KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Kuala Lumpur bagi menyokong misi pengantarabangsaan universiti berkenaan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pembinaan kampus itu juga dijangka mampu melonjakkan peranan UniKL sebagai instrumen pertumbuhan ekonomi negara.
"Ia juga bagi menarik lebih ramai pelajar antarabangsa ke Malaysia," katanya dalam ucapan aluan sempena majlis Konvokesyen ke-17 dan ke-18 UniKL di sini hari ini.
Istiadat tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Canselor UniKL.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Mahdzir yang juga Pro-Canselor UniKL berkata kerajaan akan terus membantu perkembangan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (T-VET) yang diperjuangkan oleh UniKL termasuk membuka kampus baharu di Perlis dan Pahang dalam bidang logistik lestari, kejuruteraan air, teknologi pertanian dan teknologi bangunan.
Katanya, ia juga termasuk pembinaan kampus satelit di Kota Kinabalu, Sabah.
Berkongsi pencapaian UniKL, Mahdzir berkata universiti yang menyambut ulang tahun ke-20 tahun ini berada antara 15 universiti Malaysia yang berada dalam kedua-dua ranking universiti terbaik dunia.
Ia adalah berdasarkan pengiktirafan oleh Times Higher Education dan QS University Ranking.
"Program sains komputer, kejuruteraan dan kewangan Islam yang ditawarkan oleh UniKL pula tersenarai dalam ranking mata pelajaran terbaik," katanya.
Dari segi kebolehpasaran graduan pula, beliau berkata kesemua 12 kampus UniKL tersenarai di kedudukan 20 tertinggi dalam kalangan universiti dan kolej swasta berdasarkan laporan kajian pengesanan graduan yang dijalankan Kementerian Pengajian Tinggi.
Sebanyak 10,547 graduan terlibat dalam majlis konvokesyen bagi 2020 dan 2021 yang tertangguh sejak dua tahun lepas.
Ia diadakan sebanyak 13 sesi bermula hari ini hingga 17 Ogos.
Dengan jumlah ini, UniKL telah melahirkan 73,317 alumni termasuk graduan yang diraikan hari ini.
Majlis tersebut turut meraikan graduan sulung bagi program Sarjana Pengurusan dan Operasi Maritim serta Sarjana Pengurusan dan Kejuruteraan Kualiti.
Turut diraikan 70 graduan sulung program Huffaz profesional.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 11 2022

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen ke-17 dan 18 Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Pusat Dagangan Dunia hari ini. - Foto BERNAMA

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Kerajaan pertimbang bina kampus baharu UniKL di Kuala Lumpur - Mahdzir
Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Kuala Lumpur bagi menyokong misi pengantarabangsaan universiti berkenaan.

Komersialkan robot ciptaan peserta Robattle
Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Norashikin Shaharudin berkata robot ciptaan para pelajar yang komersialkan akan memupuk minat golongan muda dan para peserta untuk menjadi usahawan.

TNB bergelut catat kemenangan sulung aksi LHM 2018
Juara tiga kali Liga Hoki Malaysia (LHM),TNB terpaksa bergelut sebelum menang tipis 3-2 ke atas pasukan UniKL.

Annuar nafi terlibat proses rundingan UniKL, PMB, The Red Warriors
Annuar berkata keputusan pembelian pakej komersial sebanyak RM500,000 oleh UniKL dan RM200,000 oleh PMB dibuat di peringkat pentadbiran tanpa merujuk kepadanya.