KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan memberi perhatian penuh bagi merapatkan jurang pembangunan di empat negeri di Semenanjung iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata kaedah berkesan dan pantas tanpa mengorbankan tatakelola, dilakukan berdasarkan perancangan pembangunan negara melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi tempoh 2021-2025.
"Maknanya kita perlu melihat apatah lagi Kelantan, negeri yang menjadi tumpuan antara empat negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan, yang agak terkebelakang dan memerlukan pemerhatian.
"Kita perlu mencari kaedah bagaimana untuk mempercepatkan projek, tidak guna kita sudah luluskan peruntukan sebanyak RM2.57 bilion, tetapi pelaksanaan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan, maka projek itu tidak dapat disiapkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan merasmikan Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Negeri Kelantan di sini, hari ini.
Fadillah berkata apabila terdapat penyelarasan dengan adanya Pejabat Pembangunan Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), diharap memberi manfaat dan dapat berbincang supaya seluruh pendekatan dapat dilaksanakan.
"Berdasarkan rekod, Kelantan menerima peruntukan pembangunan tertinggi dalam kalangan empat negeri tersebut bagi 2023, kerajaan Persekutuan sentiasa serius dalam memastikan pembangunan terus dilaksanakan tanpa mengira perbezaan politik.
"Bagi merealisasikan amanah tersebut, ia disampaikan kepada semua ketua jabatan agensi Persekutuan dan pesanan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka perlu memainkan peranan bukan hanya difokuskan kepada pembangunan fizikal semata, tetapi ia juga perlu dilihat dari aspek pembangunan sosial," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata berdasarkan bancian, Kelantan merekodkan jumlah bilangan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar tertinggi di Semenanjung.
"Sehingga 11 Sept, jumlah yang direkodkan bagi KIR miskin seramai 57,355 orang dan KIR miskin tegar seramai 10,417, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 67,772 orang KIR," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
Fadillah berkata kaedah berkesan dan pantas tanpa mengorbankan tatakelola bagi merapatkan jurang pembangunan, dilakukan berdasarkan perancangan pembangunan negara melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi tempoh 2021-2025. - Foto Bernama
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Kerajaan Persekutuan beri perhatian penuh rapat jurang pembangunan empat negeri
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian penuh bagi merapatkan jurang pembangunan di empat negeri di Semenanjung.
Belanjawan 2023 diharap dapat merapatkan jurang pembangunan tiga wilayah - Nizam
Nizam berkata, suntikan khas secara terus sebanyak RM6.5 bilion dari RM388.1 bilion Belanjawan 2023 berjaya menunjukkan peningkatan lebih 3 peratus berbanding tahun lalu.
Malaysia perlu seimbangkan pertumbuhan ekonomi wilayahnya - Bank Dunia
Pembangunan ekonomi wilayah di Malaysia tidak sejajar, kata Bank Dunia.
RMK-12: Pemulihan ekonomi Malaysia lebih kukuh dalam Keluarga Malaysia
Jelas Mustapa, beberapa keutamaan turut disandarkan dalam tempoh 10 tahun menerusi RMK-12.