KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM20.936 bilion kepada 357,929 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) untuk mengekalkan penggajian seramai 2.96 juta pekerja tempatan setakat 29 Julai, 2022.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata langkah itu untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.
Katanya di bawah PSU 1.0, seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat di bawah pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan permohonan subsidi upah yang diluluskan mencecah nilai RM12.958 bilion, setakat 29 Julai lepas.
Bagi PSU 2.0, katanya sejumlah RM1.408 bilion telah disalurkan kepada 81,165 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 719,185 pekerja.
"Di bawah PSU 3.0 setakat tempoh sama, sebanyak RM3.776 bilion telah disalurkan kepada 162,317 majikan untuk mengekalkan penggajian 1.53 juta pekerja.
"Malah, PSU 3.0 turut ditambah baik dengan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan PEMERKASA Tambahan," katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-107 yang dikeluarkan hari ini.
Tengku Zafrul berkata di bawah PSU 4.0 dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), sebanyak RM2.577 bilion telah disalurkan kepada 163,970 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 1.92 juta pekerja setakat 29 Julai, 2022.
Katanya bagi PSU 5.0, sebanyak RM216.719 juta telah disalurkan kepada 8,014 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 122,437 pekerja.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata seramai 40,095 personel telah berjaya ditempatkan di sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melalui inisiatif Program Kerja Jangka Pendek Malaysia (MySTEP) setakat 5 Ogos 2022.
Daripada jumlah tersebut, katanya seramai 20,773 orang personel peserta telah ditempatkan di sektor awam manakala 119,322 orang personel peserta di GLC dan rakan-rakan strategik mereka.
Bagi memastikan tempat untuk anak muda Orang Kurang Upaya (OKU) menceburi bidang pekerjaan, Tengku Zafrul berkata kerajaan juga telah menyediakan kuota khas sebanyak satu peratus peluang penempatan untuk program MySTEP kepada golongan berkenaan.
"Kerajaan amat menggalakkan agar warga OKU turut mengambil kesempatan ini dan memohon penyertaan melalui Portal MySTEP," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022
![Kerajaan salur RM20.936 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul Kerajaan salur RM20.936 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654176193_TBZAFRUL.jpg)
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata langkah itu untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
![Kerajaan salur RM20.936 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul Kerajaan salur RM20.936 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654176193_TBZAFRUL.jpg)
Kerajaan salur RM20.936 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul
Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM20.936 bilion kepada 357,929 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) untuk mengekalkan penggajian seramai 2.96 juta pekerja tempatan setakat 29 Julai, 2022.
![Kerajaan salur RM20.932 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul Kerajaan salur RM20.932 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51656239482_TengkuZafrul.jpg)
Kerajaan salur RM20.932 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul
Usaha itu bertujuan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.
![Kerajaan salur RM20.92 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul Kerajaan salur RM20.92 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652448302_TBTENGKUZAFRUL.jpg)
Kerajaan salur RM20.92 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul
Program Subsidi Upah adalah untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran.
![Kerajaan salur RM20.89 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul Kerajaan salur RM20.89 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650719201_HSBC.jpg)
Kerajaan salur RM20.89 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul
Ia untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.
![PSU bersasar sektor pelancongan wajar dilanjut tiga bulan lagi - DAP PSU bersasar sektor pelancongan wajar dilanjut tiga bulan lagi - DAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61656130159_TBKHOO.jpg)
PSU bersasar sektor pelancongan wajar dilanjut tiga bulan lagi - DAP
Penggiat pelancongan masih kekurangan pekerja, kenaikan gaji minima dan kadar inflasi yang semakin meruncing.
![Kerajaan salur RM20.339 bilion kepada 357,520 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul Kerajaan salur RM20.339 bilion kepada 357,520 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642770545_tengkuzafrul.jpg)
Kerajaan salur RM20.339 bilion kepada 357,520 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul
Setakat 4 Feb 2022, sebanyak RM14.643 juta telah disalurkan kepada 1,482 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 24,405 pekerja.
![Kerajaan salur RM20.147 bilion kepada 357,429 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul Kerajaan salur RM20.147 bilion kepada 357,429 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41640510465_Zafrul.jpg)
Kerajaan salur RM20.147 bilion kepada 357,429 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul
Ia bagi mengekalkan penggajian 2,951,854 pekerja tempatan dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.
![Permohonan Program Subsidi Upah diluluskan capai nilai RM12.95 bilion - Tengku Zafrul Permohonan Program Subsidi Upah diluluskan capai nilai RM12.95 bilion - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41634300373_TengkuZafrul.jpg)
Permohonan Program Subsidi Upah diluluskan capai nilai RM12.95 bilion - Tengku Zafrul
Seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat daripada Program Subsidi Upah (PSU) di bawah PRIHATIN dan PENJANA.
![Kerajaan luluskan RM1.19 bilion subsidi upah 2.0 setakat 21 Mei - Tengku Zafrul Kerajaan luluskan RM1.19 bilion subsidi upah 2.0 setakat 21 Mei - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41622735653_TBZafrul.jpg)
Kerajaan luluskan RM1.19 bilion subsidi upah 2.0 setakat 21 Mei - Tengku Zafrul
Kerajaan meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM1.193 bilion di bawah Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) setakat 21 Mei, 2021.
![Pemerkasa PLUS: Program Subsidi Upah dilanjutkan sebulan lagi Pemerkasa PLUS: Program Subsidi Upah dilanjutkan sebulan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61622205842_MUHYIDDINYASSIN.jpg)
Pemerkasa PLUS: Program Subsidi Upah dilanjutkan sebulan lagi
Lanjutan inisiatif tersebut dijangkakan memanfaatkan seramai 2.5 juta pekerja dan lebih 200,000 majikan.