KUALA LUMPUR: Kerajaan Sabah memandang serius tindakan keterlaluan China yang disifatkan sebagai ancaman terhadap kerajaan Malaysia dan negeri Sabah secara menyeluruh.
Timbalan Ketua Menteri Sabah I, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada kerajaan Pusat untuk segera mengatasinya kerana ia melibatkan keselamatan rakyat Sabah dan bakal menjejaskan sektor ekonomi dan perlancongan negeri itu.
“Saya memandang berat perkara ini kerana isu ini telah berlarutan sejak sekian lama sehingga banyak berlakunya pencerobohan di sempadan perairan negara yang melibatkan pulau-pulau kecil di kawasan berhampiran.
“Saya yakin dan percaya kerajaan Pusat akan dapat segera menyelesaikan perkara ini kerana tindakan China ini bakal memberikan implikasi buruk kepada keselamatan dan ekonomi kerajaan negeri serta menimbulkan kebimbangan rakyat dan pelabur seperti perniagaan laut dalam, perlancongan dan sebagainya.
“Di masa yang sama saya berharap agar pihak keselamatan seperti maritim dan TUDM serta semua yang terlibat untuk bersama-sama mempertingkatkan keselamatan di perairan dan sempadan negara ,” katanya kepada media.
Pada Jumaat, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob berkata, insiden pencerobohan perairan negara melibatkan kapal daripada China telah berlaku sejak 2013 dan terdapat peningkatkan aktiviti tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Abdul Rahman mengulas laporan beberapa portal pertahanan antarabangsa yang mendakwa terdapat sejumlah kapal Pengawal Pantai China menceroboh perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.
Insiden itu berlaku selepas tidak sampai 24 jam TUDM melakukan latihan bersama Amerika Syarikat (AS) apabila dua kapal negara itu dengan kod CCG 5202 dan CCG 6307 menceroboh perairan Sabah yang kaya dengan gas dan minyak mentah berkualiti.
Mengulas lanjut, Bung yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah berkata pihaknya berharap agar kerajaan pusat mendesak satu rundingan segera diadakan dengan semua pihak yang terlibat.
“Saya serah pada Menteri Luar untuk melihat dan mencari jalan penyelesaian terbaik dalam menanggani perkara ini.
"Perlu segera diselesaikan sebab kalau semua negara mahu tuntut boleh menyebabkan berlakunya kekacauan.
“Bagi pihak kerajaan negeri, kami mengharapkan agar perundingan di peringkat antarabangsa dapat segera diadakan bagi mencari jalan peneyelesaian kerana perbalahan berterusan telah mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat," katanya lagi.
Filipina pada Jumaat menzahirkan rasa marah dengan menghantar bantahan diplomatik kepada Presiden Xi Jinping ekoran laporan perisikan negara itu berhubung pencerobohan hampir 100 buah kapal China yang dilihat memasuki perairan Laut China Selatan yang dituntut Manila.
Astro Awani
Sat Oct 02 2021
Bung yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah berkata pihaknya berharap agar kerajaan pusat mendesak satu rundingan segera diadakan dengan semua pihak yang terlibat. - Gambar fail
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah
Bung Moktar dan Zizie yang sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, dilihat memasuki kamar mahkamah jam 8.45 pagi ini.
Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, esok.
PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tegas dengan pendiriannya untuk menolak bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana parti yang ingin bergerak solo walaupun kerjasama BN dan PH telah dimuktamadkan.
PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar
UMNO Sabah menggesa jentera parti itu untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.
PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar
Bung Moktar berkata beliau yakin sekiranya keputusan PRK itu memihak kepada calon BN, hal itu akan mampu mengubah polemik politik negeri itu secara keseluruhan.
Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt
Pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya ditangguhkan ke 9 Okt depan.
Formula BN-PH terbaik menghadapi PRN Sabah - BN Sabah
Ia juga dijangka akan mengenepikan sentimen anti-Malaya dan anti-persekutuan yang sering menjadi senjata pihak lawan.
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.