Kerajaan negeri mengarahkan tiga anggota exconya memantau perbelanjaan dana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) serta mendapatkan laporan pihak terlibat dalam transaksi projek PJ Sentral Development (PJ Sentral) melibatkan anak syarikat PKNS Holdings Sdn Bhd.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata arahan tersebut melibatkan exco Datuk Teng Chang Khim, Iskandar Abdul Samad dan Rodziah Ismail untuk mendapatkan laporan serta penjelasan mengenai transaksi projek berkenaan sebagaimana yang didedahkan Bahagian Audit Dalaman PKNS sebelum ini.
Beliau berkata langkah itu diambil bagi mendapatkan penjelasan dan laporan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali.
"Perkara (laporan mengenai PJ Sentral) ini dilakukan oleh Bahagian Audit Dalaman PKNS. Berdasarkan laporan audit dalaman itu, dinyatakan masih belum mendapat keterangan daripada Azmin Ali.
"Bagaimanapun, saya telah meminta tiga anggota exco ini membuat penelitian mengenai perkara ini. Saya rasa semua orang yang bertanggungjawab mesti membuat laporan dan penjelasan mengenai perkara tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang menyatakan bahawa Bahagian Audit Dalaman PKNS gagal mendapatkan penjelasan Azmin berhubung isu anak syarikatnya, PKNS Holdings dalam transaksi berkaitan projek PJ Sentral.
Laporan tersebut turut menyatakan pihak audit dalaman PKNS itu gagal meneruskan siasatan mereka ekoran 'kesukaran mendapatkan tarikh yang sesuai' untuk bertemu Azmin yang juga ahli Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif, untuk disiasat.
Pada 27 Feb lalu, PKNS dilaporkan gagal dalam samannya terhadap Nusa Gapurna Development Sdn Bhd (Nusa Gapurna) dan Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) berhubung pelanggaran perjanjian pemegang saham berkaitan kepentingan dalam PJ Sentral Development Sdn Bhd.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hasnah Mohammed Hashim yang menolak saman itu setelah mendengar keterangan enam saksi dan memerintahkan PKNS membayar kos RM100,000 kepada Nusa Gapurna dan RM50,000 kepada MRCB.
Bernama
Sat Jun 21 2014
Laporan yang dipinta adalah berkenaan transaksi projek PJ Sentral Development (PJ Sentral) melibatkan anak syarikat PKNS Holdings Sdn Bhd. - Gambar Fail
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
Kerajaan Selangor arah tiga Exco dapat laporan transaksi projek PJ Sentral
Kerajaan negeri arahkan tiga anggota exconya memantau perbelanjaan dana PKNS seperti yang didedahkan bahagian Audit Dalaman PKNS.
Selangor sedia teliti rayuan PNSB & Syabas
Kerajaan Selangor sedia meneliti semula rayuan oleh Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Perbincangan bubar DUN Selangor minggu depan
Perbincangan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan diadakan minggu depan.