Kerajaan akan memastikan tidak berlaku perbalahan kaum yang serius di negara ini selain komited menjaga keamanan dan keharmonian negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia merupakan ramuan terbaik negara untuk melindungi kepentingan dan kesejahteraan seluruh rakyat.
"Ini komitmen kerajaan dan saya nak tegaskan sebagai Perdana Menteri, saya bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia. Itu dia yang sentiasa menjadi perhatian saya, bukan pada mana-mana pihak di luar negara.
"Untuk rakyat Malaysia, saya akan melakukan yang terbaik untuk melindungi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Malaysia," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan terbitan salah satu stesen televisyen negara.
Sebelum ini, Najib pernah mengajak rakyat bersama-sama menggembleng tenaga bagi memastikan Asean tetap menjadi wadah utama agar Malaysia kekal aman, stabil dan makmur.
Katanya, kesepaduan Asean merupakan satu daripada faktor utama yang menyumbang ke arah keamanan, kestabilan serta kemakmuran di rantau ini, dan Malaysia tidak akan mengecapi kemajuan jika rantau ini bersengketa sesama sendiri.
Dalam pada itu ujarnya, konsep kebebasan mutlak di negara ini tidak boleh diamalkan kerana boleh mencetuskan konflik perkauman.
"Kalau berlaku sesuatu dalam negara kita, maka ia adalah serius. Bagi sesetengah negara itu mereka tidak ada perbezaan kaum, sesuatu yang berlaku tidak jadi satu bentuk konflik perkauman, tidak bersifat perkauman, tapi Malaysia, kalau sesuatu berlaku dia cepat jadi berbaur perkauman dan ini boleh mencetuskan konflik antara kaum," katanya.
Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai aktiviti militan, Najib berjanji tidak akan membiarkannya api dalam sekam yang boleh mencetuskan kekacauan dalam negara.
Dengan mengakui bilangan mereka yang terlibat dengan aktiviti begini masih rendah, Najib turut melihatnya memberi risiko buruk kepada negara dan rakyat.
"Walaupun yang bertindak itu cuma tiga orang sahaja tetapi kesan daripadanya adalah besar, jadi kita pernah dengar istilah lone wolf misalnya, itu pun kalau seorang melakukan sesuatu dalam bentuk keganasan kesannya buruk sekali kepada negara kita, pada rasa keyakinan, mungkin rakyat akan merasai kebimbangan, sentimen terhadap Malaysia berubah dari luar umpamanya," katanya.
Sebelum ini, Najib memberitahu bagi mempertahankan negara daripada ancaman pengganas seperti ISIS atau dikenali juga sebagai kumpulan militan Negara Islam (IS), pihak berkuasa sudah memulakan operasi mengesan dan menahan mereka yang terlibat dengan kumpulan seperti itu.
Najib turut menarik perhatian bahawa Kertas Putih bagi menangani ancaman IS dibentangkan di Parlimen pada November tahun lepas dan rang undang-undang antikeganasan baharu yang akan dibentangkan pada Mac.
Astro Awani
Wed Jan 21 2015
NAJIB: Kerajaan pastikan tiada perbalahan kaum, komited jaga keamanan negara - Gambar fail
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Polis kesan mangsa hilang menggunakan kaedah DNA
Setakat ini, sebanyak 199 autopsi dilakukan dan 54 mayat masih belum dikenal pasti.
KPDN bakal perkenalkan CMO tahun hadapan
Menterinya Datuk Seri Armizan Mohd Ali berkata ini kerana KPDN dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menerima pelbagai aduan antaranya berkaitan agihan royalti yang disifatkan terlalu rendah.
Hidup bersama secara aman antara 10 resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama
Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Semua orang perlu dilayan sama adil disisi undang-undang
Kerjasama semua pihak adalah penting sekiranya kita ingin membendung virus Covid-19 ini dengan cepat dan dengan jayanya dalam negara kita.
Semua pihak perlu bekerjasama kekalkan keamanan di Laut China Selatan
Perkara-perkara berkaitan Laut China Selatan mesti diselesaikan secara aman berdasarkan prinsip-prinsip yang diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa.
Malaysia kutuk serangan dron, peluru berpandu ke atas Arab Saudi
Kesinambungan serangan yang disengajakan ini menunjukkan provokasi tidak perlu oleh puak Houthi terhadap negara tersebut.
SPR jangka peratusan keseluruhan keluar mengundi setinggi 70 peratus
Sehingga jam 10 pagi ini, peratusan keluar mengundi bagi kerusi Parlimen P.165 Tanjung Piai ini ialah sebanyak 25 peratus.
Bersyukur kerana berjaya berpuasa tanpa gangguan - Dr Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam supaya bersyukur, kerana berjaya melaksanakan ibadat puasa tanpa sebarang gangguan.
Suasana kembali tenang selepas tahap keselamatan dipertingkatkan
Lantaran tidak berkompromi soal ketenteraman awam apabila 1,400 anggota keselamatan termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), polis dan anggota trafik dikerahkan ke sekitar kawasan kuil Selasa malam.
Palestin, Israel berhak memiliki tanah air sendiri - Putera Mahkota Arab Saudi
Putera Mahkota Arab Saudi berkata beliau percaya semua orang di mana sahaja berhak tinggal dalam negara mereka dengan aman.
Baitulmaqdis: Tunjuk perasaan bantah pengumuman Trump di Paris
Ratusan penunjuk perasaan melakukan protes secara aman di ibu kota Perancis, Paris pada Ahad.
Netanyahu bidas kenyataan Mahmoud Abbas
Netanyahu juga berkata, rakyat Palestin kini harus berkerjasama untuk mencapai keamanan dan menolak keganasan.