Kerajaan negeri kini masih menunggu laporan penuh daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang berhubung isu aktiviti perlombongan bauksit yang didakwa kembali beroperasi di Kampung Jeram, Beserah dekat sini berikutan kewujudan dua jentera pengorek yang disedari penduduk pada Isnin lepas.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, beliau sudah meminta pihak PTG membuat laporan tentang perkara itu termasuk status lombong kepadanya selepas diberitahu mengenai dakwaan pengoperasian semula aktiviti perlombongan berkenaan.
"Saya ada diberitahu, saya telah minta PTG untuk laporkan kepada saya sebab kita tidak boleh mengulas berdasarkan kepada khabar yang didengar contohnya isu yang mengorbankan tiga orang anak.
"Lombong itu di atas tanah persendirian bukan tanah kerajaan. Biasanya di tanah persendirian ini mereka akan meminta kebenaran Borang 4 A, B dan C di pejabat PTG biasa.
"Rupa-rupanya keluar bauksit haram. Itu tidak dapatlah kita hendak mengawal 24 jam. Susah sikitlah, saya berharap pihak NRE akan mainkan peranan mereka. Sebab kita telah serahkan semua dan kita di peringkat negeri akan berikan sokongan," katanya.
BACA: Pemilik tanah bertanggungjawab kambus lombong bauksit
BACA: MB Pahang arah PTG siasat kes lemas di kawasan bauksit
Jelasnya, kerajaan negeri akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dalam usaha kementerian itu menangani isu sedemikian.
Beliau yakin kementerian berkenaan mempunyai cara dan kaedah tertentu untuk menyelesaikan permasalahan itu dalam tempoh moratorium yang masih berkuat kuasa pada masa ini.
Selasa lepas, dua jentera pengorek itu disedari penduduk kampung menyebabkan mereka nekad mendapatkan penjelasan kontraktor terlibat dan kontraktor tersebut mendakwa mereka mempunyai surat kelulusan bagi kerja memunggah dan membersihkan stokpile bauksit di lombong berkenaan.
Namun, penduduk mendakwa jentera berkenaan telah dibawa keluar oleh pihak berkuasa pada petang Selasa itu juga.
Astro Awani
Fri Feb 24 2017
![Kerajaan Pahang tunggu laporan PTG isu bauksit kembali - Adnan Kerajaan Pahang tunggu laporan PTG isu bauksit kembali - Adnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/61474642659_AdnanYaakob.jpg)
ADNAN: Kerajaan negeri kini menunggu laporan penuh daripada PTG Pahang berhubung isu aktiviti perlombongan bauksit yang didakwa kembali beroperasi. - Gambar fail
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Lynas nafi ada kaitan dengan video tongkang muatan bauksit tenggelam Lynas nafi ada kaitan dengan video tongkang muatan bauksit tenggelam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41573466746_TBBAUKSIT.jpg)
Lynas nafi ada kaitan dengan video tongkang muatan bauksit tenggelam
Kejadian itu bukannya berlaku di Malaysia dan bahan yang terkandung dalam tongkang itu adalah bijih nikel, dan bukan bauksit.
![Bauksit: Cari 'kelompongan' dalam SOP baharu sepanjang tempoh percubaan Bauksit: Cari 'kelompongan' dalam SOP baharu sepanjang tempoh percubaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51486311211_LombongBauksit.jpg)
Bauksit: Cari 'kelompongan' dalam SOP baharu sepanjang tempoh percubaan
Tempoh percubaan itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi mencari jika masih ada 'kelompongan' yang perlu dibaiki.
![Pahang mungkin jadi tapak pelupusan sisa Lynas - Dr Mahathir Pahang mungkin jadi tapak pelupusan sisa Lynas - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51572675198_TunMAsean.jpg)
Pahang mungkin jadi tapak pelupusan sisa Lynas - Dr Mahathir
Pahang mungkin dipilih menjadi lokasi tempat pembuangan sisa Lynas jika ia diputuskan selamat oleh pakar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
![Jumlah pembuangan pekerja menerusi skim VSS antara isu Dewan Rakyat hari ini Jumlah pembuangan pekerja menerusi skim VSS antara isu Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51570378470_parlimen.jpg)
Jumlah pembuangan pekerja menerusi skim VSS antara isu Dewan Rakyat hari ini
Datuk Seri Mustapa Mohamed mahukan penjelasan daripada Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran tentang peluang pekerjaan yang disediakan kepada mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan.
![Nasib peneroka terlibat perlombongan bauksit jadi persoalan Nasib peneroka terlibat perlombongan bauksit jadi persoalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61452165538_BauksitKuantan.jpg)
Nasib peneroka terlibat perlombongan bauksit jadi persoalan
Kebanyakan peneroka mahukan kerajaan membenarkan semula aktiviti tersebut diteruskan dalam tempoh terdekat.
![Bauksit: Penduduk harap mimpi buruk tidak berulang dengan SOP baharu Bauksit: Penduduk harap mimpi buruk tidak berulang dengan SOP baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71452246791_LoriBauksit.jpg)
Bauksit: Penduduk harap mimpi buruk tidak berulang dengan SOP baharu
Kerungsingan berkaitan debu merah juga menyelubungi peniaga kerana kedai makan yang diusahakan sejak 14 tahun lalu terletak di laluan lori bauksit.
![Permaisuri Agong tunjuk bakat reka corak baju guna bauksit Permaisuri Agong tunjuk bakat reka corak baju guna bauksit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71550402323_TUNKUHAJAHAZIZAH.jpg)
Permaisuri Agong tunjuk bakat reka corak baju guna bauksit
Jika dua hari lalu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar mendedahkan baginda memiliki baju kurung daripada kain Tenun Diraja Pahang bauksit, har
![Saya ada tenun 'bauksit' - Permaisuri Agong Saya ada tenun 'bauksit' - Permaisuri Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71550265634_TBHajahAzizahAminah.jpg)
Saya ada tenun 'bauksit' - Permaisuri Agong
Tunku Azizah bertitah kain tersebut 'diilhamkan' apabila baginda dituduh oleh segelintir pihak kononnya baginda terlibat dalam perlombongan bauksit.
![Pengusaha bauksit mahu kerajaan tarik balik moratorium Pengusaha bauksit mahu kerajaan tarik balik moratorium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/51452776228_JentolakBauksit.jpg)
Pengusaha bauksit mahu kerajaan tarik balik moratorium
20 pelombong berdaftar di bawah PPMNP berharap kerajaan dapat membuat pertimbangan memandangkan banyak pihak dalam industri itu menanggung kerugian.
![Johor pertahan beri air percuma kepada golongan berpendapatan rendah Johor pertahan beri air percuma kepada golongan berpendapatan rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71527353978_OsmanSapian.jpg)
Johor pertahan beri air percuma kepada golongan berpendapatan rendah
Beliau menegaskan usaha itu dibuat setelah mengambil kira kemampuan Kerajaan Negeri serta ingin memenuhi manifesto Pakatan Harapan dan membantu rakyat berpendapatan rendah.