KOTA TINGGI : Kerajaan Persekutuan sedang mengkaji cadangan mewujudkan sebuah hospital di Pengerang, kata Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata, cadangan itu disambut baik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun dengan adanya Projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) selain merupakan destinasi pelancongan.
"Saya berbincang dengan Perdana Menteri berhubung perkara ini dan beliau memberi makluman bahawa cadangan saya ini akan dikaji dan bagaimana konsepnya nanti untuk ia (hospital) diwujudkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Pengerang, di sini malam tadi.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata, hospital terdekat dengan kawasan Pengerang ialah Hospital Kota Tinggi sejauh kira-kira 50 kilometer, sekali gus memakan masa bagi penduduk untuk mendapatkan rawatan.
"Kalau kita tengok projek Rapid, kita takut juga berlaku apa-apa kecemasan, memang (Rapid) ada kemampuan untuk bawa ke hospital swasta atau guna perkhidmatan helikopter, namun ia juga perlu melihat keadaan cuaca dan perlu guna jalan darat.
"Jadi saya harap, sekiranya hospital besar tidak dapat (dilaksana), sekurang-kurangnya ada satu pusat kecemasan dan kemalangan (diwujudkan) supaya kalau berlaku apa-apa, pusat berkenaan telah ada,” katanya.
Azalina sebelum ini dilapor sebagai berkata, Pengerang memerlukan sebuah hospital bagi memudahkan penduduk mendapatkan rawatan susulan hospital kerajaan sedia ada agak jauh dari kawasan itu. - Bernama
Bernama
Sat Apr 27 2024

Azalina (tiga dari kanan) beramah mesra dengan tetamu yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Pengerang, di Kota Tinggi, malam tadi. - Gambar Facebook Azalina Othman Said

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Majikan tipu pekerja asing setuju bayar gaji lebih RM1 juta
Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor baru-baru ini bersetuju membayar gaji RM1,035,557.50 kepada 733 pekerja terlibat.

PRU15: Khaled Nordin menang di Kota Tinggi, Azalina kekal pertahan Pengerang
Khaled memperoleh majoriti sebanyak 8,390 manakala Azalina memperoleh majoriti sejumlah 5,010 undi.

Tiada laporan diterima mengenai kejadian belalai air di Pengerang
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Johor tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian belalai air yang didakwa berlaku di Pengerang, Kota Tinggi, petang semalam.

Bomba tangkap buaya di tengah jalan di Johor
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor menangkap seekor buaya dengan ukuran panjang 4.6 meter yang berada di tengah jalan di Jalan Tiong Nam, Jalan Bypass Rapid Pengerang, tengah malam tadi.

Azalina sambut baik keputusan MKT UMNO tarik sokongan daripada PN, PM
Ahli Parlimen Pengerang yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menyambut baik kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa.

Tiga mangsa bot karam dihanyutkan ke Singapura
Semua mangsa selamat dan dibawa ke Jeti Teluk Kabong, Pasir Gudang sebelum membuat laporan di balai polis berhampiran.

Mangsa hilang ditemui rentung dalam kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang
Mangsa terakhir kebakaran Diesel Hydro Treater unit di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), dekat Kota Tinggi, yang dilaporkan hilang sebelum ini, ditemui dalam keadaan rentung, tengah hari ini.

'Geng Tony' aktif curi kabel akhirnya tumpas
Dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia berusia antara 24 dan 42 tahun ditahan di Kampung Sungai Buntu, Sungai Rengit.

Kebakaran di Rapid Pengerang, polis terima 84 laporan penduduk
Kesemua 84 laporan itu dilakukan di Balai Polis Sungai Rengit dan Balai Polis Pengerang.

Letupan, kebakaran besar di Rapid Pengerang?
Letupan itu dipercayai turut menyebabkan gegaran yang dapat dirasai sehingga ke Pasir Gudang.