KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyediakan bantuan secara bersasar dalam tempoh terdekat kepada kumpulan rentan, terutamanya golongan miskin serta golongan yang mengalami kehilangan pendapatan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia termasuk meningkatkan sokongan kepada perniagaan, khususnya perniagaan yang masih tidak dapat beroperasi dan perniagaan yang sedang dalam proses pembukaan semula pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Kerajaan akan memberi tumpuan kepada sistem penyampaian awam, terutamanya bagi memastikan bantuan sampai kepada semua yang memerlukan, menyegerakan pelaksanaan projek pembangunan serta mengurangkan karenah birokrasi supaya aktiviti ekonomi kembali rancak sehingga ke peringkat akar umbi dan menggalakkan pelaburan baharu dari dalam dan luar negara.
"Keempat, memberi fokus utama kepada agenda pendigitalan selaras dengan pertumbuhan sumber kekayaan baharu dan transformasi ekonomi negara dalam aktiviti yang berasaskan pengetahuan dan inovasi," katanya semasa Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin.
Dalam pada itu jelas Muhyiddin, kerajaan antara lain akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital.
Ia akan menyediakan generasi fasih digital yang menguasai pengetahuan dan kemahiran digital serta berupaya menghasilkan inovasi menggunakan teknologi digital.
Katanya ia sekali gus akan melonjakkan kualiti pendidikan negara kita agar menjadi antara yang terbaik di dunia.
"Kedua, meningkatkan kompetensi dan pembangunan profesional pihak berkepentingan berkaitan kepimpinan dan pengintegrasian teknologi digital dalam pendidikan.
"Ketiga, merapatkan jurang digital bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan berfungsi dalam masyarakat berilmu berlandaskan nilai murni (knowledge virtue-based society)," ujarnya.
Astro Awani
Mon Mar 01 2021
Muhyiddin menyampaikan Amanat Perdana sempena Setahun Malaysia Prihatin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. --fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
Parlimen: Kenaikan gaji minimum harus disokong dengan dasar jelas, kawalan harga - Muhyiddin
Kenaikan gaji minimum mesti disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas.
Muhyiddin gagal dapat pasport bercuti ke Uzbekistan, sambut ulang tahun perkahwinan
Muhyiddin gagal mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara untuk bercuti dan menyambut ulang tahun perkahwinan di Uzbekistan.
'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.
MoU peruntukan: Pembangkang kekal tolak, tidak kemuka cadangan baharu - Muhyiddin
PN tidak akan mengemukakan sebarang cadangan baharu berkaitan draf MoU mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan Muhyiddin gambarkan Guan Eng salah guna kuasa dalam kes cukai Yayasan Albukhary - Peguam
Kenyataan Muhyiddin dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkannya telah menyalahgunakan kuasa.
Salah guna kuasa: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Muhyiddin semak keputusan
Keputusan itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi.