PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kini memasuki fasa kedua dalam usaha memperluas instrumen kewangan Islam, termasuk perbankan dan kewangan agar sejajar dengan objektif lebih tinggi dalam Maqasid al-Syariah.
Bercakap pada sesi syarahan MADANI di Kompleks Seri Perdana di sini, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menekankan kepentingan dan keperluan model-model ekonomi untuk menangani prinsip keadilan, belas kasihan serta penyertaan.
Beliau berkata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berserta dengan pihak Perbendaharaan, menggalas tanggungjawab bagi memperkenalkan instrumen yang relevan bagi pelaksanaan fasa berkenaan.
"Kita sedang beralih kepada fasa kedua sekarang bagi mengembangkan dan meneliti instrumen Islam, termasuk perbankan dan kewangan untuk menangani objektif Syariah yang lebih tinggi. Kita perlu melibatkan (prinsip) keadilan, belas kasihan dan penyertaan," kata Anwar.
Semalam, Abdul Rasheed berkata BNM bercadang untuk menerapkan Maqasid al-Syariah dalam pembaharuan ekonomi dan pembaharuan struktur serta memajukan inovasi dalam perdagangan dan wakaf sebagai pemangkin untuk memperkasakan model sosioekonomi yang inklusif dan berdaya tahan.
Bank pusat itu juga menyarankan untuk mengukuhkan lagi integrasi global bagi mendorong pembangunan ekonomi dan kemakmuran yang dikongsi bersama dalam kalangan negara Islam, termasuk melalui peningkatan perdagangan antara negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Dalam pada itu, Anwar mengulangi komitmen untuk memperluas konsep ekonomi membabitkan Maqasid al-Syariah yang menumpukan keadilan, kesaksamaan dan penyertaan selain menangani cabaran seperti transformasi digital, peralihan tenaga dan keterjaminan makanan.
Pada masa sama, Perdana Menteri turut memuji usaha Abdul Rasheed dan pasukannya untuk menyepadukan Maqasid al-Syariah dalam kerangka ekonomi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024
Anwar turut menekankan kepentingan dan keperluan model-model ekonomi untuk menangani prinsip keadilan, belas kasihan serta penyertaan. - Foto BERNAMA
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
OIC kecam tindakan Knesset Israel larang operasi UNRWA
Langkah itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB, serta usaha berterusan Israel untuk hapuskan isu pelarian Palestin.
OIC kecam serangan Israel di utara Gaza
Rakyat Palestin mempertikaikan dakwaan Israel, mengatakan serangan maut itu bertujuan untuk memaksa mereka meninggalkan kawasan itu untuk selama-lamanya.
Atlet Palestin bersemangat sertai sukan Olimpik 2024
Jibril Rajoub menegaskan keazaman para atlet Palestin untuk menyertai kejohanan berkenaan meskipun berdepan kesukaran.
Delegasi OIC ke Selatan Thailand lihat gambaran sebenar masyarakat pelbagai agama hidup bersama
Dengan meneliti situasi sebenar di selatan Thailand, negara-negara OIC dapat mempelajari lebih lanjut tentang kehidupan masyarakat pelbagai agama.
Pemimpin Islam Selatan Thailand minta delegasi OIC wujud polisi keamanan negara Islam
Polisi keamanan berkenaan perlu ada satu resolusi dan jalan penyelesaian untuk mencapai keamanan.
Malaysia komited tingkatkan peranannya dalam hal ehwal antarabangsa - PM Anwar
Anwar berkata, dalam mencapai aspirasi itu negara memerlukan tenaga profesional yang kompeten di Kementerian Luar.
Jangan benci pada Rohingya yang jadi mangsa kezaliman - Dr Mahathir
Kita sepatutnya kecam Myanmar dan Aung San Suu Kyi kerana kezaliman mereka dan bertindak menolak dagangan dengan mereka.
OIC gerakkan usaha bantu pelarian Rohingya - Iyad Ameen
OIC menggerakkan usaha untuk menguruskan aspek politik dan kemanusiaan membabitkan pelarian Rohingya sebagai sebahagian kempen untuk menyokong minoriti Islam yang ditindas di Myanmar.
Malaysia pembekal utama peralatan perubatan dalam kalangan negara OIC
Malaysia adalah pembekal utama peralatan perubatan hospital dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Perlu lebih proaktif dalam OIC
Kedudukan geografi Malaysia yang jauh dari negara-negara dilanda konflik, bukan alasan bantuan tidak dapat diberikan.