KUALA LUMPUR: Kerajaan memandang serius isu gaji permulaan jurutera yang rendah kerana ia mampu menjejaskan minat golongan muda menceburi profesion itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata perkara itu boleh menjejaskan pembangunan dan ekonomi negara memandangkan nisbah seorang jurutera berbanding penduduk Malaysia jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Jepun dan Jerman.
"Gaji dan imbuhan dalam skim Kejuruteraan Perkhidmatan Awam perlu dikaji semula dengan mengambil kira faktor-faktor seperti kepakaran kejuruteraan, kos sara hidup dan sebagainya," kata beliau pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-50 Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) malam tadi.
Turut hadir Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan timbalannya Datuk Arthur Kurup serta Yang Dipertua LJM Datuk Seri Ir Mohamad Zulkefly Sulaiman.
Ismail Sabri turut menyarankan agar usaha lebih agresif serta serius dilakukan bagi melantik lebih ramai jurutera mengisi jawatan strategik dan pembuat dasar dalam perkhidmatan awam.
Beliau berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut disaran melantik kalangan jurutera bagi mengisi jawatan pengurusan atasan syarikat seperti ahli lembaga pengarah dan ketua eksekutif.
Bagi memartabatkan profesion itu, Ismail Sabri berkata jurutera Malaysia perlu lebih agresif untuk berinovasi dan menghasilkan produk serta teknologi yang mempunyai nilai pasaran tinggi.
Pada masa sama, Perdana Menteri berharap pindaan Akta Pendaftaran Jurutera 1967 yang kini diusahakan LJM dapat disegerakan agar mampu berperanan sebagai badan kawal selia profesion itu yang berkesan dan profesional demi memelihara kepentingan serta keselamatan orang awam.
Ismail Sabri berkata sambutan ulang tahun itu dengan slogan 'Komited Kepada Kecemerlangan Kejuruteraan' memperlihatkan kematangan bukan sahaja LJM tetapi juga bidang kejuruteraan.
Beliau juga berkata bidang itu menuntut prinsip kecekapan, penelitian dan kebolehan menyelesaikan masalah yang kompleks sekali gus menjadi asas utama kepada kejayaan pemimpinnya.
Selain itu, profesion jurutera memberikan sumbangan signifikan kepada negara yang kini menikmati kemajuan besar dalam bidang ekonomi dan teknologi kejuruteraan.
"Kepakaran jurutera-jurutera tempatan membolehkan sektor infrastruktur, pembuatan, telekomunikasi, petroleum dan jana kuasa dapat dibangunkan sehingga mampu menarik pelaburan langsung asing ke negara ini," katanya.
Perdana Menteri berkata peranan yang dimainkan LJM sebagai pengawal selia profesion itu telah membantu memacu ekonomi negara dan meningkatkan kualiti hidup Keluarga Malaysia sehingga setanding dengan negara lain.
Pada majlis itu, Ismail Sabri turut melancarkan Buku Peringatan Ulang Tahun ke-50 LJM bertajuk 'Crossing the Half Century Line' yang berkaitan dengan sejarah LJM dan pencapaian sektor kejuruteraan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 20 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-50 Lembaga Jurutera Malaysia di ibu kota. - Foto BERNAMA

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Kerajaan pandang serius isu gaji permulaan jurutera yang rendah - Ismail Sabri
Kerajaan memandang serius isu gaji permulaan jurutera yang rendah kerana ia mampu menjejaskan minat golongan muda menceburi profesion itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Industri perlu teliti isu gaji permulaan siswazah - Maszlee
Isu gaji permulaan siswazah yang dilaporkan menurun baru-baru ini perlu diteliti oleh industri yang menyediakan peluang pekerjaan.

Keadaan pekerja terus diberi perhatian oleh kerajaan
Ini terbukti melalui langkah-langkah positif yang diambil oleh kerajaan seperti kajian untuk menetapkan gaji permulaan bagi setiap sektor untuk penambahbaikan skim gaji.