekonomi Komuniti Bandar 2025 - KPKT
Sejumlah RM11 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2025.
Logo VM2026 rekaan pelukis tempatan, bukan ilustrasi AI
Rekaan logo rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang menampilkan ilustrasi beruang matahari merupakan rekaan seorang pelukis tempatan dan bukannya janaan kecerdasan buatan (AI).
Bumbung Axiata Arena bocor, PSM mohon maaf
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memohon maaf kepada semua pihak, terutama penganjur dan peminat sukan badminton, berikutan insiden kebocoran bumbung di Axiata Arena semalam.
[TERKINI] Peniaga mengaku salah hina Agong di media sosial
Seorang peniaga gerai makanan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan menerbitkan satu hantaran menghasut yang menghina Yang di-Pertuan Agong dalam media sosial pada Disember lalu.
Tiga pembekal masing-masing didenda RM10,000 miliki barang kawalan tanpa lesen
Tiga pembekal minyak masak dan diesel masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki barangan kawalan tanpa lesen sah pada 2023.
Teruskan PKKP bukti Kerajaan MADANI prihatin terhadap pesara
Kebanyakan ahli bersyukur dengan keputusan berkenaan kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung.
Hampir 4,000 barangan makanan dijangka alami kenaikan harga di Jepun
Trend kenaikan harga makanan di Jepun dijangka berterusan tahun depan apabila lebih 3,900 barangan makanan akan mengalami kenaikan harga antara Januari dan April, lapor Xinhua.
Belanjawan 2025: KPDN manfaat peruntukan untuk gerak agenda tangani ketirisan
KPDN akan menggunakan peruntukan dalam Belanjawan 2025 untuk menggerakkan agenda menangani ketirisan melalui pemantauan dan penguatkuasaan.
Kajian rapi perlu kait bantuan tunai dengan inflasi - Pakar
Walaupun mengaitkan bantuan tunai dengan inflasi adalah langkah wajar, ia tidak seharusnya diikat terus kepada kadar inflasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Oktober 2024.
Belanjawan 2025: RM1 bilion tangani kos sara hidup
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
Kerajaan dijangka umum Perintah Gaji Minimum baharu dalam Belanjawan 2025 – Pakar
Kerajaan dijangka mengumumkan Perintah Gaji Minimum (PGM) baharu dalam Belanjawan 2025 pada 18 Oktober akan datang.
PJRM bakal diperluas ke pasar awam - Armizan
KPDN akan memperluas pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani di pasar awam secara bersasar yang dijangka bermula Oktober ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 September 2024.