Kerajaan Persekutuan terpaksa membayar baki hutang jaminan kerajaan berjumlah RM102.1 bilion, yang merupakan sebahagian jaminan hutang berjumlah RM238.2 bilion bagi membiayai projek dilaksanakan kerajaan terdahulu secara di luar peruntukan walaupun ia masih belum dikategorikan sebagai masalah gagal melunaskan.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan bahawa selebihnya RM136.1 bilion yang dijamin kerajaan dapat ditanggung dan dibayar agensi atau syarikat berkaitan dengan sendiri tanpa apa-apa pembayaran daripada Kerajaan Persekutuan.
Di bawah komitmen liabiliti luar jangka yang ditanggung kerajaan, jumlahnya adalah RM199.1 bilion pada akhir tahun 2017, yang turut merangkumi bayaran kepada Pembinaan PFI Sdn Bhd (RM50.2 billion), Pembinaan BLT Sdn Bhd (RM8.5 billion) dan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah RM38.3 billion.
Lim menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian berkenaan di Dewan Rakyat, hari ini.
Ketika penggulungan, Lim dicelah oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, menyebabkan berlaku perang mulut antara kedua-duanya selama hampir 15 minit.
Keadaan panas bagaimanapun dapat dileraikan apabila Timbalan Speaker, Nga Kor Ming, campur tangan.
Wee mempersoalkan takrifan hutang negara, sama ada ia berdasarkan takrifan antarabangsa atau takrifan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).
"Jumlah hutang negara dikatakan sebanyak RM1.087 trilion dan ditambah hutang 1MDB, tetapi Perdana Menteri masih menggunakan jumlah RM1.087 trilion.
"Kalau Yang Berhormat (YB) boleh beri justifikasi, suatu yang YB tidak masukkan dalam huraian tadi, suatu yang baharu sama ada ia adalah standard yang dikeluarkan antarabangsa, bank negara ini dan tidak pernah memberi data ini," katanya.
Di samping itu, Lim turut menjelaskan bahawa, perolehan pinjaman melalui skema pemberian jaminan kerajaan disalahgunakan kerajaan terdahulu untuk mengelakkan pinjaman ini daripada diklasifikasikan sebagai hutang kerajaan rasmi.
"Sebagai contoh, projek Transit Aliran Massa (MRT) adalah satu perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan. Tetapi perbelanjaan projek ini dilakukan oleh sebuah syarikat berkaitan kerajaan. Bagaimanapun pinjaman ini dijamin oleh Kerajaan Persekutuan.
"Kerajaan terdahulu menganggap bahawa ini adalah langkah cerdik untuk menyembunyikan hutang Kerajaan Persekutuan yang sebenar kerana ia membolehkan mereka mengisytiharkan nilai hutang rasmi sebagai jauh lebih rendah daripada jumlah sepatutnya, seterusnya memberikan persepsi palsu bahawa kerajaan terdahulu mengamalkan perbelanjaan berhemah serta berdisiplin dalam mengawal paras hutang dan defisit," jelasnya.
Usul penggulungan Lim memakan masa selama 97 minit.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 31 2018

GUAN ENG: Kerajaan Persekutuan terpaksa membayar baki hutang jaminan kerajaan berjumlah RM102.1 bilion, yang merupakan sebahagian jaminan hutang berjumlah RM238.2 bilion. -Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi mendakwa bekas Perdana Menteri itu menggunakan panggilan telefon untuk memberi tekanan kepada 1MDB supaua membentuk usaha sama dengan PSI.

Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.