KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM20.92 bilion kepada 357,904 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia, setakat 15 Julai, 2022.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, bagi PSU 1.0, sebanyak 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat di bawah pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan permohonan subsidi upah yang diluluskan telah mencecah nilai RM12.958 bilion setakat tarikh itu.
Beliau berkata, di bawah PSU 2.0 pula, sejumlah RM1.408 bilion telah disalurkan kepada 81,164 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 719,174 pekerja.
"Sementara bagi PSU 3.0 setakat tempoh yang sama, sebanyak RM3.775 bilion telah disalurkan kepada 162,317 majikan untuk mengekalkan penggajian bagi 1.53 juta pekerja.
"Malah, PSU 3.0 turut ditambah baik dengan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan PEMERKASA Tambahan," katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-105 yang dikeluarkan pada Khamis.
Tengku Zafrul berkata PSU 4.0 yang dilaksanakan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan peruntukan RM3.8 bilion pula dijangka memberi manfaat kepada 2.5 juta pekerja.
"Setakat 15 Julai, 2022 sebanyak RM2.57 bilion telah disalurkan kepada 163,942 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 1.92 juta pekerja," katanya.
Beliau berkata, bagi PSU 5.0, sebanyak RM210.189 juta telah disalurkan kepada 7,928 majikan setakat 15 Julai, 2022 bagi membolehkan mereka terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 119,813 pekerja.
Di samping itu, sebanyak 33,456 peserta telah berjaya ditempatkan di sektor awam dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melalui inisiatif program Pekerjaan Jangka Pendek Malaysia (MySTEP) setakat 15 Julai, 2022, katanya.
Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, 17,446 orang pekerja telah ditempatkan di sektor awam manakala 16,010 pekerja lagi di GLC serta rakan-rakan strategik lain.
Tengku Zafrul berkata, dalam pada itu bagi memastikan tempat untuk anak muda Orang Kurang Upaya (OKU) menceburi bidang pekerjaan, kerajaan juga telah menyediakan kuota khas sebanyak satu peratus peluang penempatan untuk program MySTEP kepada golongan berkenaan.
"Kerajaan amat menggalakkan agar warga OKU turut mengambil kesempatan ini dan memohon penyertaan melalui Portal MySTEP," katanya.
Beliau berkata, Program Latihan dan Pendidikan Profesional bagi Usahawan Yang Sedang Membangun (PROTEGE) Sedia Untuk Bekerja yang dilaksanakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) untuk meningkatkan kebolehpasaran dan memupuk kemahiran keusahawanan dalam kalangan lepasan pengajian tinggi telah merekodkan 4,316 orang lulusan baharu, setakat 15 Julai, 2022.
Beliau berkata, kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi menjayakan program KPT-Program Peningkatan Kerjaya (CAP) sebagai usaha untuk menangani isu lepasan pengajian tinggi menganggur.
Setakat 15 Julai 2022, KPT-CAP berjaya menempatkan 3,618 orang lepasan pengajian tinggi, katanya.
Tengku Zafrul berkata, Skim Perantisan Nasional (SPN) adalah sebuah skim perantisan yang dilaksanakan di bawah Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Sumber Manusia serta agensi-agensi persekutuan di bawah ketiga-tiga kementerian tersebut.
"Setakat 15 Julai, 2022 sebanyak 4,459 belia baharu telah pun berjaya ditempatkan dengan menggunakan Insentif Penggajian JaminKerja PERKESO khusus buat golongan perantis," katanya.
Bagi Inisiatif Pemulihan CENDANA, kerajaan telah memperuntukkan RM10 juta yang dijangka dimanfaatkan oleh 3,000 penerima daripada kalangan seniman dan organisasi di dalam sektor seni dan budaya Malaysia.
"Setakat 15 Julai 2022, terdapat 1,582 jumlah permohonan bagi inisiatif ini di mana sebanyak RM7.50 juta telah disalurkan kepada 590 pemohon," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022

Program Subsidi Upah adalah untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. - Gambar fail

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.

Kerajaan salur RM20.936 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul
Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM20.936 bilion kepada 357,929 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) untuk mengekalkan penggajian seramai 2.96 juta pekerja tempatan setakat 29 Julai, 2022.

Kerajaan salur RM20.932 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul
Usaha itu bertujuan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.

Kerajaan salur RM20.92 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul
Program Subsidi Upah adalah untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran.

Kerajaan salur RM20.89 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul
Ia untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.

PSU bersasar sektor pelancongan wajar dilanjut tiga bulan lagi - DAP
Penggiat pelancongan masih kekurangan pekerja, kenaikan gaji minima dan kadar inflasi yang semakin meruncing.

Kerajaan salur RM20.339 bilion kepada 357,520 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul
Setakat 4 Feb 2022, sebanyak RM14.643 juta telah disalurkan kepada 1,482 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 24,405 pekerja.

Kerajaan salur RM20.147 bilion kepada 357,429 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul
Ia bagi mengekalkan penggajian 2,951,854 pekerja tempatan dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.

Permohonan Program Subsidi Upah diluluskan capai nilai RM12.95 bilion - Tengku Zafrul
Seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat daripada Program Subsidi Upah (PSU) di bawah PRIHATIN dan PENJANA.

Kerajaan luluskan RM1.19 bilion subsidi upah 2.0 setakat 21 Mei - Tengku Zafrul
Kerajaan meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM1.193 bilion di bawah Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) setakat 21 Mei, 2021.

Pemerkasa PLUS: Program Subsidi Upah dilanjutkan sebulan lagi
Lanjutan inisiatif tersebut dijangkakan memanfaatkan seramai 2.5 juta pekerja dan lebih 200,000 majikan.