KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya Malaysia menerajui sektor peralihan tenaga, terutamanya bagi memudahkan perdagangan rentas sempadan sumber tenaga boleh diperbaharui (renewable energy atau RE).
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, dasar negara sebelum ini menumpukan pada pembangunan pasaran domestik secara organik.
Namun, katanya, Malaysia kini punyai peranan penting untuk dimainkan dalam menghubungkan seluruh rantau Asia, yang memerlukan perancangan teliti dan pelaburan yang besar.
"Kami cukup faham bahawa kami perlu sangat fokus kepada sektor peralihan tenaga, dalam tempoh enam bulan lepas sejak mengambil alih kerajaan.
"Jadi, kami telah membuat beberapa perubahan dasar utama, yang termasuk, contohnya, dalam beberapa bulan akan datang, Malaysia akan melancarkan pasaran pertukaran RE serantau.
"Ia akan memudahkan perdagangan rentas sempadan, kerana kami mempunyai situasi unik di mana Malaysia secara geografi sangat strategik dan mempunyai banyak potensi," katanya dalam temu bual di Forum Ekonomi Qatar, dibawakan oleh Bloomberg.
Beliau berkata negara akan melancarkan satu pelan induk perindustrian baharu pada Ogos dan semakan semula perancangan lima tahunnya pada September.
"Kami sedang melakukannya secara berperingkat sebagai persediaan menuju pembentangan belanjawan pada November.
"Akan ada lebih banyak kejelasan pada asas bulan ke bulan kerana (apa) yang ingin kami elakkan ialah 'big bang' dengan senarai perkara yang kami ingin lakukan dan enam bulan seterusnya mengecewakan semua orang dengan pergerakan pelaksanaannya.
"Jadi, dengan mengimbangi antara perkara yang kami ingin lakukan dan cara kami melakukannya, saya fikir, ia kunci kepada kemampanan," katanya.
Rafizi berkata, Malaysia perlu meningkatkan kapasiti lebih 11 kali dalam masa 20 tahun akan datang dan melabur kira-kira AS$150 bilion dalam infrastruktur.
"Semua ini, dengan tumpuan pada peralihan tenaga, memberi petanda yang baik kepada rantau ini serta pelabur, dan meningkatkan skala peralihan kami daripada pembuatan nilai sederhana kepada bernilai tinggi," katanya.
Jelas Rafizi, sebagai sebuah negara yang meneroka industri semikonduktor sejak 1970-an, Malaysia kini sedia mempelbagaikan ruang untuk bergerak ke hadapan, termasuk dalam aspek tenaga kerja.
"Polisi pada masa lalu sangat didorong oleh bekalan. Ini bermakna, kami membina universiti dan kolej teknikal kami, kami membina kurikulum kebangsaan dan ia telah berfungsi selama kira-kira 30 tahun.
"Tetapi kadar teknologi telah meningkat dan kami beralih ke arah permintaan dengan memberi kebebasan dan insentif, serta bekerjasama dengan industri.
"Ini supaya industri diberi peluang melatih dengan cepat, mengambil pendekatan latihan sambil bekerja, beralih daripada pensijilan kebangsaan, dan lebih kepada mengambil orang ramai dan melatih mereka dalam industri," katanya lagi.
Tambah Rafizi, insentif nasional dan insentif pelaburan perlu beralih daripada insentif cukai dan fiskal semata-mata, ke arah peningkatan kemahiran dan insentif latihan untuk pengilang, sekali gus membolehkan Malaysia meningkatkan latihan dan penyediaan tenaga kerja pada kadar yang lebih pantas.
Madiha Abdullah
Thu May 25 2023

Rafizi berkata, sebagai sebuah negara yang meneroka industri semikonduktor sejak 70-an, Malaysia kini bersedia mempelbagaikan ruang untuk bergerak ke hadapan. - Gambar fail/Astro AWANI
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

MyGAS 2025 fokus cabaran pembiayaan industri gas
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.

Perang tarif AS peluang untuk kerajaan percepat reformasi ekonomi - Rafizi
Ketidaktentuan ekonomi dunia ekoran langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menaikkan tarif ke atas China, Kanada dan Mexico merupakan peluang untuk kerajaan mempercepat reformasi ekonomi.

Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan.

Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.

24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.

Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.

Rafizi jangka cip, GPU buatan Malaysia dapat direalisasikan dalam tempoh lima sehingga 10 tahun
Malaysia dijangka dapat membangunkan cip dan unit pemprosesan grafik (GPU) 'Buatan Malaysia' dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang.

Kerajaan ambil pendekatan global dalam RMK13 - Rafizi
Kerajaan mengambil pendekatan global untuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan dilancarkan tahun ini, kata Menteri Ekonomi Rafzi Ramli.

Innovathon 2: Ciptaan bahan pembinaan penebat dipilih juara minggu kelima
Dengan proses penghasilan yang singkat, Bio Polyol mempunyai kebolehulangan yang tinggi (konsisten) dan sifar sisa serta tiada pembebasan gas bertoksik.

RMK13 laksana intervensi terus hapuskan miskin tegar di 10 daerah - Rafizi
Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan melaksanakan langkah intervensi terus miskin tegar di 10 daerah yang mencatat kadar kemiskinan tertinggi di negara ini dengan lapan daripadanya a