BERA: Penderitaan Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan yang menghidap penyakit genetik yang jarang berlaku, Atrofi Otot Spina (SMA) Jenis 1, selepas beberapa bulan dilahirkan, mendapat perhatian Kerajaan Negeri Pahang.
Kanak-kanak yang berusia 15 bulan dari Permatang Badak, Kuantan, itu memerlukan suntikan ubat jenis genetik Zolgensma bernilai kira-kira RM9.28 juta untuk kesan pulih seumur hidup.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Sabariah Saidan berkata, sebanyak RM500 sebulan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang diberikan kepada keluarga kanak-kanak terbabit bagi menampung kewangan mereka.
"Setakat ini, kerajaan negeri melalui JKM telah memberi bantuan sebanyak RM500 sebulan. Kita juga telah menguar-uarkan kepada semua rakyat Pahang, termasuk pihak korporat untuk membantu mengurangkan kos perbelanjaan Muhammad Athif.
"Dan sebelum ini juga, kerajaan negeri telah menyumbangkan sebuah mesin pernafasan bernilai RM23,000 bagi memenuhi keperluan Muhammad Athif," katanya pada sidang media Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru dan Hari Keluarga Antarabangsa sempena Program Jelajah Peduli Keluarga Parlimen Bera, di sini, semalam.
BACA: Selepas Naail, Misi Rakyat bantu Athif kumpul dana RM9 juta
Jelasnya, pihak JKM dan Jabatan Kesihatan Negeri menerusi klinik kesihatan berdekatan juga melakukan pemantauan berkala bagi memastikan kesihatan kanak-kanak itu dalam keadaan stabil.
Sebelum ini, media melaporkan, Muhammad Athif yang dilahirkan pada 3 Mac 2022 dengan berat 3.33 kilogram serta ukur lilit kepala 33 sentimeter, memerlukan suntikan tersebut bagi menghentikan proses kemerosotan fungsi ototnya yang terjejas akibat penyakit itu.
Tiga rawatan diperlukan bagi merawat penyakit itu, sama ada ubat Risdiplam untuk seumur hidup berharga RM40,400 sebotol, ubat cucuk tulang belakang berharga ratusan ribu dengan syarat tambahan tidak boleh pakai alat bantu pernafasan, atau suntikan ubat jenis Gene Therapy Zolgensma bernilai RM9.28 juta.
Difahamkan, buat masa ini, kanak-kanak itu mengambil ubat Risdiplam hasil sumbangan orang ramai untuk membantu mengurangkan keadaannya supaya tidak merosot otot, sementara menunggu dana untuk membeli ubat jenis Gene Therapy Zolgensma yang perlu disuntik sebelum berusia dua tahun.
Sabariah berkata, usaha kerajaan negeri ini adalah sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan dan kesejahteraan keluarga di negeri ini.
Azee Shafy
Sun May 21 2023
Sabariah bergambar bersama peserta selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru dan Hari Keluarga Antarabangsa sempena Program Jelajah Peduli Keluarga Parlimen Bera, di Bera, semalam. - Foto Astro AWANI
Kerajaan Jepun luluskan draf Belanjawan 2025 dengan peruntukan pertahanan tertinggi
Daripada jumlah itu, lebih 10 peratus atau 8.7 trilion yen akan digunakan untuk perbelanjaan pertahanan.
Prestasi China dalam pembangunan berkualiti tinggi 2023
Jurucakap Jabatan Statistik Negara (NBS) memaklumkan berhubung dapatan yang tercatat dalam Tinjauan Ekonomi Kebangsaan kelima dalam satu sidang media anjuran Dewan Negara di sini pada Khamis.
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Kewangan, Lawrence Wong akan membentangkan kenyataan Belanjawan Singapura 2025 di parlimen pada 18 Feb.
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memulakan sesi pra-perbicaraan pertama pada Jumaat membabitkan Presiden Yoon Suk-yeol.
Lima negeri mendominasi eksport negara pada November
Lima negeri terus mendominasi eksport Malaysia yang secara keseluruhannya menyumbang sebanyak 83.8 peratus pada November 2024.
Pasaran ekuiti Malaysia dijangka stabil pada tahun hadapan
CIMB Securities positif terhadap pasaran ekuiti Malaysia pada 2025 disokong pertumbuhan pendapatan tahun ketiga berturut-turut pada lapan peratus, dipacu sektor perbankan, pembinaan dan utiliti.
85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB
Sebanyak 85 peratus pemegang akaun domestik iaitu sekitar 7.5 juta orang tidak akan terjejas dengan sebarang perubahan kadar tarif elektrik dan masih dilindungi kerajaan sehingga Jun 2025.
‘Katak’, pengkhianat rakyat gamatkan DUN Melaka
Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas hari ini gamat seketika dengan gelaran 'katak' dan 'pengkhianat'.
Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara 12 tahun
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang penganggur selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis.
Perdana Menteri Jepun Ishiba lawat Malaysia, Indonesia 9-12 Januari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia dari 9 hingga 12 Jan untuk memperkukuh kerjasama dengan negara Asia Tenggara.
Kerajaan Pahang prihatin nasib Athif, hidap penyakit SMA Jenis 1
Kanak-kanak yang berusia 15 bulan itu memerlukan suntikan ubat bernilai kira-kira RM9.28 juta untuk kesan pulih seumur hidup.