KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah tidak berdepan sebarang masalah untuk membincangkan isu seperti usul khas menggubal undang-undang berkaitan kesihatan seperti dicadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pembangkang sekiranya ia baik untuk kepentingan rakyat negeri itu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bagaimanapun berkata, ia terpulang kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menerima usul tersebut.
"Kita akan melihat kepada apa yang terbaik buat Sabah. Kita tiada masalah untuk membincang dan melaksanakan apa yang perlu serta terbaik untuk rakyat Sabah.
"Ini juga selari dengan semangat di sebalik Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai rakan setara dalam Persekutuan Malaysia," katanya.
Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata demikian sebagai respon terhadap usul khas yang diutarakan ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedict dan ADUN Luyang, Ginger Phoong Jin Zhe bagi membincangkan penggubalan undang-undang baru berkaitan pencegahan dan kawalan penyakit.
Tambah mereka, dengan usul tersebut akan membolehkan kerajaan negeri membuat keputusan penting bagi memperkasakan sistem kesihatan negeri itu ketika tempoh pandemik COVID-19 tanpa mengharapkan Kerajaan Pusat.
Sementara itu, Hajiji berkata beliau akan bertemu dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, yang dijangka mengadakan lawatan kerja ke Sabah, Isnin depan.
Antara isu yang menjadi keutamaan adalah kesesakan di hospital yang berlaku disebabkan jumlah kes COVID-19 yang tinggi, dibandingkan dengan jumlah kapasiti katil.
Mengenai cadangan bahawa kerajaan mempertimbangkan pembukaan hospital medan, beliau berkata fasiliti-fasiliti itu adalah milik tentera dan pihaknya mengalu-alukan bantuan daripada mereka.
Eleanor Michelle Patrick
Fri Sep 03 2021
Kita akan melihat kepada apa yang terbaik buat Sabah tiada masalah untuk membincangkan dan melaksanakan apa yang perlu dan terbaik untuk rakyat Sabah. FOTO: BERNAMA
Israel kenakan sekatan baharu ke atas liputan media
Israel mengenakan sekatan baharu terhadap media yang membuat liputan operasi serangan rejim zionis itu untuk mengelakkan kebocoran tindakan yang menyalahi undang-undang.
Bayi cedera digigit: Pemilik, pembantu taska ditahan
Polis menahan tiga wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.
UK akan perkenalkan sekatan baharu sasar dalang sindiket penyeludupan manusia
United Kingdom akan memperkenalkan undang-undang baharu bagi menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin dengan menyasarkan dalang penyeludupan manusia.
Kemiskinan tegar di Kelantan dinoktahkan, lebih 14,000 keluar kategori
Seramai 14,041 ketua isi rumah telah berjaya dikeluarkan daripada kategori miskin tegar di Kelantan tahun lalu.
[TERKINI] Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula dengan lebih terpirinci untuk mempromosi setiap negeri secara sistematik dan dijangka siap dalam tempoh seminggu.
Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Wanita dipenjara tiga tahun miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Seorang bekas pegawai pemasaran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir penuh bergaya
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 dengan penuh bergaya.
[TERKINI] MCMC rakam keterangan ADUN Sungai Burong
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkaitan hantaran yang didapati palsu dalam platform Facebook mengenai Perdana Menteri.
Ini caranya untuk miliki rumah pertama tanpa bayaran duit muka
Misi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) adalah memastikan lebih ramai rakyat negara ini mampu memiliki rumah pertama.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
DUN Sabah luluskan Belanjawan Negeri 2025
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 (Belanjawan Sabah 2025) selepas sesi perbahasan dan penggulungan sejak Isnin lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Sabah bentang Belanjawan 2024 berjumlah RM5.701 bilion
Kerajaan Sabah membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM5.701 bilion dengan anggaran lebihan RM35.87 juta pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.
GRS tanding semua 73 kerusi DUN Sabah, pandangan peribadi SAPP - Gagasan Rakyat
Nizam berkata Gagasan Rakyat menghormati pandangan tersebut, bagaimanapun, ia tidak melambangkan pandangan GRS secara kolektif.
DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukkan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
Lulus pindaan berkaitan antilompat parti demi rakyat - Hajiji
Menurut Hajiji, pindaan Perlembagaan yang diluluskan itu akan diwartakan dalam masa beberapa hari atau minggu.
DUN Sabah: Hajiji bentang RUU Anti Lompat Parti
Hajiji berkata, kerajaan memandang serius serius tindakan bertukar parti atau lompat parti yang telah menimbulkan banyak perdebatan dan polemik dalam kalangan masyarakat umum.
DUN Sabah: Isu bekalan air, elektrik dominasi sesi perbahasan
Isu bekalan air dan elektrik yang melanda Sabah mendominasi sesi perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin/
DUN Sabah: Shahelemy akui kelemahan pengurusan Jabatan Air, jamin tambah baik kekurangan
DUN Sabah: Shahelemy akui kelemahan pengurusan Jabatan Air, jamin tambah baik kekurangan