ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berharap Kerajaan Persekutuan melalui kementerian bertanggungjawab dapat menjadi orang tengah atau moderator dalam menyelesaikan masalah berkaitan tuntutan bayaran bekalan air membabitkan negeri itu dan Pulau Pinang.
Menurut beliau, selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sehingga ke hari ini, masih belum ada sebarang maklum balas daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim termasuk Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung isu berkenaan.
Tambahnya, sikap kerajaan negeri Pulau Pinang pula masih sama dengan tidak mengendahkan sebarang tuntutan daripada kerajaan Kedah yang dilakukan berhubung caj air mentah.
Jika isu ini masih berterusan dan tidak dapat diselesaikan, Sanusi menyatakan pihaknya tetap akan tidak akan berhenti menuntut hak negeri itu daripada Pulau Pinang.
"Tidak ada update (daripada mana-mana pihak berhubung isu air ini), sikap mereka (kerajaan Pulau Pinang) pula masih sama, kalau keadaan ini berterusan, kita akan ada langkah lain.
"Dulu kementerian ada usaha, ada pertemuan di peringkat KASA, (namun) di bawah Menteri baharu (ini) belum lagi sebab (hendak selesaikan isu ini) mesti ada orang tengah, orang yang jadi pengendali kepada perundingan atau pertemuan.
"Kita harap kerajaan pusat dapat jadi perunding, tetapi selepas kerajaan bertukar belum lagi, saya harap KetSA ambil inisiatif itu, kalau tidak isu ini tidak akan berhenti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2023 Peringkat Negeri Kedah, di Dataran Kompleks Wisma Darul Aman pada Selasa.
Minggu lalu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Kedah menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menuntut caj air mentah daripada Pulau Pinang yang mendapatkan bekalan air dari Sungai Muda yang mengalir dari negeri ini.
Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (PH-Alor Mengkudu), berkata tuntutan itu adalah munasabah berikutan Kedah perlu menanggung kos penyelenggaraan sungai tersebut.
Beliau turut menyatakan tuntutan caj air mentah daripada Pulau Pinang itu wajar memandangkan rakyat Kedah sendiri terpaksa membayar bil air bagi menikmati bekalan yang turut diperoleh dari Sungai Muda.
Abd Hadi Che Awang
Tue Mar 21 2023
Menurut Sanusi sikap kerajaan negeri Pulau Pinang masih sama dengan tidak mengendahkan sebarang tuntutan daripada kerajaan Kedah yang dilakukan berhubung caj air mentah. - Fail/Astro AWANI
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
40 peratus Ahli Dewan Rakyat baharu Britain diwakili wanita
Jumlah ahli parlimen wanita yang bakal menghiasi kerusi di dewan rakyat Britain mencatatkan rekod baharu susulan keputusan pilihan raya umum United Kingdom, UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
UK Memilih: Parlimen UK dihiasi lebih banyak kepelbagaian etnik
Perdana Menteri Britain yang baharu, Keir Starmer akan menyelia sebuah parlimen yang mempunyai lebih banyak pelbagai etnik dan lebih wanita berbanding sebelum ini selepas memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada Khamis, yang menamatkan pemerintahan Konservatif selama 14 tahun.
Pemilik bengkel dikenakan tindakan, gagal kemuka senarai harga baik pulih kenderaan
Tindakan itu adalah hasil aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan setelah kenderaan tersebut selesai dibaiki.
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
Transformasi PMKS tahun ini buka tirai di Johor Bahru
Wartawan Astro AWANI, Nabilah Khaleeda berlintas langsung dari Johor Bahru untuk liputan Jiwa SME di mana ia adalah sebuah platform bagi memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui peluang perkongsian pengetahuan serta strategi, yang membuka tirainya pada Sabtu.
Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerima kekalahan pasukannya dalam perlawanan persahabatan bola sepak menentang pasukan pilihan Akmal Nasrullah.
Sultan Kedah sambut baik inisiatif Tahun Melawat Kedah 2025
Tahun Melawat Kedah 2025 berupaya meletakkan negeri Jelapang Padi itu sebagai destinasi pelancongan unggul, titah Sultan Sallehuddin.
Akmal Nasrullah teruskan perlawanan bola sepak tanpa Sanusi hari ini
Pembatalan perlawanan itu berikutan tiada kata akhir yang diterima daripada pihak Muhammad Sanusi.
PRK Sg Bakap: Sanusi dijangka watak utama PN, PH-BN saling memahami - Penganalisis
Sanusi dianggap panglima perang kepada Perikatan Nasional dan pastinya akan membawa isu-isu bersifat nasional.
Sanusi diminta kerjasama dengan Persekutuan selesai isu air di Kedah
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata masalah air di Kedah perlu menjadi keutamaan kepada kerajaan Kedah.
Dakwaan Sanusi Pulau Pinang pilih kasih agih air ‘mirip hasutan, perkauman’ - Fahmi
Menteri Komunikasi membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa wujud diskriminasi dalam agihan bekalan air kepada penduduk Pulau Pinang.
Pulau Pinang tolak tawaran Muhammad Sanusi
Sebaliknya, Chow mengingatkan Muhammad Sanusi agar terlebih dahulu menjaga negerinya yang masih banyak kawasan berdepan masalah bekalan air.
PN guna semua saluran dekati pengundi Sungai Bakap - Sanusi
Meskipun terdapat kekangan dan sekatan daripada Kerajaan Perpaduan, ia tidak akan melemahkan semangat PN mendekati pengundi.
MB Kedah tawar Pulau Pinang beli air dari LRA Lubuk Buntar
"(Tetapi) kalau nak beli saya (Kedah) jual, di LRA Lubuk Buntar ada lebihan air bersih di situ dengan suci hati tapi kena beli tak boleh ambil free (percuma) macam Sungai Muda."
PRK Sungai Bakap: PN umum calon 15 Jun - Sanusi
Perikatan Nasional akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 15 Jun depan.