Pengusaha bauksit di negeri ini berharap kerajaan dapat menarik balik moratorium bagi perlombongan mineral itu yang dikenakan sejak 2016 pada penghujung tahun ini.
Penasihat Persatuan Pengusaha Mineral Negeri Pahang (PPMNP) Datuk Seri Abdul Rahim Abdul berkata sebanyak 20 pelombong berdaftar di bawah PPMNP berharap kerajaan dapat menimbang perkara itu memandangkan banyak pihak yang terlibat dalam industri berkenaan terpaksa menanggung kerugian.
"Kita merasakan moratorium ini perlu ditarik balik kerana industri perlombongan ini amat bermakna bagi kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dari segi kutipan cukai.
"Dalam tempoh hampir tiga tahun moratorium ini dikenakan, kerajaan negeri telah mengalami kerugian dari segi kutipan royalti sebanyak RM8 bagi satu tan bauksit," kata Abdul Rahim yang juga Pengarah LLT Group (Malaysia) Sdn Bhd.
Beliau ditemui pada Majlis Lawatan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ke kawasan pusat pengumpulan Wangsa Makmur Corporation (M) Sdn. Bhd. dan perasmian Makmal Geolab (M) Sdn. Bhd. di Gebeng, di sini, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas , Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi negeri Pahang Datuk Seri Norul Azali Sulaiman.
Abdul Rahim berkata pembatalan moratorium ini juga dapat mewujudkan situasi menang-menang bagi pihak pelombong, orang ramai, kerajaan negeri dan juga kerajaan pusat.
"Jika perlombongan bahan mineral ini tidak diteruskan, banyak pihak akan mengalami kerugian termasuklah pihak pelombong iaitu dari segi peralatan yang dibeli terbengkalai begitu sahaja.
"Bagi syarikat LLT sahaja, kami telah mengalami kerugian sebanyak RM20 juta dalam tempoh pemberhentian aktiviti perlombongan ini. Kerugian ini tidak termasuk 20 syarikat lain di bawah PPMNP," katanya.
Sementara itu, pusat pengumpulan bahan mineral di bawah kendalian LLT yang dibangunkan di atas tanah berkeluasan 8.94 hektar dapat memuatkan simpanan bahan mineral sebanyak 2 juta tan pada satu masa.
"Tapak simpanan ini juga akan diperluasn menjadi 22.26 hektar bagi menampung semua bahan mineral yang dilombong untuk disimpan di sini terlebih dahulu sebelum dihantar ke pelabuhan.
"Ini merupakan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan bagi memastikan perlombongan bauksit dapat dijalankan semula di sini dan meminimakan pencemaran yang berlaku.
"Apabila semua pelombong menghantar bauksit ke pusat ini sebelum dihantar ke pelabuhan, saya yakin ia dapat mengurangkan pencemaran walaupun tidak 100 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 03 2018

Abdul Rahim berkata pembatalan moratorium ini juga dapat mewujudkan situasi menang-menang bagi pihak pelombong, orang ramai, kerajaan negeri dan juga kerajaan pusat. - Gambar fail

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

Kegiatan punggah keluar hasil galian, Pahang beri kerjasama kepada SPRM
Kerajaan Pahang akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk menjalankan siasatan kegiatan memunggah keluar hasil galian dipercayai mengandungi bauksit.

Lynas nafi ada kaitan dengan video tongkang muatan bauksit tenggelam
Kejadian itu bukannya berlaku di Malaysia dan bahan yang terkandung dalam tongkang itu adalah bijih nikel, dan bukan bauksit.

Bauksit: Cari 'kelompongan' dalam SOP baharu sepanjang tempoh percubaan
Tempoh percubaan itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi mencari jika masih ada 'kelompongan' yang perlu dibaiki.

Pahang mungkin jadi tapak pelupusan sisa Lynas - Dr Mahathir
Pahang mungkin dipilih menjadi lokasi tempat pembuangan sisa Lynas jika ia diputuskan selamat oleh pakar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jumlah pembuangan pekerja menerusi skim VSS antara isu Dewan Rakyat hari ini
Datuk Seri Mustapa Mohamed mahukan penjelasan daripada Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran tentang peluang pekerjaan yang disediakan kepada mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan.

Nasib peneroka terlibat perlombongan bauksit jadi persoalan
Kebanyakan peneroka mahukan kerajaan membenarkan semula aktiviti tersebut diteruskan dalam tempoh terdekat.

Bauksit: Penduduk harap mimpi buruk tidak berulang dengan SOP baharu
Kerungsingan berkaitan debu merah juga menyelubungi peniaga kerana kedai makan yang diusahakan sejak 14 tahun lalu terletak di laluan lori bauksit.

Permaisuri Agong tunjuk bakat reka corak baju guna bauksit
Jika dua hari lalu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar mendedahkan baginda memiliki baju kurung daripada kain Tenun Diraja Pahang bauksit, har

Saya ada tenun 'bauksit' - Permaisuri Agong
Tunku Azizah bertitah kain tersebut 'diilhamkan' apabila baginda dituduh oleh segelintir pihak kononnya baginda terlibat dalam perlombongan bauksit.

Pengusaha bauksit mahu kerajaan tarik balik moratorium
20 pelombong berdaftar di bawah PPMNP berharap kerajaan dapat membuat pertimbangan memandangkan banyak pihak dalam industri itu menanggung kerugian.