Tan Sri Annuar Musa berkata beliau tidak terlibat dalam rundingan pembelian pakej komersial membabitkan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Pelaburan Mara Bhd (PMB) dengan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).
Annuar, yang dinasihatkan bercuti sebagai Pengerusi Mara dan PMB sejak Januari lepas berkata keputusan pembelian pakej komersial sebanyak RM500,000 oleh UniKL dan RM200,000 oleh PMB dibuat di peringkat pentadbiran tanpa merujuk kepadanya.
"Proses rundingan dijalankan secara komersial tanpa melibatkan saya. Saya tidak pernah mengarah sesiapa pun untuk menggunakan dana tersebut.
"Dakwaan saya paksa guna duit dana pendidikan Mara untuk bantu pasukan bola Kelantan, itu fitnah totok," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan berhubung beberapa isu agensi berkenaan kepada Audit Dalaman Mara, di Ibu Pejabat Mara, di sini hari ini.
Beliau berkata sesi memberi keterangan yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman Mara, Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin itu bermula pada 11 pagi dan berlangsung selama satu jam.
Katanya, malahan nilai pakej komersial terhadap TRW yang dibeli oleh UniKL dan PMB jauh lebih rendah berbanding nilai yang dikenakan terhadap syarikat lain.
Annuar berkata melalui rundingan komersil itu, UniKL mendapat kelebihan untuk meletakkan logo TRW pada jersi universiti itu dan PMB mendapat kelebihan untuk meletakkan logo syarikat itu pada jersi pemain TRW, yang mana kedua-dua anak syarikat Mara itu diberi diskaun yang tinggi.
"Pakej yang diambil UniKL bernilai RM1 juta tetapi mereka hanya dikenakan RM500,000 sahaja, manakala nilai RM200,000 yang dikenakan kepada PMB sama dengan dua kali iklan di surat khabar. Tetapi budak-budak saya (pemain TRW) loncat setahun bawa logo PMB... jadi anak syarikat Mara dapat 'the best deal'," katanya.
Dalam pada itu Annuar melahirkan rasa sukacitanya dipanggil untuk memberi keterangan mengenai isu tersebut kepada pihak Audit Dalaman Mara, wakil Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), wakil Majlis Mara, dan wakil Kementerian Kewangan, hari ini.
Katanya itu merupakan kali pertama beliau dipanggil untuk memberi keterangan oleh Audit Dalaman Mara sejak direhatkan daripada perkhidmatan tiga bulan lepas.
Sebagai pengerusi Mara katanya, beliau tidak akan berkompromi dalam soal intergriti dan akan bersikap telus kepada rakyat.
"Saya berpendirian tidak ada nak simpan apa-apa. Sebab saya sedar sebagai Pengerusi Mara, ia adalah satu jawatan yang harus memegang bertanggungjawab, saya menerima tanggungjawab sepenuhnya, termasuk kalau saya (didapati) salah, saya salah lah," kata Annuar.
Pada 31 Jan lepas, Mara menggantung tugas anggota Parlimen Ketereh itu sebagai
Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd berkuat kuasa serta-merta bagi membolehkan audit dalaman agensi itu menyiasat isu penajaan PMB dan UniKL untuk pasukan TRW.
Pada 3 Feb lepas, Annuar memberi maklumat bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa sebagai pengerusi Mara. -- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2017

Annuar berkata, nilai pakej komersial terhadap TRW yang dibeli oleh UniKL dan PMB jauh lebih rendah berbanding nilai yang dikenakan terhadap syarikat lain. - Astro AWANI / Shahir Omar

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Rakyat Malaysia terjebak penipuan sindiket selamat pulang
25 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Mywaddy, Myanmar selamat tiba di kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 12 individu kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.