Sesetengah pemimpin politik yang menentang Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Akta 555 adalah mereka yang enggan menerima fakta sebenar dan lebih suka bercakap tanpa berlandaskan ilmu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, situasi itu turut mempengaruhi segelintir masyarakat bukan Islam apabila disalurkan dengan maklumat tidak tepat sehingga menimbulkan polemik politik.
"Kita meminda Akta 355 mengikut perkembangan semasa kerana kali terakhir ia dipinda pada 32 tahun dahulu. Pada ketika ini Akta 355 hanya menetapkan hukuman maksimun penjara tidak lebih tiga tahun, denda RM 5,000 dan enam sebatan.
"Sehubungan itu adalah wajar akta ini dipinda dengan dipertingkatkan hukuman bagi memperkasakan lagi Mahkamah Syariah sekaligus memelihara kesucian akidah dan akhlak umat Islam yang kini berhadapan dengan pelbagai masalah sosial," katanya.
Beliau berjata demikian kepada pemberita selepas Majlis Memperkasakan Kesatuan Ummah, Dialog Akta 355 di Dewan Majlis Daerah Jerantut di sini hari ini yang turut dihadiri Anggota Parlimen Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris.
Beliau berkata orang bukan Islam tidak perlu risau dengan pindaan rang undang-undang itu kerana ia hanya khusus dan berkait dengan masyarakat Islam di negara ini.
"Tidak ada sebab mengapa orang bukan Islam perlu takut dengan pindaan Akta 355 kerana kerajaan bukan mengubah seluruh struktur undang-undang di negara ini. Ia hanya melibatkan peningkatkan hukuman Mahkamah Syariah yang terbatas dalam lingkungan perlembangaan," tegasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2017

ASYRAF: Sesetengah pemimpin politik yang menentang Akta 555 adalah mereka yang enggan menerima fakta sebenar dan bercakap tanpa berlandaskan ilmu. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Maklumat tidak tepat tentang pindaan Akta 355 punca polemik politik - Asyraf
Sesetengah pemimpin politik yang menentang Akta 555 adalah mereka yang enggan menerima fakta sebenar dan lebih suka bercakap tanpa berlandaskan ilmu.