KUALA LUMPUR: Kerajaan akan sentiasa memantau situasi semasa pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dan sekiranya perlu, penambahbaikan bantuan dari semasa ke semasa akan dibuat sekiranya perlu, kata Kementerian Kewangan (MoF).
MoF berkata ia bagi memastikan golongan yang benar-benar layak terus mendapat perhatian kerajaan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Kerajaan menyediakan bantuan bersasar terutamanya untuk sektor logistik serta individu yang memiliki kenderaan diesel di samping petani kecil dan pekebun kecil komoditi bagi mengurangkan impak kepada kos sara hidup dan rakyat yang dikenali sebagai Bantuan Subsidi MADANI (atau BUDI MADANI).
"Mekanisme pelaksanaan penyasaran semula subsidi memerlukan kajian yang teliti supaya tidak meningkatkan kos kepada industri sedia ada serta menitikberatkan aspek pelaksanaan dan komunikasi yang berkesan kepada pihak industri agar tidak berlaku kejutan kepada ekonomi.
"Pelaksanaan juga perlu bersesuaian dan boleh dilaksanakan di samping mengekalkan fokus kerajaan dalam memastikan kos sara hidup rakyat tidak terjejas," kata MoF dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat pada Rabu.
MoF berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) yang meminta Kementerian Kewangan menyatakan tarikh melaksanakan mekanisme lebih mantap untuk menentukan siapa yang layak atau tidak layak untuk menerima setiap bantuan subsidi tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024

Kerajaan menyediakan bantuan bersasar terutamanya untuk sektor logistik serta individu yang memiliki kenderaan diesel.- Gambar hiasan/Bernama
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Cuaca kering, akses laluan antara cabaran operasi bomba di ladang kelapa
Angin kuat, cuaca panas dan ketiadaan hujan menyebabkan tanah menjadi kering, sekali gus memudahkan api merebak.

Polis bongkar sindiket jadikan 'homestay' tempat simpan dadah
Antara dadah dirampas terdiri daripada pil ekstasi seberat 62.64kg syabu 20.78kg, ketamin 5.23kg, pil Eramin 5 sebanyak 1.15kg.

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.

Penyasaran subsidi diesel: MOF teliti cadangan, rayuan petani Cameron Highlands
Kementerian Kewangan akan meneliti cadangan pengusaha dan pekebun sayur di Cameron Highlands susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Subsidi diesel: KPDN siasat pihak industri naik harga perkhidmatan - Armizan
Siasatan pertama akan melibatkan sektor yang tidak termasuk dalam 33 jenis pengangkutan awam dan barangan.

Subsidi diesel: Guna data pendaftaran kenderaan milik B40, M40 antara cadangan MCW
MCW turut cadang menggunakan MyKad atau ID kebangsaan untuk memastikan pemilik yang layak sahaja dapat membeli diesel bersubsidi.