KUALA LUMPUR:Semua pihak adalah sama di sisi undang-undang.
Tidak boleh ada sebarang pengecualian terhadap perkara ini sekiranya kita ingin hidup dalam sebuah masyarakat yang hidup aman dan sejahtera.
Setiap orang yang didapati melanggar sebarang jenis peruntukan undang-undang perlu dibawa ke muka pengadilan tanpa mengira latar belakang mereka.
Perkara yang sama juga didalam aspek merangka sebarang jenis peraturan atau undang-undang dalam negara kita.
Setiap peraturan atau undang-undang yang ingin dirangka perlu meliputi semua pihak tanpa mengira latar belakang mereka.
Peraturan dan undang-undang adalah perkara yang paling penting dalam setiap masyarakat. Tanpa adanya peraturan dan undang-undang yang adil dan saksama, sesebuah masyarakat tidak akan dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram.
Tanpa adanya peraturan dan undang -undang yang adil dan saksama ini juga sukar untuk kita membendung penularan virus COVID-19 dalam negara kita pada ketika ini.
Baru-baru ini kita telah didedahkan dengan berita penguatkuasaan peraturan baru yang melibatkan menteri yang pulang dari lawatan rasmi luar negara dikecualikan daripada menjalani pemerhatian atau pengawasan 10 hari seperti dilalui oleh rakyat biasa.
Peraturan baharu itu menyatakan menteri berkenaan hanya perlu menjalani pemerhatian selama tiga hari atau menjalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.
Peraturan baharu ini berkuatkuasa bermula 9 Februari sehingga 1 Ogos.
BACA: Kuarantin tiga hari: Menteri perlu patuh syarat ketat
Proses pemerhatian dan pengawasan, atau lebih dikenali sebagai tempoh kuarantin, adalah penting untuk dilakukan oleh semua pihak yang terlibat, dikala negara kita menghadapi penularan pendamik COVID-19.
Dalam mewujudkan sebarang jenis peraturan dan undang-undang, adalah penting peraturan dan undang-undang ini meliputi semua pihak bagi mengelakkan salah faham dan konflik antara orang ramai.
Sekiranya sesebuah peraturan dan undang-undang itu hanya dirangka khusus untuk orang tertentu sahaja, manakala sebilangan orang lain tidak perlu mengikuti peraturan atau undang-undang berkenaan, adalah dibimbangi ia boleh mengundang perasaan marah dan tidak puas hati ramai pihak.
Semenjak beberapa minggu yang lalu, negara kita telah mencatatkan jumlah kes jangkitan virus COVID-19 yang tinggi melibatkan ribuan orang.
Jumlah kematian akibat daripada jangkitan virus COVID-19 ini juga telah meningkat semenjak kebelakangan ini.
Tujuan kuarantin dilakukan supaya kita boleh kesan sebarang gejala atau perkembangan penyakit sepanjang tempoh inkubasi 2 hingga 12 hari.
Sekiranya seseorang itu tidak menjalani tempoh kurantin yang sepatutnya, ia dibimbangi boleh meningkatkan lagi risiko jangkitan virus COVID-19 dalam kalangan masayarakat dalam negara kita.
Adalah penting supaya peraturan atau undang-undang yang ingin dirangka dikuatkuasakan dengan sama adil kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang mereka.
Isu yang melibatkan kesamaratan ini juga jelas termaktub dibawah Perlembagaan Persekutuan kita.
Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa “Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang – undang”.
Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan bahawa “Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang…”
Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan kita ini jelas menunjukkan bahawa kita perlu melayan semua pihak dengan adil dan saksama.
Prinsip sama rata di sisi undang-undang ini juga adalah sebahagian daripada prinsip hak asasi manusia.
Artikel 7 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 jelas menyatakan bahawa “Semua orang adalah samarata di sisi undang-undang dan berhak tanpa apa-apa pembezaan kepada perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
Semua orang adalah berhak kepada perlindungan yang sama rata daripada sebarang pembezaan yang melanggar Perisytiharan ini dan daripada sebarang hasutan terhadap pembezaan sedemikian”.
Pada masa yang sama juga, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar segala perintah yang telah dikeluarkan melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan dalam negara kita pada ketika ini.
Tindakan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman yang sama adil perlu dikenakan kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah tanpa mengira latar belakang, keturunan, warna kulit serta status kedudukan mereka.
Penegasan penguatkuasaan proses undang-undang terhadap perkara ini penting sekiranya kita ingin memastikan negara kita bebas sepenuhnya daripada ancaman wabak virus COVID-19.
Semua pihak perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dalam negara kita serta dikenakan hukuman yang sama sekiranya mereka langgar peruntukan undang-undang ini.
Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang tidak diadili atau dihukum dengan seadil-adilnya, negara kita akan hadapi krisis kepercayaan.
Kerjasama semua pihak adalah penting sekiranya kita ingin membendung virus COVID-19 ini dengan cepat dan dengan jayanya dalam negara kita.
* Penulis merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
** Pandangan yang diutarakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak berkaitan dengan Astro AWANI
Muzaffar Syah Mallow
Thu Feb 11 2021

Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang tidak diadili atau dihukum dengan seadil-adilnya, negara kita akan hadapi krisis kepercayaan. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.