KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan kerajaan telah bertindak menyekat akaun TikTok milik Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Dalam catatan di media sosial, Saifuddin berkata kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mengharamkan mana-mana akaun TikTok di negara ini kerana platform media sosial itu dimiliki oleh firma teknologi dari China, Bytedance Ltd.
"Untuk pengguna TikTok macam juga platform media sosial lain, tertakluk pantang larang yang boleh dan tidak boleh.
"Kerajaan Malaysia ada kuasa ban akaun TikTok kita? Jawabnya tidak.
"Kalau TikTok terima banyak laporan dan aduan oleh pengguna lain, maka TikTok sekat akaun yang mencetuskan isu.
"Hari ini Menteri Besar Kedah kata 'content' TikTok dia kena padam. Dia kata Malaysia dah jadi Korea Utara.
"Saya tentunya tak setuju sebab memang bukan kerajaan yang buat, kita pun banyak kerja lain," katanya.
Terdahulu, Sanusi mendakwa Malaysia sudah menjadi seperti Korea Utara di bawah kerajaan Pakatan Harapan, selepas akaun TikTok miliknya disekat.
Akaun TikTok Sanusi, yang mempunyai 432,700 pengikut, dilaporkan tidak dapat diakses sejak semalam.
Pengarah pilihan raya PAS itu mendakwa larangan itu mencerminkan ketakutan kerajaan terhadap kebebasan media dan merupakan langkah untuk menghalang beliau dan gabungannya menjawab pelbagai tuduhan ke atas mereka.
Sanusi bagaimanapun telah mendaftar akaun TikTok baharu, di bawah nama pengguna @sanusimdnor74, yang setakat ini sudah mempunyai lebih 88,000 pengikut.
Madiha Abdullah
Sun Jul 16 2023
Saifuddin berkata kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mengharamkan mana-mana akaun TikTok di negara ini. -Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
KDN sahkan seorang anggota polis ditahan kes tembakan di Song
Saifuddin Nasution dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengenai penglibatan anggota polis dalam insiden tersebut semasa lawatannya ke Sarawak.
Banjir: JPN tawar penggantian dokumen pengenalan diri tanpa denda - Saifuddin
Jabatan Pendaftaran Negara menawarkan perkhidmatan penggantian dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan dan sijil lahir tanpa denda kepada mangsa banjir.
Op Global: 80 kertas siasatan telah dibuka susulan penahanan 359 pengikut GISB
Sebanyak 80 kertas siasatan telah dibuka susulan penahanan 359 pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd menerusi Op Global di seluruh negara.
Kecekapan, kredibiliti PDRM dapat selesaikan isu GISB - Saifuddin
Beliau berkata sekiranya jelas berlaku ekploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak, kesalahan seksual kanak-kanak mahu pun pemerdagangan manusia, tindakan perlu diambil.
"Baru terima draf dah riuh di luar" - Saifuddin bidas tindakan PN gemar cetus sensasi
Saifuddin bidas tindakan pemimpin PN yang begitu 'riuh' dalam membincangkan isu MoU peruntukan pembangkang.
Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution
Tuan Ibrahim berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama disebut dan diserang oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau.
Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution
Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar Pas ke-70.
PRK Mahkota: PH jamin bantu BN kekalkan kemenangan - Saifuddin
Pakatan Harapan memberi jaminan untuk membantu dengan sepenuh hati calon BN bagi memastikan kemenangan pada PRK DUN Mahkota.
Malaysia bincang pelanjutan tempoh pengecualian visa pelancong ke China - Saifuddin
Pelanjutan tempoh pengecualian visa pelancong untuk rakyat Malaysia ke China antara perkara yang akan dibincangkan dalam lawatan kerja Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke negara itu.
Tiga warga Malaysia ditahan di Filipina diterbangkan ke Manila esok - Saifuddin
Saifuddin berkata mereka dihantar ke Manila untuk proses dokumentasi, sebelum pengusiran dilakukan pihak berkuasa Filipina.