Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM1.7 juta kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tahun ini untuk membina semula rumah yang terbakar di seluruh negara.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata 40 rumah bernilai kira-kira RM40,000 boleh dibina di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) menerusi peruntukan yang disalurkan itu.
"Nilai sebuah rumah boleh mencecah sehingga RM80,000 pada kadar biasa namun boleh dikurangkan di bawah NBOS dan pembinaannya akan dilakukan oleh pegawai dan anggota bomba yang mempunyai kepakaran mengenainya," katanya pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah kepada Norhafiza Baharom, 26, di Kampung Dalam Pupuh, Saring di sini, pada Sabtu.
Majlis yang dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki itu turut dihadiri Ketua UMNO bahagian Pasir Puteh merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak Datuk Zawawi Othman.
Wan Mohd Nor berkata rumah yang dibina JBPM itu dilengkapi dua bilik tidur, satu bilik mandi dan tandas serta ruang tamu dan dapur.
Sementara itu, Norhafiza berkata beliau dan suami, Muhamad Solah Mohd Rasul, 26, serta dua orang anaknya terpaksa menumpang di rumah sanak-saudara selepas rumah yang mereka diami terbakar pada pertengahan Januari tahun lepas.
Norhafiza berkata beliau bersyukur dengan bantuan itu kerana tanpa bantuan kerajaan, beliau dan suami tidak mampu untuk membina kembali rumah mereka kerana masing-masing hanya bekerja kampung tanpa pendapatan tetap.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 24 2018

ASYRAF (dua, kiri) menyampaikan replika kunci rumah kepada Norhafiza Baharom, 26, pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Program Membina semula Rumah Terbakar Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) JBPM. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PRN Sabah: Pemuda UMNO sambut baik calon Pemuda BN
Pemuda UMNO menyambut baik keputusan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) yang meletakkan 40 peratus calon muda, termasuk wakil Pemuda UMNO Sabah, dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.

Jangan aibkan Najib - Ketua Pemuda UMNO
Jangan aibkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum beliau dibuktikan bersalah, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

'Untuk UMNO bangkit, idealisme perjuangan anak muda perlu diperkasa' - Asyraf Wajdi
Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpendirian untuk UMNO bangkit, idealisme serta semangat perjuangan anak muda perlu diperkasa.

Kerajaan peruntuk RM1.7 juta bina semula rumah terbakar
Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM1.7 juta kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tahun ini untuk membina semula rumah yang terbakar di seluruh negara.

Tahfiz terbakar: Kebumi satu liang lahad jika keluarga setuju
Jenazah 23 mangsa kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung sini hari ini mungkin dikebumikan dalam satu liang lahad sekiranya mendapat persetujuan keluarga.

Institusi pondok perlu berdaftar dengan MAIK - Asyraf Wajdi
Institusi pondok di Kelantan diminta berdaftar dengan MAIK bagi membolehkan pusat pengajian itu mendapat bantuan sewajarnya.

Warga emas usia 70 tahun ke atas dapat lebih banyak peluang tunai haji tahun ini - Asyraf Wajdi
Warga emas yang berumur 70 tahun ke atas dijangka akan mendapat lebih banyak peluang untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Maklumat tidak tepat tentang pindaan Akta 355 punca polemik politik - Asyraf
Sesetengah pemimpin politik yang menentang Akta 555 adalah mereka yang enggan menerima fakta sebenar dan lebih suka bercakap tanpa berlandaskan ilmu.

TN50: Dialog kluster agama Islam bakal diadakan untuk rangka agenda Islam - Ahmad Zahid
Sesi Dialog Perdana TN50 bagi kluster agama Islam akan diadakan di seluruh negara bagi merangka agenda Islam menjelang 2050, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.