PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju mempercepatkan pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (HETR), serta dasar baharu seperti Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUU PIN) dalam mencapai sifar bersih pada tahun 2050.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keputusan itu, dicapai dalam Mesyuarat Kelima Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) Bilangan 1 Tahun 2024 semalam, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata pendekatan beraspirasi tinggi itu, akan menjadi pemangkin kepada Malaysia untuk menjadi mercu tanda pertumbuhan ekonomi hijau, serta menjana pekerjaan hijau untuk rakyat.
"Mesyuarat turut bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Dekarbonisasi Kebangsaan yang dipengerusikan saya sendiri, untuk memantau pelaksanaan pelan tindakan bagi mencapai sasaran ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nik Nazmi berkata beliau telah membentangkan tiga kertas dalam MTPIN dengan perkara utama yang dibincangkan termasuk cadangan penetapan tahun sasaran aspirasi pelepasan gas rumah kaca (GHG) sifar bersih negara pada tahun 2050, berdasarkan hasil kajian Pembangunan Hala Tuju dan Pelan Tindakan Nationally Determined Contributions (NDC) dan Strategi Jangka Panjang Pembangunan Rendah Karbon(LT-LEDS).
MTPIN turut bersetuju untuk meluluskan Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0, iaitu dasar tersebut akan saling melengkapi inisiatif lain antaranya penggubalan RUU PIN, pembangunan Pelan Adaptasi Nasional dan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan.
Bagi meneruskan penyertaan aktif Malaysia di persidangan antarabangsa, Nik Nazmi juga telah membentangkan perancangan pembangunan Pavilion Malaysia di Persidangan ke-29 Pihak-Pihak kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC COP-29) pada November 2024 di Baku Azerbaijan dan COP-30 di Brazil pada 2025.
"Pada mesyuarat ini juga, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membentangkan tindak balas sektor kewangan dalam perubahan iklim yang diterajui oleh Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3).
"Inisiatif yang dirancang ini merupakan manifestasi kerajaan dalam menangani isu perubahan iklim secara komprehensif dengan mengurangkan pelepasan GHG, memperkukuhkan daya tahan negara terhadap kesan perubahan iklim serta menggalakkan peralihan ke arah pembangunan lebih lestari dan rendah karbon," kata Nik Nazmi.
Nik Nazmi menerusi mesyuarat sama turut berkongsi hasil kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Thailand Jeneral (Polis) Phatcharavat Wongsuwan dalam lawatan kerja singkatnya ke Bangkok pada 12 Jun.
Menerusi lawatan itu, kerajaan Thailand telah menyatakan sokongan kepada Malaysia bagi Kepengerusian ASEAN 2025 dan bersetuju menjalin kerjasama bagi berkongsi kepakaran dalam mekanisme pasaran karbon.
MTPIN ditubuhkan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 11 Dis 2020 dan merupakan platform tertinggi yang bertanggungjawab bagi menetapkan dasar, hala tuju dan perkara berkaitan perubahan iklim melibatkan Kerajaan Persekutuan dan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024
![Kerajaan setuju percepat NIMP, NETR, HETR dalam mencapai aspirasi sifar bersih 2050 Kerajaan setuju percepat NIMP, NETR, HETR dalam mencapai aspirasi sifar bersih 2050](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701594806_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Menurut Nik Nazmi, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Kelima Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara semalam, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. - Foto Bernama
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Tiba masa Malaysia jadi peneraju sektor peralihan tenaga - Rafizi Tiba masa Malaysia jadi peneraju sektor peralihan tenaga - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678782281_TBRAFIZIjpg.jpg)
Tiba masa Malaysia jadi peneraju sektor peralihan tenaga - Rafizi
Negara akan melancarkan pelan induk perindustrian baharu pada Ogos dan semakan semula perancangan lima tahunnya pada September.