KUALA LUMPUR: Kerajaan, menerusi Kementerian Ekonomi akan menyediakan dana khas sebanyak RM40 juta untuk pengambilan 10,000 pekerja di bawah program baharu Academy in Industry (AiI)-Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) sehingga akhir tahun 2023.
Menterinya Rafizi Ramli berkata dana itu akan digunakan untuk membayar insentif penempatan pekerja, supaya golongan muda tidak terbeban dengan kos membayar deposit rumah sewa dan kos perpindahan dari kampung.
Insentif lulus kekal dalam pekerjaan dan insentif pensijilan sekiranya pelatih kekal dalam pekerjaan sehingga 18 bulan untuk menerima sijil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), katanya.
"Majikan pula diberikan insentif latihan bagi pelatih yang menerima disijilkan di akhir tempoh antara sembilan hingga 18 bulan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program AiI-SLDN, di sini hari ini.
Rafizi berkata pemantauan inisiatif tersebut dilaksanakan oleh pihak berkepentingan termasuk kementerian, agensi, industri dan akademia melalui platfom Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) dan dilaksanakan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Inisiatif AiI adalah berlandaskan kepada pendekatan industri 'demand driven' (didorong oleh permintaan) yang dilaksanakan atas dasar permintaan industri berkonsepkan 'place and train' (penempatan dan latihan).
Ia merupakan salah satu agenda nasional yang memperkasakan bakat industri masa hadapan dengan sasaran 50,000 bakat tempatan menjelang akhir 2025 untuk meningkatkan purata pencapaian pendidikan negara, mengurangkan jurang ketidakpadanan kemahiran dan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.
"AiI memberi tumpuan untuk membolehkan golongan muda dan rentan menyertai sektor pekerjaan teknikal tanpa perlu mempunyai kelayakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terlebih dahulu kerana mereka akan dilatih dan disijilkan semasa bekerja melalui konsep place and train.
"Pendekatan baharu ini mengambil kira kecenderungan golongan muda yang lebih berminat untuk bekerja terus tanpa melanjutkan pelajaran selepas alam persekolahan" katanya.
Melalui program AiI, beliau berkata majikan yang memenuhi syarat (daripada segi modul latihan, jenis kandungan teknikal dalam pekerjaan dan gaji yang ditawarkan) dilesenkan oleh JPK untuk melatih dan mensijilkan pekerja-pekerja mereka selepas pekerja melalui tempoh kerja-latihan selepas sembilan hingga 18 bulan bergantung kepada jenis kemahiran yang dipilih.
"Ini bermakna anak-anak muda seawal 18 tahun boleh mula bekerja dan mempunyai prospek kerjaya teknikal kerana mereka akan mendapat SKM selepas sembilan hingga 18 bulan bekerja, berbanding pendekatan sedia ada yang memerlukan kelulusan kursus TVET sepenuh masa selama 24 bulan sebelum mereka boleh mencari pekerjaan," katanya.
Terdahulu, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar mencadangkan agar Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) menjadi sijil tunggal TVET kebangsaan untuk semua program TVET dari Tahap satu hingga lima dalam ushaa membantu meningkatkan dan menyeragamkan TVET di Malaysia.
"TVET dikenal pasti sebagai salah satu daripada 14 pemacu perubahan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
"TVET berperanan penting dalam menyediakan tenaga kerja mahir yang memerlukan kemahiran spesifik dan berupaya menjana pendapatan tinggi.
"Perkara ini penting kerana kerajaan berhasrat mencapai sasaran 35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang 2030," katanya.
Sementara itu, beliau berkata AiI adalah program yang dibangunkan secara berstruktur berdasarkan keperluan industri sekali gus para pelajar akan dilatih dan diberi pendedahan kepada kemahiran yang dicari oleh pihak majikan berdasarkan konsep 'hands-on' dan 'on-the-job training'.
Menurutnya, pekerja berkenaan akan dapat memenuhi keperluan pasaran pekerjaan dan sekaligus membantu Malaysia untuk berdaya saing dalam arena ekonomi global.
"Pasaran kerja masa hadapan akan dipenuhi dengan tenaga kerja berkemahiran tinggi, kreatif dan mempunyai pemikiran yang kritis dengan deskripsi dan skop pekerjaan dijangka mengalami perubahan yang signifikan.
"Sehubungan itu, mereka perlu melengkapkan diri dengan kemahiran terkini (skills set) berdasarkan keperluan industri masa hadapan.
"Perkara ini juga akan membantu meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja Malaysia," katanya.
Beliau berkata kerjasama antara dua kementerian ini iaitu Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Ekonomi dapat menyelesaikan pelbagai cabaran berkait peluang pekerja, peluang belajar dan dapat meningkatkan produktiviti tenaga kerja berkemahiran dalam kalangan rakyat tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
Rafizi berkata dana itu akan digunakan untuk membayar insentif penempatan pekerja, supaya golongan muda tidak terbeban dengan kos membayar deposit rumah sewa dan kos perpindahan dari kampung. -Gambar fail
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Peningkatan astronomikal harga rumah di bandar tidak tercapai akal
Jelas Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, satu unit kondominium 1,000 kaki bernilai RM500,000 justeru GLC berkaitan dicadangkan bina rumah mampu milik kerana tanggungjawab terhadap rakyat dan bukan meraih keuntungan semata-mata.
85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Pendaftaran PADU Fasa 2 dibuka selepas Kabinet luluskan - Rafizi
Pendaftaran PADU fasa kedua akan dibuka selepas Kabinet meluluskan beberapa kriteria yang sedang diperhalusi oleh kementerian yang terlibat.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Kerajaan tidak bercadang tarik subsidi minyak peket - Rafizi
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kenyataannya yang tular sebelum ini menyentuh mengenai usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan ketirisan, bukan mahu memansuhkan subsidi untuk minyak peket.
Rangka kerja, strategi ekonomi biru sedang dibangunkan - Rafizi
Satu rangka kerja dan strategi ekonomi biru sedang dibangunkan di peringkat Kementerian Ekonomi, yang dijangka disiapkan menjelang akhir 2025, kata Menterinya Rafizi Ramli.
Semenanjung Malaysia semakin kehabisan sumber minyak, gas
Sumber minyak dan gas di Semenanjung negara ketika ini semakin berkurangan kira-kira 50 peratus, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Kerajaan akan pastikan peranan Pihak Berkuasa Koridor tidak bertindih - Rafizi
Kerajaan akan memastikan Pihak Berkuasa Koridor (PBK) memainkan peranan seperti yang ditetapkan dan tidak bertindih dengan tugas agensi lain, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Malaysia mahu memastikan industri CCUS disegerakan secepat mungkin - Rafizi
Malaysia mahu memastikan industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) dimulakan secepat mungkin di tengah-tengah persaingan yang semakin meningkat dari negara lain.
Subsidi RON95: Sistem harga dua peringkat lebih baik berbanding levi petrol, bayaran tunai - Rafizi
Kaedah two-tier pricing di stesen minyak merupakan kaedah terbaik, dan pelaksanaannya akan terus diperhalusi bagi meminimakan risiko operasi.
Malaysia dan Singapura bincang percepat penubuhan JS-SEZ, kukuh hubungan dua hala
Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) mengadakan mesyuarat khas di sini hari ini