ALOR SETAR: Kerajaan Perpaduan sentiasa komited menjaga kebajikan golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif yang boleh memberikan impak positif dalam meningkatkan lagi tahap sosioekonomi golongan itu.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata antara inisitiaf kerajaan adalah usaha meningkatkan pendapatan veteran ATM melalui peluang kerjaya kedua dengan kerjasama beberapa agensi seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Beliau berkata menerusi inisiatif itu, veteran ATM yang menamatkan perkhidmatan pada tahun ini akan dipadankan dengan peluang pekerjaan atau diberi latihan untuk meningkatkan kemahiran selain pelbagai geran padanan dan dana pembiayaan ditawarkan kepada usahawan veteran.
"Kita mengharapkan semua veteran yang masih belum berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), di mana terdapat lebih kurang 100,000, supaya mendaftar agar kita mempunyai data kerana kita boleh bertindak dengan baik sekiranya data itu diberikan. Kita boleh susun kerjayanya, susun isu yang melibatkan kebajikan dan kesihatan (veteran ATM)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat veteran ATM Masrizal Ishak, 42, yang terlantar kerana menghidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE) di kediamannya di Kampung Masjid Hujung, Hutan Kampung di sini semalam.
Selain itu, Adly berkata sebanyak 170 rumah disasarkan untuk dibaik pulih manakala 40 rumah disasarkan dibina baharu melalui Progam Inisiatif Perumahan Veteran ATM pada tahun ini.
"Kalau kita lihat dalam KPI (Petunjuk Prestasi Utama) 100 hari kita (Kementerian Pertahanan di bawah Kerajaan Perpaduan), memang kita sasarkan (kelulusan permohonan) pembaikan rumah (veteran) adalah sebanyak 100 permohonan diluluskan. (Tetapi) setakat Mac lepas, sebanyak 121 permohonan baik pulih (rumah) diluluskan iaitu melepasi sasaran 100 permohonan itu," katanya.
Sementara itu, Adly berkata bilangan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 sebulan dipertingkatkan dari 9,000 kepada 15,000 veteran ATM pada tahun ini dengan melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM54 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 02 2023

Adly bercakap kepada media selepas menziarahi Masrizal di kediamannya di Kampung Masjid Hujung, Hutan Kampung, Alor Setar, 2 Apr 2023. --fotoBERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

COVID-19: Kementerian Pertahanan percepatkan bayaran insentif kepada veteran ATM
Agihan semula dana kutipan kalanan termasuk Matching Grant berkenaan bertujuan memberi kebajikan kepada veteran ATM yang memerlukan di seluruh negara.