Kerajaan Selangor akan meneliti penghakiman Mahkamah Tinggi di sini yang memutuskan pembayaran pampasan RM2.7 juta kepada tujuh bekas kakitangan Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor tiga tahun lepas adalah sah.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata penelitian penghakiman bertulis dilakukan peguam mewakili kerajaan negeri bagi melihat keperluan untuk membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.
Mohamed Azmin berkata demikian ketika ditemui pemberita di sini pada Sabtu.
Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan MBI, sebuah anak syarikat kerajaan negeri Selangor, yang difailkan pada 11 Mei 2015, menuntut tujuh bekas kakitangannya memulangkan kembali pampasan RM2.7 juta yang dibayar menerusi Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2014.
Mahkamah memutuskan bahawa bayaran pampasan itu adalah sah dan dibuat mengikut peraturan berdasarkan Enakmen MBI 1994.
Ketujuh-tujuh kakitangan tersebut adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Hussin, Rohani Talib, Arfa'eza Abdul Aziz, Mustapha Mohd Talib, Rahimah Kamarudin, Abdul Halim Mohamed Yusof serta Tuan Nazuri Tuan Ismail.
Saman terhadap seorang lagi bekas kakitangan MBI yang turut menerima pampasan belum difailkan bagi mendapatkan kebenaran mahkamah di bawah Akta Kebankrapan 1967.
Mereka menerima pampasan apabila kontrak mereka ditamatkan selepas Abdul Khalid meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor pada September 2014.
Pada 16 Jan 2015, Mohamed Azmin mengarahkan kesemua lapan bekas pegawai itu memulangkan semula wang pampasan yang diterima semasa pentadbiran Abdul Khalid kerana mendakwa terdapat pelanggaran tatacara dan peraturan kewangan.
Bekas pegawai berkenaan dilaporkan menerima pampasan RM114,870 hingga RM699,000 seorang. -- Bernama
Bernama
Sat Apr 01 2017

Pada 16 Jan 2015, Mohamed Azmin (gambar) mengarahkan kesemua lapan bekas pegawai itu memulangkan semula wang pampasan yang diterima semasa pentadbiran Abdul Khalid. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.

PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.

PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.

Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.

Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.

Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.

Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.

Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.