KOTA KINABALU:Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini membentangkan Belanjawan Sabah 2021 berjumlah RM4.3 bilion pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di Kota Kinabalu, yang memberi fokus kepada membangunkan ekonomi mampan demi kesejahteraan rakyat.
Belanjawan yang bertemakan 'Rakyat Sejahtera Ekonomi Mampan' itu berteraskan aspirasi dan komitmen kerajaan bagi menyemai semangat, nilai murni serta sikap kebertanggungjawaban dalam kalangan rakyat supaya bersatu selain bekerjasama membina kemajuan dan kejayaan negeri.
Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah, ketika membentangkan belanjawan pertama kerajaan negeri yang ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata kutipan hasil negeri tahun depan dianggarkan berjumlah RM4.48 bilion menjadikan belanjawan lebihan RM178.7 juta.
"Anggaran hasil diunjur meningkat sebanyak tujuh peratus atau RM289.54 juta berbanding anggaran tahun semasa RM4.19 billion dengan peningkatan hasil ini adalah kerana wujudnya sumber hasil baharu daripada kutipan Cukai Jualan Negeri.
"Cukai jualan ke atas produk petroleum merupakan penyumbang terbesar dengan anggaran hasil RM1.25 bilion atau mewakili 27.9 peratus daripada keseluruhan anggaran hasil 2021," katanya ketika berucap membentangkan belanjawan itu.
Hajiji berkata pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memberi impak signifikan kepada prestasi kutipan hasil negeri tahun ini apabila anggaran hasil yang telah disemak diunjur berkurangan 17 peratus kepada RM3.47 bilion berbanding anggaran asal.
"Pengurangan ini disebabkan pengeluaran dan purata harga minyak mentah yang lebih rendah telah menyebabkan kutipan hasil daripada sumber ini turut terjejas. Kutipan hasil sebenar royalti petroleum pada 2020 adalah RM1.13 bilion berbanding anggaran asal berjumlah RM1.7 bilion," katanya.
Beliau berkata kutipan hasil daripada cukai jualan minyak sawit mentah diunjur berkurang kepada RM793 juta berbanding anggaran asal tahun ini sebanyak RM825 juta, disebabkan pengeluaran yang lebih rendah walaupun harga minyak sawit mentah berada pada paras yang baik.
Katanya, peruntukan RM4.3 bilion untuk Belanjawan Sabah 2021 melibatkan kenaikan sebanyak 3.85 peratus berbanding RM4.14 bilion untuk Belanjawan 2020 dan jumlah itu akan diagih bagi pembayaran Emolumen, Perbelanjaan Berulang dan Perbelanjaan Khas.
"Sejumlah RM736.65 juta disyorkan untuk Emolumen yang mencatatkan penurunan sebanyak RM2.94 juta atau 0.40 peratus berbanding anggaran tahun 2020 berjumlah RM739.59 juta. Penurunan ini melibatkan proses rasionalisasi dalam perkhidmatan awam." katanya.
Hajiji berkata RM1.6 bilion yang diperuntukan untuk Perbelanjaan Berulang, melibatkan peningkatan sebanyak RM106.98 juta atau 7.15 peratus berbanding anggaran tahun 2020 sebanyak RM1.49 bilion.
"Kenaikan ini mengambil kira peningkatan penyelenggaraan landasan keretapi, pentadbiran pembangunan kemajuan sukan, program berulang bawah Jabatan Kerja Raya, operasi pengeluaran air dan pewujudan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah," katanya.
Beliau berkata bagi Perbelanjaan Khas pula RM1.96 bilion diperuntukkan meningkat sebanyak RM55.36 juta atau 2.9 peratus berbanding anggaran tahun 2020 yang berjumlah RM1.9 bilion.
"Peningkatan Perbelanjaan Khas tahun 2021 disebabkan oleh peruntukan berkaitan bantuan pandemik COVID-19 dan pasca COVID-19 serta caruman bagi menampung kekurangan di bawah Kumpulan Wang Amanah," katanya.
Dalam pada itu, Hajiji berkata RM964.15 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan negeri merangkumi peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM733.1 juta dan peruntukan Kerajaan Persekutuanberjumlah RM231.05 juta.
Beliau berkata, peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan itu termasuk Pembayaran Imbuh Balik Persekutuan berjumlah RM31.65 juta dan Pinjaman Persekutuan sebanyak RM199.4 juta.
Usul belanjawan itu kemudian disokong Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Lamag) dan Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya menangguhkan persidangan itu ke Isnin ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 18 2020
Hajiji (kanan) bersama Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin (dua dari kanan), Datuk Joachim Gunsalam dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan pada pembentangan Belanjawan Sabah 2021 di DUN pada Jumaat. - Foto Bernama
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Belanjawan Sabah 2023: Hajiji umum peruntukan lebih RM5 bilion
Bertemakan 'Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera', ia dirangka selaras tumpuan utama dalam Belanjawan 2023 untuk memacu dan memperkasa ekonomi negeri Sabah.
Kerajaan Sabah ditadbir GRS bentang Belanjawan 2021 berjumlah RM4.3 bilion
Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor hari ini membentangkan Belanjawan Sabah 2021 berjumlah RM4.3 bilion pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini.