PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan akan meningkatkan peranan Malaysia dalam hal ehwal antarabangsa khususnya dengan negara jiran di ASEAN, serta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan masyarakat antarabangsa secara amnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berucap pada majlis sambutan Aidilfitri Kementerian Luar (Wisma Putra), beliau berkata dalam mencapai aspirasi itu negara memerlukan tenaga profesional yang kompeten di Kementerian Luar.
Beliau memuji pegawai-pegawai kementerian itu kerana berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk negara, dan mempromosikan dasar dan konsep Malaysia MADANI di peringkat antarabangsa.
Anwar berkata, berdasarkan pengalamannya yang terhad sejak mula berkhidmat untuk negara enam bulan lalu dan lawatan ke beberapa negara, apa sahaja kejayaan yang dicapai adalah hasil komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh pegawai kementerian.
"Anda membuat saya bangga dengan cara anda bekerja, anda menyelesaikannya, anda menyediakan nota kadangkala terlalu banyak untuk saya cerna, tetapi kerja yang melelahkan itu menghasilkan laporan komprehensif dan tahap kecekapan luar biasa.
"Saya telah melawat seperti yang anda tahu China, Kemboja, Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand dan Filipina, dan Turkiye semasa gempa bumi dan saya mesti mengatakan bahawa saya bangga dapat bertemu dengan pegawai Kementerian Luar, kedutaan. Mereka telah memikul tugas ini dengan sangat serius untuk berkhidmat kepada negara kita," katanya.
Sejak dilantik pada November tahun lalu, Anwar telah melakukan 10 lawatan antarabangsa ke sembilan negara bermula dengan Indonesia (8-9 Jan), Brunei (24-25 Jan), Singapura (30 Jan), Thailand (9-10 Feb), Turkiye ( 14-15 Feb), Filipina (1-2 Mac), Arab Saudi (22-24 Mac), Kemboja (27 Mac), China (29 Mac hingga 1 April) dan terbaharu Indonesia (10 Mei) bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-42.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan ketua-ketua perwakilan diplomatik ke Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2023
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir beramah mesra bersama para perwakilan asing pada Sambutan Aidilfitri Kementerian Luar Negeri di Wisma Putra hari ini. - Bernama
Ketua tentera Israel letak jawatan akibat serangan Hamas
Ketua tentera Israel, Herzi Halevi, mengumumkan akan meletak jawatan pada 6 Mac sebagai tanda bertanggungjawab atas kegagalan keselamatan semasa serangan Hamas dari Gaza pada 7 Oktober 2023.
Halevi, yang dijangka berundur selepas peristiwa berdarah dalam sejarah Israel itu, menyatakan bahawa beliau akan menyelesaikan siasatan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengenai serangan tersebut dan meningkatkan kesiapsiagaan IDF menghadapi cabaran keselamatan.
Halevi, yang dijangka berundur selepas peristiwa berdarah dalam sejarah Israel itu, menyatakan bahawa beliau akan menyelesaikan siasatan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengenai serangan tersebut dan meningkatkan kesiapsiagaan IDF menghadapi cabaran keselamatan.
Jepun akan perkukuh pertahanan di Asia Timur
Jepun bertekad untuk terus memperkuatkan keupayaan pertahanannya berikutan situasi keselamatan yang semakin mencabar di Asia Timur, menurut Menteri Luar Jepun dalam satu pertemuan di Washington.
Menteri Luar Jepun, Takeshi Iwaya menegaskan bahawa Jepun tidak mempunyai pilihan selain terus meningkatkan keupayaan pertahanannya untuk menghadapi cabaran keselamatan serantau.
Menteri Luar Jepun, Takeshi Iwaya menegaskan bahawa Jepun tidak mempunyai pilihan selain terus meningkatkan keupayaan pertahanannya untuk menghadapi cabaran keselamatan serantau.
Penduduk DUN Paloh desak pembinaan balai bomba baru
Lebih 20,000 penduduk DUN Paloh, Kelantan, mohon kerajaan bina balai bomba untuk elak kerugian besar dalam kebakaran dan kecemasan.
