KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan luar bandar di negara ini, mendapat liputan telekomunikasi teknologi 5G pada pertengahan tahun depan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan juga, akan memastikan tidak kurang daripada 85 peratus kawasan luar bandar, mendapat liputan 5G pada akhir 2024.
"Baki 15 peratus itu mungkin kawasan pergunungan dan sebagainya yang agak sukar. Kita tahu di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri), beliau amat progresif dari segi tasawwur, wawasan beliau.
"Kita lakukan koordinasi ini kerana merasakan rakyat di luar bandar juga berhak. Kita tidak mahu apabila mahu mencapai internet, mereka panjat pokok untuk dapatkan liputan. Jadi, ini harus kita elakkan, walaupun sukar tetapi kita boleh," katanya pada program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.
Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kementeriannya bersama Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), telah mengenal pasti kawasan-kawasan Orang Asli untuk pemasangan peranti satelit Starlink, agar golongan tersebut juga tidak ketinggalan.
Mengulas mengenai Belanjawan 2024 yang dibentangkan Anwar pada Jumaat lepas, Ahmad Zahid berkata komuniti Orang Asli diperuntukkan RM333 juta, yang mencakupi pelaksanaan projek pembangunan sosioekonomi, prasarana dan pemberian bantuan sosial.
Dalam pada itu, beliau berkata KKWD juga menyasarkan seramai 400 anak-anak Orang Asli masuk ke universiti pada tahun depan, serta memastikan lebih ramai menceburi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang bukan berbentuk konvensional, sebaliknya menjurus kepada berteknologi tinggi.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata usaha tersebut, merupakan pendekatan mobiliti sosial secara menegak, agar taraf hidup komuniti itu dapat dipertingkatkan.
"Saya berazam ke arah perkara itu di mana kita dapati petempatan Orang Asli di negara ini berselerak, namun di bawah Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), kita akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara dan akan mengadakan kajian terperinci dengan kerajaan-kerajaan negeri, sebab kawasan rayau mereka banyak diceroboh," katanya.
Sebelum ini, beliau memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan sedang melaksanakan semakan semula Akta Orang Asli 1954, bagi memperhalusi beberapa peruntukan membabitkan masyarakat berkenaan.
Menyentuh mengenai keseluruhan peruntukan untuk KKWD dalam Belanjawan 2024, Ahmad Zahid berkata sebahagian besar atau 64.4 peratus daripada RM11.5 bilion yang diperuntukkan kepada kementerian itu, adalah untuk pembangunan.
"RM7.4 bilion daripada keseluruhan RM11.5 bilion (untuk pembangunan) dan untuk perbelanjaan mengurus cuma RM4.1 bilion sahaja. Ini memperlihat keperihatinan kami untuk soal prasarana dan pembangunan di kawasan desa," katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata penekanan juga akan diberikan terhadap kemudahan prasarana kepada penduduk di Sabah dan Sarawak termasuk bekalan air, elektrik, projek ameniti sosial dan kemudahan lain.
Dalam Belanjawan 2024, KKWD menerima peningkatan peruntukan 4.7 peratus atau RM513 juta termasuk RM2.4 bilion kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah (Felcra) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bagi merancakkan aktiviti agrikomoditi dan meningkatkan sosioekonomi pekebun kecil.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2023

Ahmad Zahid berkata kerajaan juga, akan memastikan tidak kurang daripada 85 peratus kawasan luar bandar, mendapat liputan 5G pada akhir 2024.- Gambar fail/Bernama

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Liputan 5G di Pulau Pinang capai 91.7 peratus - Exco
Sehingga kini, terdapat 445 tapak struktur pemancar komunikasi telah tersedia liputan 5G di Pulau Pinang.

2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.

Hospital antara kawasan diberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah kesalinghubungan - Fahmi
Hospital akan menjadi satu daripada tujuh kawasan yang diberikan keutamaan oleh MCMC dalam usaha menyelesaikan masalah kesalinghubungan.

Liputan 5G di kawasan berpenduduk kini 81.7 peratus - Teo
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai tahap 81.7 peratus, dengan siapnya 7,114 tapak 5G di seluruh negara setakat ini.

337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.

Perak fokus bangun liputan 5G di tiga kawasan industri
Kawasan terbabit melibatkan Proton City di Tanjung Malim, projek kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian dan Silver Valley di Gopeng.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 Disember 2023.

Liputan 5G di Malaysia kini 73 peratus - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata capaian rangkaian 5G di Malaysia kini ialah 73 peratus dan beliau yakin sasaran 80 peratus mampu dicapai menjelang akhir tahun 2023.

Liputan 5G di Sabah capai hampir 50 peratus - Fahmi
Liputan 5G di kawasan berpenduduk di Sabah telah mencapai hampir 50 peratus setakat 30 Sept lepas.

Kerajaan sasar 50 peratus kawasan luar bandar dapat liputan 5G pertengahan 2024 - Ahmad Zahid
Kerajaan sasar untuk memastikan 50 peratus kawasan luar bandar di negara ini, mendapat liputan 5G pada pertengahan tahun depan.