PGA rampas kerbau disyaki diseludup dari Thailand
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 9 PGA ketika menjalankan Op Taring Wawasan kira-kira 2.30 pagi.
Kes pukul OKU: Peguam tuntut hukuman lebih berat
Peguam Khairul Amin Abdullah gesa suspek kes pukul OKU di Chukai dituduh di bawah seksyen lebih berat demi keadilan mangsa, Ahmad Nor Al Faizan.
Dua lemas ketika mandi di Pantai Bayu Impian
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman, pihaknya menerima maklumat pada 5.30 petang dan melalui siasatan awal mendapati terdapat lima individu bersaudara ke kawasan pantai untuk mandi sebelum dihanyutkan.
Dua nelayan hilang dekat Pulau Undan ditemukan selamat di Dumai
Dua nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar memukat di perairan Pulau Undan di sini 15 Jan lepas ditemukan selamat di Dumai, Indonesia. P
Pengasuh bayi didakwa menganiaya hingga sebabkan kematian
Chia Muy Hoong, 61 tahun, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas tuduhan menganiaya bayi 9 bulan sehingga maut di Mersing bulan lalu.
SPRM tahan reman dua anggota pasukan keselamatan disyaki kemuka tuntutan butir matan palsu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan reman dua anggota lain-lain pangkat pasukan keselamatan yang juga bertugas sebagai jurulatih.
Trafik Tahun Baharu Cina dijangka cecah 2.6 juta sehari
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan trafik ketara di lebuh raya utama sempena Tahun Baharu Cina 2025, dengan 2.6 juta kenderaan dijangka menggunakan rangkaian lebuh raya setiap hari.
Aliran trafik keluar dari ibu kota diramal memuncak antara 24 hingga 28 Januari, manakala pergerakan pulang dijangka meningkat pada 1 dan 2 Februari.
Aliran trafik keluar dari ibu kota diramal memuncak antara 24 hingga 28 Januari, manakala pergerakan pulang dijangka meningkat pada 1 dan 2 Februari.
Penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan tingkat kecekapan, kurangkan pembaziran - PM Anwar
Beliau berkata, sejak menerajui kerajaan, dua keutamaan beliau ialah pendidikan dan penjagaan kesihatan.
Dialog pragmatik, kolaborasi kunci utama kendali hubungan global yang kompleks - PM Anwar
Beliau berkata adalah penting bagi negara untuk melibatkan diri dengan berhati-hati dan konstruktif.
Malaysia tidak boleh masih miliki undang-undang lapuk untuk hadapi cabaran baharu - Anwar
Perkembangan itu menuntut kerajaan memupuk peluang-peluang besar dalam kerjasama antarabangsa bagi menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.
Malaysia mahu tambah baik FTA, merangkumi pendigitalan - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menimbang pendigitalan sebagai sebahagian daripada "penambahbaikan" perjanjian perdagangan bebas.
Malaysia belum ada keperluan mendesak terima guna tenaga nuklear - PM Anwar
Beliau tidak menolak "kemungkinan" menerima guna tenaga tersebut terutamanya dengan perancangan besar dalam pembinaan pusat data di Malaysia.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura jalinan kerjasama luar biasa - PM Anwar
Terdapat elemen saling mempercayai untuk bekerjasama dalam program bersama yang akan memberi manfaat kepada antara satu sama lain.
Isu kenaikan elaun 'on call' pegawai perubatan dibincang Jumaat ini - Dr Dzulkefly
Doktor perubatan dijangka mendapat berita baik berhubung pembayaran kenaikan elaun 'on call' dalam masa terdekat.
PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.
WEF2025: ABCD - The world’s biggest problems
Davos discussions seek to transform economic, geopolitical, and environmental challenges into opportunities.
PM tekankan nilai kemanusiaan, kebersamaan rakyat di perantauan
Anwar menyeru rakyat Malaysia di luar negara agar berganding bahu bersama semua pihak dalam usaha membangun dan memajukan negara.